BAB 8

57 4 0
                                        

Bilik Disiplin,

Chaewon p.o.v

      " Sebab saya suka-suka. Saya memang suka pukul anak orang. Kalau Abang saya bukan anak kandung ayah saya, memang saya dah tumbuk dia sekali. Setiap hari juga..." Jawapan yang diberikan Chaewon membuatkan Tuan Lee dan Felix tercengang. Changbin menggelengkan kepala mendengar jawapan anak buahnya itu. Nasib Bapanya masih belum sampai lagi. Hyunjin yang turut ada di situ hanya mengangkat bahu. Adiknya kan... Serupa dengannya dulu.

      " Kamu gila ke?" Soal Tuan Lee. Terus wajah tersenyum Chaewon berubah datar. Dia memandang Tuan Lee dengan tatapan tajam.

      " Dah tu, Tuan ingat saya suka-suka tumbuk orang ke? Kalau bukan sebab dia cari pasal dulu kacau adik kembar saya, saya takkan pukul dialah... Tuan sila tanya anak Tuan tu apa yang dia buat kat adik saya? Saya gerenti dia takkan cakap apa-apa. Siapa nak mengaku kesalahan sendiri kan?" Felix terdiam. Tuan Lee memandang Felix.

      " Saya tak percaya anak saya buat macam tu. Dia budak baik. Bukan macam kamu ni. Entah siapa ibu bapa kamu yang tak ajar kamu adab ni..." Balas Tuan Lee. Chaewon menjulingkan mata menyampah. Jangan babitkan Mummy dan Daddy dalam hal ni boleh tak? Dia sendiri yang tak pandai jaga anak dia sendiri, nak salahkan Mummy dan Daddy pulak.

       " Tuan jaga sikit mulut Tuan. Tuan ingat saya tak berani nak tumbuk Tuan ke? Anak Tuan tu kena tumbuk sebab dia kutuk Daddy saya Tuan..." Kata Chaewon lembut. Dia takut belum sempat dia nak tumbuk, abangnya lebih laju menumbuk muka lelaki itu. Baru Tuan Lee nak membalas, kedengaran ketukan di pintu bilik disiplin itu. Seorang lelaki paruh baya muncul.

      " Tuan Bang?!" Tuan Lee nampak terkejut dengan kehadiran Chan. Chan membuka kasutnya sebelum melangkah dengan tenang selepas Changbin mengizinkan dia masuk. Dia mendekati ke arah Chaewon dan menggosok kepala anak perempuannya itu perlahan.

      " Amboi, kalau lambat lagi Daddy datang, mesti dah kena tumbuk kan? Jangan ganas sangat. Ingat. Kamu tu perempuan sayang..." Tuan Lee menelan air liur apabila Chan bercakap dengan Chaewon. Chaewon hanya memuncungkan bibir tanda merajuk.

      " Saya dah ada kat sini. Ada apa-apa nak cakap ke Encik Lee? Ataupun kita anggap je benda ni selesai. Encik Lee tarik balik saman tu... Dan saya tarik juga tuduhan kepada 7 orang pelajar termasuk Anak Tuan Lee kerana membuli anak saya..." Soal Chan perlahan. Tuan Lee memandang ke arah Felix sebelum menelan air liurnya sekali lagi.

      " Tuan ada bukti ke anak saya membuli? Bukan senang saya nak tarik balik tuduhan tu. Teruk muka anak saya kena tumbuk dengan anak Tuan..." Chan mengisyaratkan kepada Hyunjin. Hyunjin mengeluarkan sebuah fail coklat dari beg yang dibawanya sebelum menyerahkan kepada ayahnya. Chan mengeluarkan gambar dari fail itu dan mencampakkan gambar itu di atas meja. Mata Chaewon terbeliak kerana terkejut. Wow... Daddy dengan Abangnya lagi laju buat kerja mereka.

      " Habis tu Tuan ingat senang saya nak tarik balik laporan polis terhadap anak Tuan buli anak saya? Depan mata saya sendiri, anak saya selalu kata dia nak mati. Tuan sebagai bapa apa perasaan Tuan bila dengar anak yang Tuan sangat sayang bercakap macam tu? Ni semua buktinya. Takkan tak jelas lagi?" Kata Chan dengan tenang. Semua gambar itu dia dapat dari cctv berdekatan dengan kawasan Minju selalu dibuli. Sakit hatinya melihat cara anaknya diperlaku. Anak yang kalau boleh dia tak nak bagi sakit walaupun sikit dipukul dengan teruk oleh mereka semua. Bukan setakat dipukul, malah dimalukan lagi... 

       " Tapi kalau Tuan nak teruskan ni, silakan. Kita jumpa di mahkamah. Tuan pun tahu bukan senang nak menang lawan saya kalau kat mahkamah kan? Jadi, Tuan nak ambil risiko ke? Biar anak Tuan masuk Juvana dan Tuan kehilangan kerja Tuan selama-lamanya..." Sambung Chan lagi. Tuan Lee akhirnya bersetuju. Setuju untuk menarik balik saman yang dikenakan ke atas Keluarga Bang.

REVENGETempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang