Author p.o.v
Kelab Malam,
" Anna, macam mana dengan Amy? Masih lagi teruk ke?" Soal seorang lelaki terhadap Chaewon yang baru je meneguk minuman yang ada di dalam sebuah gelas. Jika dilihat pakaian Chaewon sekarang ini, takde sesiapa yang menyangka bahawa gadis itu baru pelajar sekolah. Dengan tank top dan seluar fitnya, tak termasuk lagi rambut diikat yang memaparkan tatu naga dan bunga ros yang berada di leher. Chaewon hanya memandang orang di depannya sambil lewa.
" Why you don't go and look for yourself Kevin? Are you scared that Amy is going to kill you?" Soal Chaewon kembali. Lelaki bernama Kevin itu hanya tergelak kecil sebelum menggelengkan kepalanya perlahan.
" Aku lebih takut kau dengan Sam yang akan bunuh aku Anna... Btw, kau seorang je ke? Sam mana?" Soal Kevin semula. Chaewon ketawa kecil dan menunjukkan di belakang Kevin. Di situ, Hyunjin berdiri bersama dengan pembantu peribadinya.
" Are you looking for me Kev? Why? Kau ada buat salah apa-apa ke?" Soal Hyunjin tenang. Kevin menggeleng sebelum meminta diri. Takut juga dia bertentang mata dengan Anak sulung Keluarga Bang itu. Dia duduk di sebelah Chaewon dan mengambil gelas milik Chaewon sebelum meneguknya.
" Hey! That's mine! Urgh.. Why you smell like shit, bro? Did you kill somebody?" Soal Chaewon perlahan selepas menghidu bau darah di jaket milik abangnya itu. Hyunjin hanya tergelak kecil.
" They deserve it. But kenapa ye adikku yang cantik, kau masuk ke sini? Kalau Daddy tau, tak kena marah ke kau? Ke kau tutup kejahatan kau ni dengan nama Minju?" Chaewon tersenyum kecil tanpa menjawab. Tahulah Hyunjin yang adiknya itu menggunakan nama si bongsu yang masih ditahan di hospital.
" Oppa, kelab ni ada check ID orang sebelum masuk ke sini ke?" Soal Chaewon perlahan. Hyunjin menghabiskan air milik Chaewon sebelum menggelengkan kepalanya perlahan. Chaewon mengeluh kecil.
" Cuba tengok meja 22. 7 orang tu masih pelajar sekolah. Lebih tepatnya pembuli Minju. Ana ada jumpa kat sekolah tadi. Baik suruh diaorang berambus sebelum entah apa-apa jadi. Kalau entah apa-apa jadi, tak boleh Anna nak balas dendam kat dioarang..." Kata Chaewon perlahan. Hyunjin mengangguk dan berkata sesuatu pada pembantunya. Tak lama masa diambil untuk 7 orang pelajar itu dihalau keluar dari Kelab Malam itu. Chaewon hanya memandang tanpa perasaan. Dia melayan perasaan sendiri sebelum menerima mesej dari Tuan Bang.
Daddy❤❤
Anna Bang Chaewon, Daddy tahu
kamu ke Kelab Malam. Balik
sebelum Mummy kamu tahu.
Kamu tak nak Mummy kamu
tahu kan?
Melihat mesej itu, laju mata Chaewon memandang ke abangnya. Dia tahu Hyunjin yang bagitahu ayahnya tentang dirinya di kelab Malam. Tapi dia malas nak memarahi abangnya jadi dia ikut je lah cakap ayahnya dan balik ke Rumah Keluarga Bang. Dalam perjalanan balik, dia terserempak dengan 7 orang pembuli Minju itu. Mereka agak terkejut melihat pakaian yang dipakai oleh Chaewon.
" Jumpa lagi setan ni semua... Aku ingat dah tak jumpa dah..." Gumam Chaewon perlahan yang menyampah melihat 7 manusia itu. Mereka semua masihb terkejut melihat Chaewon. Baru keluar dari Kelab Malam dengan pakaian yang agak tak sopan untuk seorang pelajar sekolah pakai.
" Kau jual diri ke Bang Chaewon? Oh my... Maksudnya kau serupa macam kembar kau tu... Jual diri dalam Kelab yang sama..." Ucap Chaeyeon perlahan dengan suara terkejut. Chaewon menjulingkan mata menyampah. Dia nak berlalu pergi sebab malas nak dengar Daddynya membebel kalau dia lambat sampai rumah namun Seungmin lebih cepat menahan lengannya.
ANDA SEDANG MEMBACA
REVENGE
RandomSETELAH MINJU DAN CHAEWON TERPISAH DENGAN BEGITU LAMA APABILA CHAEWON TERPAKSA MENJAGA NENEK DAN ATUK MEREKA DI LUAR NEGARA, AKHIRNYA KEMBAR KEMBALI BERSATU APABILA CHAEWON DIKHABARKAN YANG MINJU MASUK KE DALAM HOSPITAL SETELAH HAMPIR MEMBUNUH DIRIN...
