Minju p.o.v
" Unnie nak potong buah ke nak hancurkan buah tu? Janganlah ganas sangat...." Kata Minju perlahan melihat Chaewon yang sedang memotong buah epal dengan agak ganas. Seram dia tengok kakak kembar dia ni.
" Senyap Bang Minju. Jangan keluarkan apa apa bunyi melainkan kau nak terangkan kat aku kenapa kau buat kerja gila sampai terjun sungai dan buat Mummy nangis." Balas Chaewon tanpa memandang adiknya. Minju terdiam. Sekarang hanya mereka berdua di dalam wad VVIP Minju. Abang mereka dah mula kerja semula dengan Daddy. Mummy pula kat rumah berehat sekejap.
" Min... Sorry... Min gila kan? Sampai sanggup bunuh diri semata mata hal kecik macam ni..." Gumam Minju perlahan. Chaewon meletakkan pinggan berisi epal yang sudah dipotong di hadapan Minju sebelum mengeluh perlahan.
" Tak Min. Kau tak gila. Bagitahu Unnie kenapa kau buat macam ni. Aku tahu mesti ada sebab sampai kau tak tahan lagi untuk hidup..." Kata Chaewon perlahan. Minju menarik baju yang dipakainya sehingga mendedahkan bahagian badannya yang berlebam.
" Diaorang pukul Min Unnie... Setiap hari. Ambik duit Min. Paksa Min buat kerja diaorang. Lepas tu kalau Min memberontak, diaorang sepak Min. Kadang kadang ada yang sampai sentuh badan Min... Min dah tak sanggup nak balik ke sekolah tu semula..." Terang Minju satu persatu. Chaewon yang mendengar tanpa sedar menggenggam buku limanya kuat. Macam ni teruk Minju dilayan di sekolah?
" Dah jangan nangis adik... Unnie ada kat sini. Unnie akan pastikan Min takkan kena pukul lagi." Pujuk Chaewon lembut sambil memeluk adiknya itu. Minju membalas pelukan Chaewon dan membenamkan wajahnya di leher kakaknya.
" Janji boleh Unnie? Jangan tinggalkan Min seorang diri. Min tak kuat. Semua orang sibuk. Min ada Unnie je dalam dunia ni..." Kata Minju perlahan. Chaewon menganggukkan kepala. Unnie janji. Unnie takkan tinggalkan Min lagi.
---------
Rumah Keluarga Bang,
Chaewon p.o.v
" Anna, Daddy tahu kadang kadang Anna boleh ambil keputusan gila macam ni... Tapi keputusan yang ni paling Daddy tak boleh terima. Cukup Amy sahaja sayang... Daddy tak benarkan Anna masuk ke sekolah sana." Ucap Chan mandatori apabila mendengar kata kata anak keduanya.
" Kalau Daddy tak nak masukkan Anna ke sana fine! Tapi Anna takkan berhenti untuk cari siapa pembuli Adik Anna. Anna akan cari dia sampai jumpa." Balas Chaewon tak memepdulikan kata kata ayahnya. Chan mengeluh perlahan sebelum memandang ke arah fail peribadi Chaewon. Anaknya dah pun rasmi tamat sekolah di Aussie dan minta untuk dipindahkan ke sekolah Minju. Dia bukan tak nak daftarkan Chaewon bersama Minju, tapi dia tak nak isterinya menangis lagi. Cukuplah dia menangis kerana Minju hampir bunuh diri. Janganlah Chaewon pulak.
" Dad, you know your own daughter right? I will be fine in there. Anna takkan biarkan mereka sentuh Anna walaupun seinci. Promise daddy! But please... For the first time, let me find them and take revenge for my sister..." Ucap Chaewon dengan suara memujuk. Chan mengeluh lagi.
" Fine. Hanya untuk sekali je Chae. Cari pembuli tu sampai dapat dan kalau dah tahu identiti dia, biar Daddy selesaikan. Kamu jangan selesaikan. Biar Daddy dengan Sam selesaikan. Okey?" Chaewon mengangguk. Ayahnya sangat suka mencampur adukkan nama mereka. Sekejap Chaewon, lepas tu Anna. Sekejap Hyunjin lepas tu bertukar jadi Sam. Min pun sama. Lepas minju jadi Amy.
" Promise! I love you so much Daddy!!" Chaewon memeluk tubuh Chan erat. Chan hanya tersenyum apabila dipeluk anaknya itu.
" I love you to princess..." Balas Chan lembut sambil mengusap rambut anaknya. Chaewon kemudian balik semula ke hospital untuk menemani kembarnya.
Hospital,
" Oh? Hai Minho Oppa..." Chaewon tak terkejut melihat tetamu itu berada di bilik Minju menemani gadis itu. Dia kenal Minho sangat sangat. Kawan baik Hyunjin yang sukakan Minju dalam diam.
" Hai Chae... Datang sendiri je ke tadi? Tak nampak Uncle dengan Auntie pun..." Soal Minho perlahan melihat ke arah kakak kembar Minju itu.
" Haah. Datang sendiri je. Daddy sibuk. Mummy nak rehat. Kejap lagi baru Mummy datang. Oppa datang sendiri juga?" Minho hanya mengangguk mendengar kata-kata Chaewon. Dia duduk di kerusi plastik yang berada di sebelah katil Minju sementara Chaewon duduk di sofa yang turut disediakan di situ.
" Oppa tahu kenapa dia cuba bunuh diri?" Soal Chaewon perlahan. Minho mengangguk perlahan sebelum memandang chaewon.
" Maaf sebab tak pernah bagitahu. Tapi dia sendiri yang minta supaya Hyung tak bagitahu sesiapa. Dia tak nak sesiapa risau. Tapi dia tak pernah pulak bagitahu seteruk macam ni sampai dia sanggup nak bunuh diri." Kata Minho perlahan. Chaewon mengangguk faham.
" Kalau kembar dia pun dia tak bagitahu,ini apatah lagi Oppa kan..." Gumam Chaewon perlahan. Ketika itu Minju membuka matanya. Dia nampak sedikit terkejut melihat Minho di sisi katilnya.
" Kenapa Minho Oppa ada kat sini?" Soal Minju kepelikan. Tanpa sempat menjawab soalan Minju, chaewon memotong percakapan Minho.
" Dia nak melamar kau. Bongok... Dia nak melawat kau lah Bang Minju oi.... Kau pun satu. Janganlah lurus sangat..." Balas Chaewon bagi pihak Minho. Minju yang mendengar hanya mengangguk dan tersenyum sebelum mencubit pinggang Chaewon geram.
" Aku tinggalkan kau kejap ye, adik... Nak jumpa Sam kejap." Bisik Chaewon perlahan pada Minju. Minju hanya mengangguk dan memandang Chaewon sehingga gadis itu meninggalkannya bersama Minho di dalam bilik itu.
Minju p.o.v
" Jangan buat macam ni lagi, Min. Awak tahu tak betapa risaunya dia masa balik tu? Dia risau kalau awak tinggalkan dia awal sangat. Dia mungkin nampak kuat, Min. Tapi, tanpa awak, dia takkan dapat nampak kuat macam tu. Bagi orang lain, awak mungkin cuma sebagai adik kembar dia. Tapi, bagi dia, awak adalah sumber kekuatan dia..." Kata Minho perlahan sambil mengusap tangan Minju dengan lembut. Minju mengangguk perlahan.
" Saya tahu...."
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
YOU ARE READING
REVENGE
RandomSETELAH MINJU DAN CHAEWON TERPISAH DENGAN BEGITU LAMA APABILA CHAEWON TERPAKSA MENJAGA NENEK DAN ATUK MEREKA DI LUAR NEGARA, AKHIRNYA KEMBAR KEMBALI BERSATU APABILA CHAEWON DIKHABARKAN YANG MINJU MASUK KE DALAM HOSPITAL SETELAH HAMPIR MEMBUNUH DIRIN...