PROLOGUE

62.5K 4.1K 882
                                    

"La la la... La la la..."

Aku menyelak majalah di tanganku sambil menyanyi lagu yang sendiri aku tak tahu. Ada semangkuk anggur hijau di atas pahaku. Aku sumbat anggur hijau itu ke dalam mulutku. Sedar tak sedar tinggal lagi sebiji anggur hijau yang tinggal.

Aku mengeluh bosan. Majalah yang aku belek sejak lima belas minit yang lalu, aku campak ke tepi. Majalah itu tepat mengena muka seseorang.

Si dia merengus geram kerana aksi selambaku. Dia balas dendam kepadaku semula dengan memukul kuat majalah itu ke bahuku.

"Macam mana kalau calar muka aku yang handsome ni?"

"Macam tulah," jawabku tanpa perasaan.

Aku menyepetkan mataku memandang jejaka yang duduk di sebelahku. Aku tenung lama wajahnya bersama senyuman misteri yang terukir.

Nick menolak wajahku dengan tangan besarnya. Dia tunjuk muka menyampah melihat aku yang mula berubah karakter. Dia bagaikan faham maksud dari renungan mataku.

"Okay, Kate. Kau nak apa lagi?" tanya Nick dengan nada suara yang malas. Kakinya disilangkan penuh bergaya sambil memeluk tubuh sendiri.

"Aku lapar. Order pizza."

"Makan jelah makanan hospital tu." Mulut Nick memuncung menunjuk makanan hospital yang terhidang di atas meja.

Aku pandang sepi makanan hospital yang dihantar oleh jururawat sebentar tadi. Tak selera aku nak menelan makanan hospital tu. Aku menggeleng kepala laju. Enggan.

Aku tunduk kepala ke bawah. Tangan mula mengusap perutku secara bulatan. Wajahku beriak mendung. Sedih.

"Aku craving nak makan pizza. Kau tak kesian ke dekat anak dalam perut aku ni?"

"Anak dalam perut konon. Macam mana kau nak pregnant kalau-"

Pantas aku menutup mulut Nick dengan telapak tanganku. Aku menjegilkan mataku luas kepadanya memberikan amaran keras. Sekiranya dia meneruskan ayatnya tadi, aku takkan teragak-agak mencekik leher dia.

Nick akhirnya mengalah. Dia order kan pizza untukku selepas itu. Aku menikmati penuh berselera pizza yang dibeli Nick tanpa gangguan sesiapa. Lelaki berperwatakan lembut itu keluar meninggalkan aku bersendirian. Aku tak tahu dia pergi ke mana kerana dia langsung tidak memaklumkan kepadaku.

Nick, dia jejaka kacukan thailand yang berperwatakan lembut. Dia sahabat aku dari zaman jongkang-jongket.

"KATERINA!!!"

Itu suara Nick. Dahi aku berkerut nipis sambil mengunyah pizza. Dia dah kenapa memekik nama aku dari luar? Dia tak malu ke jadi tarzan di hospital ni. Nak bagi semua orang dengar nama aku.

"RED!!"

"RED!"

Siapa Red? Aku kebingungan. Waktu beginilah otak aku tak berfungsi dengan elok. Aku abaikan jeritan Nick dan menyambung makan.

Pintu bilik wad dirempuh kuat dari luar. Aku lihat dia termengah-mengah mengambil nafas. Dia terbongkok memegang lututnya. Dia sepertinya memecut laju ingin sampai ke sini.

"Di... dia... Dia..." Tersangkut-sangkut bicara Nick kerana masih mengah.

"Dia apa?"

HUGO DENNIZ Where stories live. Discover now