06 HUGO DENNIZ

17K 2.4K 318
                                    

"Macam mana dia boleh pengsan?" Soal Jade serius.

"I pijak kaki dia." Jujurku.

"Kau pijak kaki dia sampai pengsan? Wah..." Mulut Ronaldo ternganga kecil.

Jade masih dengan renungan yang tidak percaya. Dia pandang aku atas bawah. Kini, aku disiasat oleh dua orang jejaka itu. Ronaldo dan Jade. Mereka berdua adalah kawan rapat kepada Denniz.

Aku duduk di atas sofa ruang tamu rumah 4 orang jejaka itu. Mereka sekawan duduk sekali di dalam satu rumah. Terlalu panjang kisahnya bagaimana aku diheret ke sini. Aku bagaikan pesalah yang telah menyebabkan Denniz pengsan.

"Aku tak percaya..." kata Jade lagi.

"Nak I tunjukkan macam mana I pijak kaki dia tadi?"

Jade diam sekejap. Dia meletakkan jari telunjuknya di dagu, gaya sedang berfikir.

"Silakan buat..."

Aku tersengih.

"... dekat Ronaldo." Dia menolak kasar badan Ronaldo ke arah aku.

"Sekarang kau tunjuk macam mana kau pijak kaki Denniz tadi. Kalau Ronaldo pengsan, maknanya apa yang kau cakap tu betul."

Membulat besar mata Ronaldo mendengarnya. Terlepas carutan kasar dari mulutnya.

Jade ni memang tak sayang kawan sungguh. Tergamak dia jadikan Ronaldo bahan eksperimen pada kali ini. Aku mendapati wajah Ronaldo bertukar cuak. Dia menelan air liur berkali-kali.

"You sayang kaki kanan ke kiri?" Aku menahan ketawa ketika mengajukan soalan ini.

"Err..." Ronaldo pandang kedua belah kakinya. Lama dia berfikir.

"Apa kau buat kat sini?" Suara garau Denniz berbunyi perlahan.

Mata aku beralih pada Denniz yang berdiri tidak jauh daripada kami. Badannya disandarkan di dinding sambil memeluk tubuhnya. Nampaknya dia dah sedar dari pengsannya.

"I tengah main pijak-pijak kaki dengan kawan you."

Jawapan aku disambut dengan jelingan tajam daripada Denniz. Tanpa berkata apa-apa dia berlalu pergi dari situ. Aku pula mengikuti langkahnya dari belakang kerana aku mahu katakan sesuatu kepadanya. Dia masuk ke dalam dapur kemudian membuka peti ais.

"Den—"

Gara-gara lantai yang aku pijak licin, aku tak dapat seimbangkan badanku lalu punggung aku jatuh menghempap lantai. Malang sungguh nasibku. Sakitnya punggungku.

Isaac muncul di tepiku dengan sehelai kain. Dahinya berkerut nipis melihatku yang terduduk di atas lantai. Mungkin dia tengah memikirkan kenapa aku duduk di atas lantai bukannya di atas kerusi.

"Oh shit. Aku tertumpahkan air tadi. Sorry." Isaac segera menolong aku bangun dan berulang kali minta maaf atas kecuaian dirinya.

Denniz memerhati aku yang jatuh tadi tanpa rasa mahu menolong walaupun sedikit. Tak gentlemen langsung. Dia boleh makan biskut di meja sepertinya aku ni tidak wujud.

Aku menarik kerusi di hadapannya lalu duduk menghadapnya. Kedua belah tangan diletakkan di atas meja.

"Kau kenal siapa lelaki tu?"

"Tak."

"Dia stranger. Kau tak kenal dia langsung dan kau boleh ambik air yang dia bagi. Kau tak tahu niat dia baik atau jahat."

"Sekarang ni you nak cakap dia ada niat jahat pada I?"

"Kau rasa kenapa aku pengsan?"

Soalan dibalas dengan soalan. Aku tahu Denniz pengsan bukan disebabkan aku pijak kaki dia petang tadi. Hanya ada satu sebab...

HUGO DENNIZ Where stories live. Discover now