08 HUGO DENNIZ

22.7K 2.3K 115
                                    

Seminggu yang lepas aku dibuang kerja gara-gara telah mencederakan pelanggan di sebuah kafe tempat aku bekerja sambilan. Aku takkan mencederakan pelanggan tanpa sebab. Aku masih waras. Ini semua disebabkan jantan miang yang berani mahu mencabul aku ketika aku mengambil pesanan makanannya.

Selamat wajahnya disimbah dengan air panas. Tangan aku begitu pantas bertindak tanpa memikirkan kesan yang aku terima selepas itu. Tapi tidak mengapa. Aku puas kerana dapat simbah air kopi yang panas pada muka jantan miang itu. Menggelupur dia.

Berkat pertolongan Nick, aku mendapat kerja di sebuah supermarket yang tidak jauh dari rumah Aunty Avena. Lebih kurang 10 minit jikalau aku berjalan kaki. Aku buat semua ini kerana tidak mahu menambahkam beban Aunty Avena dan Uncle Adham. Mereka dah banyak membantuku selepas aku kehilangan semua ahli keluargaku.

"Ini baju uniform kerja kau. Sila tukar sekarang."

"Okay."

Aku hadiahkan secebis senyuman kepada pekerja bernama Eva itu. Aku segera menukar pakaian aku kepada baju yang berwarna putih campuran oren. Aku mengikut langkah Eva ke bahagian belakang. Dia mahu aku membantunya mengangkat kotak.

᠃ ⚘᠂ ⚘ ˚ ⚘ ᠂ ⚘ ᠃

Apa dia buat kat sini?

Menjadi persoalan aku kenapa dia pakai baju uniform yang sama seperti aku?

Takkanlah dia bekerja di sini jugak. Sangat mustahil. Dia anak Tan Sri dan berasal dari keluarga yang kaya raya. Kenapa orang seperti dia bekerja sambilan di supermarket?

Mataku ni degil asyik menjeling si dia sambil menyusun barang di. Tak fokus aku nak membuat kerja apabila ternampak Denniz sedang memanjat tangga dan menyusun barang.

Aku menghampiri dia setelah 10 minit menjadi seorang stalker. Aku berdehem kecil mahu menyedarkan dia tentang kewujudan aku. Sementara itu aku berpura-pura menyusun barang di rak.

"Kenapa you kerja kat sini?" soalku perlahan sekadar aku dan dia saja yang dengar.

Denniz tundukkan kepalanya ke bawah. Dia pandang aku.

"Sebab boleh," jawabnya mudah.

"You anak orang kaya. Kenapa nak kerja part time?"

"Siapa kata aku anak orang kaya?" Dia memandangku penuh kemusykilan.

Aku diam sekejap.

"Jade pernah cakap dekat I." Bohongku. Aku tak mahu dia tahu yang aku sudah lama mengenali dia. Dia lelaki yang aku jumpa 4 tahun lepas ketika hari lahir kami dan dialah...

Lelaki yang telah menyelamatkan nyawa aku dulu. Di saat aku mahu menamatkan riwayat hidup, dia yang menarik aku semula ke darat. Aku masih ingat wajah cemasnya pada malam itu. Aku tak tahu bagaimana dia boleh berada di kawasan itu pada waktu tengah malam.

Dia tak kenal aku. Tetapi, aku kenal dia siapa.

"Kau ada masalah ke kalau aku kerja kat sini?" soalnya kasar.

"Tak."

Denniz turun tangga dengan berhati-hati. Kini, kami berdiri bersebelahan. Dia memandang wajahku sesaat sebelum alihkan pandangan ke tempat lain.

"Jadi buat hal sendiri. Jangan kacau aku."

"Kalau I nak kacau you jugak?"

HUGO DENNIZ Where stories live. Discover now