07 HUGO DENNIZ

19.1K 2.3K 277
                                    

Dia mengheret kasar badan lelaki itu di atas tanah. Lelaki itu tidak mampu bergerak mahupun melawan kerana tangan beserta kakinya diikat kemas. Matanya pula ditutup dengan sehelai kain. Lelaki itu tidak tahu ke mana dia dibawa.

Aku bersembunyi di sebalik sebatang pokok, menghendap mereka dari jauh. Dia sudah berhenti melangkah. Cengkamannya pada kolar baju lelaki itu dilepaskan. Kemudian dia mencapai peralatan yang turut dibawa sekali.

Apa yang dia buat di tanah perkuburan pada waktu malam begini?

Dia nak tanam lelaki tu hidup-hidup ke?

Tekaan aku betul apabila dia mula menggali tanah menggunakan cangkul yang dibawa. Aku menelan air liur sekali. Kenapa aku tengok semua benda ni? Aku tak sepatutnya berada di sini.

Lelaki itu meronta-ronta mahu dilepaskan. Dia cuba nak larikan diri walaupun mustahil dengan keadaannya sekarang. Dia nak mengeluarkan suara meminta pertolongan pun tidak mampu kerana mulutnya turut ditutup.

Dia sudah berhenti menggali tanah. Dia kembali semula kepada lelaki itu lalu direntap kolar baju lelaki itu memaksa untuk duduk. Cangkul diangkat tinggi ke atas kemudian dihayunkan ganas kepada kepala si mangsa.

Membulat besar mataku. Terlepas jeritan kecilku gara-gara terkejut. Terhenti perbuatannya yang ingin menghayunkan lagi cangkul kepada kepala si mangsa.

Kakiku mengundur ke belakang. Aku dah tak selamat sekarang. Dia dengar jeritan aku tadi.

Cangkul dicampak ke atas tanah. Kepalanya menoleh ke belakang. Secara tak langsung mata kami saling bertemu. Kini, aku nampak dengan jelas wajahnya dalam kesamaran cahaya tiang lampu di kawasan itu.

Terjelepok aku jatuh di atas tanah. Dia seorang perempuan dan wajahnya sama seperti aku.

Sama.

Dia tersenyum sinis kepadaku. Darah yang terpercik di tangannya dijilat tanpa rasa jijik. Dia dahagakan darah manusia.

᠃ ⚘᠂ ⚘ ˚ ⚘ ᠂ ⚘ ᠃

Aku bangun secara mengejut dari mimpi ngeriku. Terlalu ngeri sehinggakan mengingatkan aku kepada kejadian beberapa tahun lepas. Pertumpahan darah yang berlaku pada hari lahirku. Jantungku berdegup begitu kencang. Rasa takut menguasai diriku sehingga tanganku menggeletar kecil.

"Kau mimpi apa?"

Kepalaku ditoleh ke tepi. Nadine berada di sisiku. Aku bingung untuk seketika bagaimana Nadine boleh berada di sini.

Oh ya. Aku baru teringat yang aku terlelap ketika menonton movie bersama Nadine dan Nick di luar rumah Aunty Avena. Kami kebiasannya akan menonton movie bersama pada hujung minggu.

Nadine menggenggam erat tanganku

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Nadine menggenggam erat tanganku. Dia cuba tenangkan aku dengan caranya. Dia tahu apa yang terjadi dalam hidupku selama 4 tahun ini. Dia tahu aku sudah tiada keluarga melainkan keluarga Aunty Avena.

HUGO DENNIZ Where stories live. Discover now