05 HUGO DENNIZ

17.1K 2K 90
                                    

Aku menepuk bahu Nick dari arah belakang. Puas aku mencari dia serata tempat. Rupanya dia ada di kafeteria keseorangan. Dia toleh kepalanya ke belakang bersama riak wajah yang tidak berpuas hati. Kerusi di sebelahnya aku tarik lalu aku labuhkan punggung di atas kerusi itu.

"Sakitlah." Dia mengaduh kesakitan sambil mengusap bahunya.

"Lembik," ejekku. Pukul sikit pun dah sakit. Lemah.

"Tangan aku patah gila. Kau pukul dekat kawasan situ." Dia tunjukkan kepadaku tangan kanannya yang berbalut akibat terjatuh basikal dua hari lepas. Aku la punca dia jatuh basikal.

"Boleh makan tak?" tanyaku apabila melihat dia terkial-kial mahu makan.

"Tak. Kau tolong suapkan." Dia tolak pinggannya ke arahku bersama isyarat mata 'kau-suap-aku'.

"Boleh sayang. Aku tolong suap pakai kaki. Kau nak kaki kanan ke kiri?"

"Aku tengah sakit ni dan kau punca aku patah tangan. Kau kena bertangungjawab, Kate. Kau kena jadi hamba aku. Segala suruhan aku kau kena patuh."

Ada jugak orang kena cekik sampai mampus kejap lagi. Nick sangat mengambil kesempatan dalam situasi sekarang.

"Kau tak payah nak mengada. Sebelum aku tegur kau tadi, elok je kau makan guna tangan kiri kau."

Nick menjeling aku tajam. Selepas itu kami berdua makan dengan tenang sambil mulut Nick berceloteh tanpa henti. Dia dan gossip berpisah tiada. Semua gossip terkini dia tahu. Mengalahkan kaum perempuan. Dia lebih banyak bergaul dengan perempuan berbanding lelaki.

Dia sahabat aku yang sentiasa ada ketika susah dan senang. Kami terlalu rapat sehinggakan aku berpindah ke Jerman pun dia ikut sekali. Selain Nick aku rapat dengan Nadine. Kawan pertama aku di Jerman.

"Pandang depan sana," bisiknya perlahan di tepi telingaku. Dia mula merapatkan badannya dengan aku.

Aku pandang tempat yang dimaksudkan Nick. Hanya pemandangan yang biasa iaitu beberapa orang pelajar sedang makan seperti kami. Aku tak faham apa yang Nick mahu tunjukkan kepadaku. Bunyinya seakan serius.

"Lelaki yang pakai cermin mata tu asyik pandang kau. Tak berkelip-kelip mata dia pandang kau. Kau jangan tengok benda lain. Dia duduk sorang je kat meja tu. Kalau kau tak nampak dia, kau kena pergi jumpa doktor. Check mata kau tu."

Memang benar apa yang Nick katakan. Lelaki itu masih memandangku sambil mengunyah roti. Rakus betul dia mengunyah roti seperti orang yang kelaparan.

"Kau kenal ke dia?" soalku kepada Nick kerana dia mengenali ramai orang di kolej ini. Kemungkinan besar maklumat peribadi lelaki itu ada di tangan Nick. Serahkan segala kerja menyiasat kepada lelaki lembut ini. Dengan sepantas kilat Nick akan mengorek sehingga ke lubang cacing maklumat diri seseorang itu.

"Aku tak tahu nama dia. Tapi, aku pernah nampak dia kena buli. Tengok la gaya dia yang nerd tu. Potongan rambut macam mangkuk."

"Creepy la cara dia pandang kau." Nick menambah lagi.

"Lepastu aku kena buat apa? Kena gelabah ke?"

"Itu yang sepatutnya. Kau kena gelabah sebab akhirnya ada orang pandang kau sampai tahap tu! Tahniah Cik Katerina kerana anda sudah ada peminat sekarang!"

Dia menarik tangan aku secara paksa untuk salam dengan tangan kirinya yang masih kotor. Menyakitkan hati sungguh dia ni. Seronok dia kenakan aku sambil ketawa terbahak-bahak. Dia lupa agaknya yang sebelah tangan dia tu patah. Bila-bila masa saja aku boleh serang tangan dia yang berbalut tu sehingga meraung kesakitan.

"Ha Ha Ha Ha... Seronoknya ketawakan orang."

"Gila tak seronok. Pertama kali aku tengok ada lelaki pandang kau macam nak terkam. Kau kan tak laku sebab tu sampai sekarang tak pernah ada boyfriend."

"Kau memang dah lama hidup kan."

Pecah jeritan Nick apabila aku menyerang tangan kanannya. Rasakan! Mulut dia memang tak bertapis langsung. Bab mengutuk aku dia yang akan maju ke hadapan. Selalu cakap aku tak laku. Aku cuma jual mahal dengan mana-mana lelaki yang cuba mengurat aku selama ini.

᠃ ⚘᠂ ⚘ ˚ ⚘ ᠂ ⚘ ᠃

Aku memeluk tubuh sendiri sambil menunggu di hadapan lif. Penantian aku tidak lama apabila pintu lif terbuka. Aku menghayun langkah laju masuk ke dalam kotak lif. Kelihatan ada dua orang lelaki berada di dalam lif yang sama denganku. Berdirinya aku di hadapan dua orang lelaki itu dengan perasaan yang gementar. Kenapa dengan aku ni? Aku dapat rasakan perkara buruk akan berlaku.

Abaikan.

Itu hanyalah perasaan aku saja.

Takkan ada ap-

Lif berhenti bergerak tiba-tiba. Lampu di dalam lif terpadam!

Automatik terlepas jeritanku yang kuat. Cik jantung sudah menggila menghadapi situasi cemas ini. Mataku masih tercelik namun hanya kegelapan memenuhi pandangan. Aku tak nampak apa-apa. Tanganku teraba-raba mencari sesuatu.

Alamak aku terlanggar sesuatu. Bukan dinding.

Kasut bertemu dengan kasut.

Manusia.

"Lif rosak." Dia berkata tenang. Suara itu begitu hampir dengan aku.

Serentak dengan itu lampu di dalam lif kembali bernyala. Aku menghembus nafas lega meskipun lampu tidak bernyala dengan elok. Seperti cerita hantu yang ditayangkan di dalam televisyen.

Betullah aku langgar manusia tadi iaitu salah seorang lelaki yang ada di dalam lif ini. Aku berdiri betul di hadapannya. Kedudukan yang agak rapat.

Kami saling berpandangan antara satu sama lain.

"Hugo..."

Wajahnya beriak kosong.

Aku baru tersedar yang aku sebut nama tu di bibir bukannya di dalam hati. Aku pantas jarakkan diriku daripadanya dan berpura-pura seperti tiada apa yang terjadi. Ketika itu aku baru perasan siapakah lelaki kedua yang ada di dalam lif ini selain Denniz. Lelaki di kafeteria tadi. Aku berjaya mengecam dia dengan sekali pandang saja.

Kami bertiga terperangkap di dalam lif yang rosak dan perlu menunggu bantuan tiba. Aku lenguh berdiri buat jangka masa yang lama. Aku duduk di atas lantai tanpa menghiraukan dua jejaka itu yang masih steady berdiri.

Seminit selepas itu, mereka berdua duduk di atas lantai seperti aku.

Aku membuka beg sandangku mencari botol minuman. Puas aku mencari malangnya tiada. Mungkin aku tertinggal. Tiba-tiba ada tangan lain menghulurkan sebotol air kepadaku. Aku angkat kepala melihat siapakah yang berikan aku air. Aku terkedu.

Lelaki di kafeteria itu.

"You bagi I?"

Dia angguk kepala laju.

"Thank you."

Aku melayangkan senyuman lebar kepada dia.

Dia terus tundukkan kepalanya ke bawah. Dia nampak seperti terkejut.

Aku buka penutup botol air itu. Baru saja bibir aku mahu menyentuh muncung botol itu, terasa melayang botol itu dari tanganku. Aku tercengang.

Air aku dirampas oleh Denniz!

Denniz meneguk air itu selamba di hadapanku. Sampai habis dia minum dengan sekali teguk. Pantas aku angkat punggung dan berdiri tegak menghadapnya.

"Kenapa you curi air I! I tak sempat minum air tu." Suaraku meninggi memarahi dia.

"Aku... haus," jawabnya tanpa rasa bersalah.

"Habistu I ni tak haus ke?"

Denniz diam. Dia merenung aku lagi dalam seakan mencabar.

"Biadap," kataku. Kemudian, aku pijak kakinya sekuat hati dengan kasut tumit tinggiku. Rasakan!

Denniz tiba-tiba melayang jatuh di atas badanku. Eh? Aku tergamam apabila tubuhku ditindih dengan badan besarnya. Aku dapati matanya sudah terpejam rapat. Sah dia pengsan! Takkan la disebabkan aku memijak kasutnya, dia boleh pengsan? Sakit sangat ke?

HUGO DENNIZ Where stories live. Discover now