03 HUGO DENNIZ

28.2K 3K 559
                                    

Cantiknya anak ibu dan ayah malam ni.

Happy birthday, angel.

Ta... ta... ta...

Jiwa aku rasa kosong. Seminggu sudah berlalu sejak kejadian malang itu menimpa keluargaku. Kes pembunuhan ibu, ayah, Kaiden dan Kayla masih dalam siasatan polis. Aku bukan kehilangan seorang. Namun, aku kehilangan kesemuanya.

Aku menyaksikan bagaimana mereka bunuh ibu dan ayah. Aku tak dapat bayangkan bagaimana deritanya Kaiden di saat-saat terakhirnya. Dia cuba untuk melindungi Kayla yang masih bayi itu.

Kejam.

Mereka terlalu kejam terhadap bayi yang tidak bersalah itu.

Sehingga ke saat ini aku tak dapat menerima kenyataan yang aku hanya tinggal keseorangan di dunia ini.

Tanpa mereka.

Tanpa ibu dan ayah.

Tanpa seorang abang yang sentiasa melindungi adik-adiknya.

Tanpa Kayla yang aku tak sempat melihat dia membesar.

Kehilangan ini terlalu berat untukku. Pandanganku kosong menatap langit senja di rumah Aunty Avena iaitu adik kepada ayah. Aunty Avena menyuruh aku tinggal di rumahnya. Entah sampai bila. Sementara atau selamanya.

Siang malam aku menangis mengenang nasib diri. Aku tidak pedulikan apa yang orang mahu katakan pasal aku. Bila mereka suruh aku bersabar dengan ujian ini. Aku hanya diam.

Bersabar?

Mudah untuk mereka berkata selagi mereka tidak duduk di tempat aku. Keluargaku dibunuh dengan cara yang kejam. Pemergian mereka bukan dalam keadaan yang baik.

"Kate... Aku datang ni." Nick bersuara perlahan. Hampir setiap hari dia akan datang ke rumah Aunty Avena semata-mata mahu memastikan aku dalam keadaan yang baik.

Aku baring mengiring menghadap kolam renang. Aku baring saja di mana saja yang aku mahu. Aku mencelup sebelah tangan masuk ke dalam air kolam.

"Kate..."

"Kate..."

Nick tidak henti memanggil namaku. Aku bukan tak dengar. Cuma aku malas menyahut panggilannya.

"Aku tak boleh tanggung semua ni. Kepala aku ni sakit sangat bila teringatkan kejadian malam tu. Apa salah keluarga aku sampaikan mereka tergamak bunuh. Aku tak pernah rasa takut macam tu. Aku menggigil ketakutan dengar jeritan dan tembakan malam tu. Ayah aku kena tembak. Ibu aku ditikam banyak kali. Darah mereka berlumuran atas lantai. Kaiden... di... dia yang selamatkan aku. Dia lebih pentingkan nyawa aku dari segalanya. Bila aku keluar dari bilik, aku tengok diaorang semua terbaring di atas lantai. Senyap. Tiada bunyi Kayla menangis. Mereka tikam Kayla. Aku hanya mampu meraung mengharapkan diaorang masih bernyawa." Aku hanya luahkan apa yang aku pendam selama seminggu ini. Sebelum ni aku langsung tak bercakap dengan sesiapa sehinggalah ke saat ini.

Aku terlalu penat dari segi mental dan fizikal.

"Dalam kepala aku ni... fikir nak mati je. Aku nak mati." Berulang kali aku memukul kuat kepalaku dengan tangan.

"Untuk apa aku hidup kalau sengsara macam ni," bisikku lemah.

Nick menarik kedua belah tanganku memaksa aku bangun dari baring. Dia memegang kemas bahuku. Wajahnya begitu serius sekali pada pandanganku. Dia tergamam apabila tersedar sesuatu pada badanku.

"Kau dah gila ke, Kate?!!" Dia menempik kuat. Dia mengangkat kanan kiriku ke atas menunjukkan bahagian pergelangan tangan yang aku kelar semalam. Tidak terlalu dalam. Aku hanya bermain dengan pisau.

"Mungkin." Pecah ketawa kecilku.

Dada Nick aku tolak kasar menjauhiku. 

"Orang macam kau hanya tahu menghukum perbuatan aku."

"Aku tak perlukan orang macam kau dalam hidup aku."


᠃ ⚘᠂ ⚘ ˚ ⚘ ᠂ ⚘ ᠃

Aku keluar dari rumah Aunty Avena pada larut malam ketika semua penghuni rumah sudah tidur. Aku berjalan kaki menuju ke suatu tempat. Angin malam begitu sejuk meniup tubuhku yang hanya memakai gaun tidur berwarna putih. Rambut panjangku paras pinggang dibiarkan mengurai tanpa diikat.

Aku masuk ke dalam hutan tebal. Kepekatan malam langsung tak membataskan pergerakanku. Aku berjalan tanpa hala tuju sehingga langkahku terhenti di tebing laut. Kepalaku menunduk ke bawah melihat laut di bawah sana.

Tingginya. Aku tak takut dengan ketinggian. Aku takkan teragak-agak untuk terjun dari atas ini. Aku mengambil langkah kecil maju ke hadapan. Kini, aku berada tepat di hujung tebing laut. 

"Ibu ayah."

"Abang."

"Kayla."

Aku terjun.

Aku tidak tahu berenang — 

Disebabkan itu aku menggunakan cara ini untuk menamatkan segalanya.

Tubuh aku tenggelam masuk ke dalam air.

Makin dalam.

Seiring dengan mataku yang perlahan-lahan terpejam. Gelap.

Bunyi nafas kencang seseorang menyapa pendengaranku. Dadaku terasa sesak dan berat dihempap sesuatu. Aku terbatuk-batuk mengeluarkan air yang aku telah telan dalam kuantiti yang banyak.

Aku tidak dapat memproses apa yang telah terjadi pada diriku. Aku bukan berada di dalam air. 

Wajah seorang lelaki begitu rapat dengan aku. Air daripada rambutnya yang basah itu menitis jatuh ke atas kelopak mataku. Aku tak nampak dengan jelas keseluruhan wajahnya.

Dia jauhkan dirinya daripada aku.

"Kenapa... kau selamatkan aku?"

HUGO DENNIZ Where stories live. Discover now