01 HUGO DENNIZ

43.5K 4K 728
                                    

KATERINA, 17 tahun






Aku membuang pandangan ke luar tingkap kereta yang dipandu ibu. Kami dalam perjalanan ke rumah customer ibu selepas pulang dari klinik. Aku tidak ke sekolah hari ini kerana demam. Puncanya aku bermandi hujan semalam bersama Kaiden.

Percaya atau tidak ayah pun ikut sekali mandi hujan bersama anak-anaknya. Ayah aku seorang yang sangat sporting. Habis kami tiga beranak mendapat leteran percuma dari ibu. Hanya aku seorang sahaja yang demam.

"Betul ni Kate okay?" Ibu bertanya risau melihat wajah pucatku. Ini sudah masuk kali ketiga ibu bertanya soalan yang sama kepadaku sepanjang berada di dalam kereta. Rumah customer ibu agak jauh. Akan mengambil masa lebih kurang 45 minit.

Kalau diikutkan ibu mahu menghantar aku pulang ke rumah dahulu barulah ibu akan menghantar kek kepada customer nya. Namun, aku berdegil mahu mengikut ibu hari ini.

"Kate okay."

Aku selesakan kedudukanku kemudian memejamkan mata mahu melelapkan mata untuk seketika.

"Kita dah sampai..."

Tidurku terganggu dengan suara lembut ibu memaklumkan kami sudah sampai ke rumah customer. Aku mencelik mata perlahan melihat kawasan rumah customer ibu.

Wah...

Mulut aku terlopong kecil melihat rumah agam yang terbentang luas di hadapan mataku. Aku tidak menyangka rumah customer ibu sebesar ini. Mewah betul. Luar rumah pun dah cantik apatah lagi dalamannya.

"Ini rumah Tan Sri Heldric dan Puan Sri Maria. Ibu tak sangka dapat tempahan birthday cake daripada family ni. Ibu takkan lama hantar cake jadi Kate duduk dalam kereta ni tau. Rest secukupnya." Bagaikan memahami persoalan yang bermain di fikiranku, ibu menerangkan siapa pemilik rumah ini.

Ibu mencium sekilas dahiku sebelum melangkah keluar dari kereta. Kini, tinggal aku keseorangan di dalam kereta. Aku tidak tahu untuk berbuat apa. Jadi aku berniat nak sambung tidur semula.

Aku pejam mata dengan harapan dapat sambung tidur. Tak sampai seminit, aku celikkan mata semula. Aku tak mengantuk. Sementara menunggu ibu, aku mendengar lagu di radio.

Ibu janji dia takkan lama. Tetapi, sudah 20 minit berlalu. Lamanya ibu hantar kek ke Puan Sri Maria. Ada apa-apa yang terjadi pada ibu ke?Aku mula overthinking dan membayangkan ada perkara buruk terjadi kepada ibu.

"Oh no..."

Mata aku membulat besar. Aku menekup mulutku dengan telapak tangan.

Aku mahu mencari ibu sendiri. Buktinya sekarang aku sudah menjejakkan kaki ke atas rumput halaman rumah Tan Sri Heldric ini. Suasana di luar nampaknya lagi meriah dengan orang ramai yang bertungkus lumus bekerja menyiapkan persiapan sambutan hari lahir. Mereka kebanyakannya terdiri daripada pembantu rumah.

Aku mula mencari ibu di kawasan itu. Pasti ibu hanya berada di sekitar ini. Ada beberapa orang memandangku pelik mungkin disebabkan penampilanku yang nampak mencurigakan. Jangan aku ditangkap sudah kerana dianggap penceroboh. Aku harus mencari ibu secepat mungkin.

"Letak barang ni dalam stor."

Aku tercengang didatangi seorang wanita yang berusia dalam lingkungan 20 an. Dia menghulurkan sebuah kotak besar kepadaku. Dia seorang pembantu rumah kerana pakaiannya seragam seperti yang lain.

"Hah?" Aku pandang kiri kanan. Manalah tahu dia bercakap dengan orang lain. Tetapi tiada sesiapa di kiri kanan aku malah di belakangku.

"Letak barang ni dalam stor." Ulangnya lagi.

Aku ni nampak macam pembantu rumah ke?

"Saya sebenarnya — " Tak sempat aku melengkapkan ayatku, dia meletakkan kotak besar itu ke atas tanganku. Terpaksa aku menadah tangan menerima.

Mak aihh beratnya kotak ni. Barang apa ada dalam ni?

Dia terus pergi meninggalkan aku dan menghilang ke tempat lain. Aku mendengus geram kerana dia langsung tidak mengucapkan terima kasih kepadaku.

"Mana stor?"

"Saya tak tahu stor dekat mana. Boleh tunjukkan jalan tak?"

Aku bertanya kepada tiga orang pembantu rumah. Kesemuanya mengabaikan soalanku dan sibuk melakukan tugas masing-masing. Macam mana aku nak cari stor kalau tiada seorang pun yang mahu menjawab soalanku.

Aku meninggalkan kawasan itu dan menuju ke tempat lain. Kawasan rumah ini sangat luas. Harapnya aku tak sesat jumpa jalan keluar. Aku mengelap dahiku yang sudah berpeluh hebat. Cuaca sangat panas hari ini dan aku memakai hoodie yang besar. Tangan aku sudah lenguh mengangkat kotak yang berat ini. Aku berhenti melangkah dan meletakkan kotak itu di atas tanah.

Tangan aku mencekak pinggang merenung lama kotak di atas tanah itu.

Niat nak mencari ibu lain jadinya.

"Jangan melawan!"

"Kau sepatutnya jadi macam abang-abang kau! Sentiasa patuh dengan arahan aku."

Lamunanku terganggu dengan bunyi jerkahan yang kuat. Kaki lebih pantas bertindak tidak seiring dengan akalku yang menghalang daripada menjadi penyibuk. Aku mencari punca suara itu datang. Di suatu kawasan yang sunyi aku ternampak dua susuk tubuh berdiri menghadap antara satu sama lain.

Ayah dan anak lelaki.

Wajah ayahnya bengis pada pandanganku dan terasa aura gelapnya. Anak lelakinya diam tidak berkata apa.

Pang!

Satu tamparan kuat hinggap pada wajah anak lelakinya. Mataku tidak berkelip-kelip melihat kejadian di depan mata ini. Adakah si ayah itu pemilik rumah ini? Tan Sri Heldric?

Anak lelakinya langsung tidak melawan atau memberikan apa-apa reaksi setelah menerima tamparan kuat di muka. Matanya garang membalas renungan si ayah seakan mencabar.

Apa yang mereka katakan selepas itu aku tak tahu kerana mereka bercakap dalam bahasa asing. Si ayah sudah menghilang dari pandanganku ketika aku mengelamun sekejap.

Mata kami saling bertemu secara tak sengaja.

Dia... nampak aku dan sedar kewujudan aku. Aku kelam kabut melarikan diri dari situ. Kepala aku menoleh ke belakang mahu memastikan lelaki itu mengejar aku atau tidak.

Aku menghembus nafas lega apabila aku berada semula di titik permulaan aku mencari ibu. Lupakan kotak berat tadi. Sekarang aku nak masuk semula ke dalam kereta.

"Katerina?"

Suara ibu! Aku pusing ke belakang dan wajah ibu yang penuh kebingungan memenuhi pandanganku. Mesti ibu pelik bagaimana aku boleh berada di sini dan bukannya di dalam kereta.

"Kate buat apa kat sini?" soal ibu.

"Cari ibu."

"Ibu kena buat sesuatu tadi. Sebab tu lama. Kenapa sampai berpeluh ni? Berlari ke tadi."

Aku buat-buat ketawa. Ibu menarik lembut tanganku ke arah orang ramai yang sedang berkumpul. Sesi acara memotong kek sedang berlangsung. Betullah sangkaan aku tadi si ayah itu adalah Tan Sri Heldric.

Kini, Tan Sri Heldric bersama isterinya ada di bahagian atas pentas kecil. Mata aku beralih kepada lelaki yang berdiri di tepi suami isteri itu.

Takkanlah dia...

"Birthday dia sama dengan Kate." Ibu berbisik di tepi telingaku. Pipi aku dicium.

Aku berkongsi tarikh lahir dengan lelaki itu dan umur kami sebaya. 17 tahun. 

Dia langsung tak nampak gembira. Sebaliknya, wajahnya menunjukkan dia terpaksa berada di atas itu. Matanya penuh dengan kebencian. Mata aku masih tak lepas memandang wajahnya.

Jantung aku berdegup kencang saat matanya memanah wajahku. Dia pandang tepat ke arahku. Aku mengemam bibir rapat.

HUGO DENNIZ Where stories live. Discover now