02 HUGO DENNIZ

33.6K 3.5K 567
                                    

"Oi budak. Bangun."

"Katerina bangun!"

Terasa selimut yang membaluti tubuhku ditarik oleh si dia. Tak cukup dengan pakej dia menjerit tepat di tepi telingaku. Aku tak larat nak bangun dari katil. Selepas pulang dari rumah Tan Sri Heldric, aku terus masuk ke dalam bilik untuk berehat.

Kaiden tiba-tiba diam. Mungkin dia sudah berputus asa untuk mengejut aku bangun.

Aku mencelik mata perlahan apabila ada telapak tangan melekap di dahiku. Nampaknya Kaiden masih berada di dalam bilikku.

"Aku lupa yang kau demam. Kau dah makan ubat belum, Kate?" Suara Kaiden kedengaran serba salah.

"Dah."

"Pergi mandi." Kaiden menarik kedua belah tanganku supaya bangun dari katil.

"Kesian ye birthday girl kita hari ni demam," usik Kaiden.

Aku hanya menjeling abangku yang tua tiga tahun dariku. Dia meletakkan tuala di atas bahuku kemudian menolak badanku masuk ke dalam bilik air. Dia dah kenapa layan aku macam budak kecik? Aku ni demam je. Aku masih tahu cara nak uruskan diri.

Usai membersihkan diri, aku bersiap memakai pakaian yang dibelikan oleh ayah minggu lepas. Dia mahu aku pakai dress berwarna putih itu pada malam ni sempena hari lahirku. Kami sekeluarga akan menyambut hari lahirku yang ke-17 tahun di rumah saja.

Jam yang tergantung di dinding bilik aku pandang sekilas. Sudah pukul 8 malam. Aku melangkah keluar dari bilik dan turun ke tingkat bawah. Kemudian, aku menuju ke ruang tamu. Seperti yang disangka mereka sememangnya berada di ruang tamu. Kelihatan Kaiden sedang mengagah Kayla yang baru berusia setahun itu.

Kayla, adik perempuan kami.

Setelah berbelas tahun aku dan Kaiden hanya berdua hidup sebagai adik-beradik , ibu disahkan mengandung anak ketiga. Berita gembira yang paling tidak disangka sekali. Makin bertambah ahli keluarga kami.

Aku melabuhkan punggung di sebelah Kaiden. Perhatian Kaiden beralih kepada aku. Dia pandang aku dari atas sehingga ke bawah.

"Beautiful," puji Kaiden ringkas.

Aku mengibas rambut aku yang sudah didandan cantik ke belakang. Wajah penuh berlagak aku pamerkan kepada Kaiden.

Kaiden menjulingkan matanya ke atas tanda menyampah. Dia kenal sangat dengan sikapku yang pantang dipuji.

Aku merampas Kayla daripada dukungan Kaiden. Kini giliran aku pula yang bermain dengan si comel yang tembam ni. Aku menggeletek badannya sehingga pecah ketawa dia.

"Aku ada hadiah untuk kau, Kate."

"Hadiah apa?" soalku laju dengan nada suara yang teruja. Kaiden tidak pernah berikan aku hadiah selama ini. Disebabkan itu aku teruja untuk menerima hadiah pertama dari Kaiden.

"Tutup mata kau."

Aku tutup mata seperti yang diminta Kaiden. Tangan aku ditarik untuk memegang sebuah kotak.

"Sekarang kau dah boleh tengok hadiah kau."

Ada sebuah kotak yang tidak terlalu besar di tanganku. Kotak yang sudah dibalut cantik. Kaiden hanya tersenyum lebar kepadaku. Matanya mengarah supaya aku buka kotak itu.

"Kamera?" Aku memandang Kaiden penuh rasa tak percaya. Mataku sudah berair kerana terharu dengan pemberiannya. Pasti dia mengumpul duit semata-mata mahu hadiahkan aku kamera ini.

"Hope you like it."

Aku memeluk erat tubuh Kaiden.

"I love it so much! Thank you, abang."

HUGO DENNIZ Where stories live. Discover now