Mungkin iya, mungkin itulah jawapannya.
Kita takut. Takut untuk segala ketidak-pastian. Takut untuk memulai sesuatu yang kita tidak ingin mengakhirinya.
Kepercayaan itu berat. Berat seberat beratnya. Memang kita selalu berharap mungkin jalan cerita yang ini akan berbeza. Kalau diberi kesempatan, mungkin who knows it can turns the table? Berapa banyak kemungkinan, Tapi tiada kepastian. Untuk percaya bukan se-simple itu. Apatah lagi jika kepercayaan kita selalu dipijak-pijak seenaknya.
Memberi mereka kuasa untuk menentukan emosi kita itu sangat mengerikan. Ketika sesuatu yang damai, mulai kita lihat disebalik tabirnya. Sesuatu yang indah tiba-tiba hilang serinya. Berapa banyak yang kecundang kerana tidak dapat menerima kekurangan?
Intinya, ya. Memberikan hati itu adalah hal yang paling kita takuti. Kerana kita juga tiada kuasa untuk menghalang sebuah kekecewaan tatkala diri sudah sebati dengan kasih sayang. Itulah mengapa, sering mereka yang bertahan untuk sendirian kerana ingin melindungi akal dan hatinya. Lebih baik tidak mempunyai apa apa, daripada terpaksa kehilangan apa apa. Kita bukan takut dengan cerita baru, tapi kita takut dengan cerita lama.
To try again, takes so much courages and take so much braveness in someone. The moment they let you in, is the moment they knew soon or later they will get hurt. Because to be honest, everyone will hurt us. We just have to chose someone who's worth the pain.
Au revoir ~
KAMU SEDANG MEMBACA
Pelangi setelah hujan
PoesieIngatlah bahawa, pelangi selalu akan muncul setelah habisnya hujan. Dan terowong yang gelap itu pasti akan berakhir dengan cahaya yang terang dihujung sana. Semua pasti akan indah pada waktunya. Bersabarlah dengan kesabaran yang sempurna. ♡ Pelangi...