•••••
muzik yang agak kuat itu memeriahkan lagi kelab malam yang dibanjiri manusia yang semakin galak dengan aksi masing-masing.
ada yang terlihat sedang menari dengan sakannya tanpa memikirkan sebarang masalah. membiarkan diri diraba sesuka hati oleh manusia bernafsu di situ.
ada juga yang sedang memuaskan nafsu sendiri.
kelihatan di satu sudut, seorang gadis mula meneguk sebotol lagi minuman soju. masuk kali ini, sudah botol keempat dia minum. tiga botol soju di atas meja sudah habis diteguknya.
seumur hidupnya, tidak pernah lagi dia datang ke tempat seperti ini. tetapi hari ini, dia tidak peduli.
asalkan dia dapat melupakan segala masalah yang serba tak kena.
petang tadi, terlihat lee heeseung yang merupakan tunangnya bersama perempuan yang merupakan colleagues nya sendiri sedang bercium dengan penuh asyik tanpa menghiraukan keadaan sekeliling.
sebelum ini juga dia sering nampak mereka bersama dan sudah semestinya bukan kebetulan. dia tidak menyangka heeseung akan mengkhianatinya sebegitu rupa.
tidak cukup dengan itu, tuan dan puan shin pula memaksanya untuk berkahwin dengan pilihan mereka. sudah tahu dia ada tunang, masih suruh dia berkahwin dengan orang lain. makin bertambah tekanannya.
pagi tadi juga dia telah dipecat daripada kerja. entah fitnah apa yang dibuat sampai dia dibuang kerja. sedap-sedap tuan park menuduhnya mencuri pendrive yang berisikan segala maklumat tentang syarikat itu.
semuanya berlaku secara serentak.
botol soju digenggam kuat menahan rasa geram yang semakin meningkat. tidak lama kemudian, tangisan mulai kedengaran. teresak-esak dia menangis.
dia penat, betul-betul penat.
•••••
YOU ARE READING
[RE-EDIT] his drug, yeonjun.
Fanfiction" you're the most dangerous drug of mine ". other people are addicted to drugs while he is only addicted to his sweetheart. 『 A TXT'S SERIES :: BOOK I 』 ━━ COMPLETE ━━ txt's yeonjun ━━ kkvvit :: 2023 ━━ malay START :: 03022023 END :: 15032023