✦ ; 042.

314 57 39
                                    

•••••

malam menjelma

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

malam menjelma. tiba masanya untuk melaksanakan rancangannya. bersama pakaian serba hitam itu, pasti lebih sukar untuk mencarinya memandangkan sekarang sudah gelap.

diperhati sekeliling. clear. debaran di dada cuba dikawal. sejujurnya dia takut jika tertangkap tetapi dia perlu buang jauh-jauh perasaan takut itu.

langkah diatur perlahan keluar dari bilik. sedikit-sedikit kakinya terjengket-jengket risau jika tapak kakinya menghasilkan bunyi apabila mencecah lantai.

dia menuju ke arah pintu paling besar di mansion itu, iaitu pintu utama. apabila cuba ditarik, pintu seakan berkunci dari luar. dia berdecit.

terpaksa cari cara lain. kemudian, dia terfikirkan idea bernas.

tak dapat keluar dari pintu depan, dari balkoni pun boleh kan?

belum cuba belum tahu!

segera dia berlari naik ke atas. pintu bilik dikunci. segala selimut cadar diambil sebelum mengikatnya satu persatu.

setelah selesai, balkoni dituju dan ikatan selimut yang menjadi panjang itu dilepaskan. nafas ditarik panjang sebelum dihembus keluar. harapnya cara ini berhasil.

dia kini turun dengan perlahan menggunakan selimut dan cadar yang telah diikat tersebut. beberapa minit berlalu, akhirnya sang gadis turun dengan selamat.

baru sahaja dia mahu lari, seseorang memanggilnya.

" nak pergi mana tu, sweetheart? ".

seakan mahu tercabut jantung haewon dari tempatnya. mendengarkan suara itu sudah membuatkan seluruh badannya terketar-ketar.

walaupun bicaranya lembut, tetapi itu tidak bermaksud haewon akan cair mendengarnya.

bertentang mata dengan si jejaka tampan itu benar-benar buat rasa gerun terhadapnya kembali. bersama tatapan yang tidak dapat ditafsirkan sama ada jejaka itu marah atau sebaliknya.

cepat-cepat dia mempercepatkan langkah lari daripada situ. meninggalkan yeonjun yang merenung haewon tidak lepas.

yeonjun melepas ketawa sinis dalam diam. kemana saja gadis itu boleh pergi sedangkan dia tidak tahu pun dimana keberadannya sekarang. kepala digeleng berkali-kali. what a stupido.

" kau salah buat pilihan, sayang ".

" kau salah buat pilihan, sayang "

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

•••••

nk update lagi?

[RE-EDIT] his drug, yeonjun.Where stories live. Discover now