•••••
hubungan mereka mula baik. setiap masa yeonjun mahu berkepit dengannya. naik rimas haewon jadinya. sudahlah berkepit ditambah pula dengan pakej manja. mentang-mentang sudah berbaik!
tetapi tanda tanya yang menguasai fikiran haewon tidak boleh dibiarkan. dia perlu tanya apa motif yeonjun menembaknya.
petang itu, yeonjun pulang lewat. pagi tadi jejaka itu mahu menyelesaikan kerjanya yang tertangguh. awal pagi lagi jejaka itu mendapat panggilan yang kedengaran mustahak.
oh, dia juga perlu tanya apakah pekerjaan jejaka itu. takkanlah punya mansion tetapi kerja biasa-biasa, bukan? sudah pastilah pekerjaannya luar biasa.
bunyi sahaja pintu dibuka, terus lebar senyuman shin haewon. tidak sabar mahu menyambut kepulangan yeonjun.
senyuman lebar lesap diganti dengan riak serius saat melihat tubuh yeonjun dipapah oleh dua orang lelaki yang mungkin merupakan anak buahnya. lebih mengejutkan, bahagian dada kiri dipenuhi darah yang masih segar. seperti baru sahaja ditembak.
" yeonjun! apa dah jadi dengan awak ni? ". soal haewon cemas. bahu yeonjun digoncang, yeonjun hanya meringis kesakitan. dia sendiri tidak tahu mahu berbuat apa.
tubuh yeonjun dibawa ke dalam bilik milik jejaka itu. haewon hanya membuntuti langkah mereka. hatinya sangat risaukan keadaan yeonjun sekarang. hilang segala pertanyaan yang diajukan tadi.
wooyoung yang perasan haewon yang sangat resah itu, cuba menenangkannya.
" cik muda shin jangan risau, doktor peribadi tuan muda akan sampai sekejap lagi ".
haewon menggigit bibir, resah.
" macam mana boleh jadi macam ni, wooyoung? ".
wooyoung diam. tidak tahu apa yang ingin dia jawab. lebih baik dia berdiam diri.
" yeonjun pergi ke mana sebenarnya? macam mana dia boleh kena tembak? ".
selagi dia tidak dapat jawapan, selagi itu dia akan memaksa wooyoung supaya memberitahunya. dia tidak kisah, asalkan dia tahu cerita sebenar.
" bagitau saya wooyoung. kemana yeonjun pergi? ". terus menerus dia mendesak.
" maafkan saya cik muda. cik muda perlu tanya tuan muda sendiri. saya tidak dibenarkan untuk beritahu apa-apa. maaf ".
kecewa. itu yang boleh gambarkan saat ini. harapnya yeonjun baik-baik sahaja.
•••••
apaklah 7k dh fanfic ni korg ni gila ke hah penulisan noob ni jgk ko nk bca halah malu sia T^T mekaseh yee :3
be honest la, cringe ke tk? bkn apa, aku rasa cm story aku makin cringe ;-;
YOU ARE READING
[RE-EDIT] his drug, yeonjun.
Fanfiction" you're the most dangerous drug of mine ". other people are addicted to drugs while he is only addicted to his sweetheart. 『 A TXT'S SERIES :: BOOK I 』 ━━ COMPLETE ━━ txt's yeonjun ━━ kkvvit :: 2023 ━━ malay START :: 03022023 END :: 15032023