•••••
" yeonjun, awak nak pergi mana? ". walaupun dia sudah tahu yeonjun ingin keluar, tetapi dia tetap tidak tahu kemana jejaka itu mahu pergi.
sudah lewat malam, nampaknya betul apa yang yeonjun katakan tadi. dia akan keluar.
" aku ada kerja sikit. mungkin akan balik lewat. tak perlu tunggu aku. tidur je okay? ".
tidak menjawab pertanyaan haewon, hanya sekadar berkias. mahu dia tidak curiga dengan sikap choi yeonjun.
" take care, sweetheart ". ciuman lembut berlabuh pada dahi licin haewon.
" pastikan dia tak keluar dari bilik ". arahan ditekankan pada pengawal. jika gagal melaksanakan arahan, mungkin nyawanya akan berakhir malam itu juga.
ya, dia tahu haewon curi-curi dengar perbualan dia dan wooyoung. sebab itu juga di akan pastikan haewon tidak akan kemana-mana. dia tidak marah kerana gadis itu tidak tahu pangkal ceritanya.
bagaimana yeonjun boleh perasan? dia tidak bodoh, terlihat dua kaki panjang berdiri statik di hadapan pintu. sudah terang-terang gadis itu.
kereta bugatti divo yang terparkir di hadapan mansion, dilangkah masuk ke dalam perut kereta. tidak kira, dia akan tamatkan lelaki itu malam ini juga.
lokasi yang dihantar oleh anak buahnya, ricky dikerlis. begitu mudah ingin menjejak si dia. kereta dipandu dengan kelajuan laju, sekaligus melepaskan geram.
•••••
setibanya di lokasi yang dihantar, yeonjun memerhati kawasan sekeliling. gudang lama yang tidak jauh dari gudang penghasilan syibu miliknya. di luar, yeonjun terkenal sebagai anak jutawan.
kelihatan anak-anak buahnya sudah tiba. hanya tunggu arahan sahaja.
" kau rasa betul ke ini tempatnya? ". soal yeonjun kepada ricky bersama riak serius. ricky mengangguk, yakin.
bukan apa, gudang itu terlalu sunyi.
anak-anak buah yeonjun yang kira-kira 20 orang itu mengikuti langkah yeonjun yang sudah jauh di hadapan.
•••••
ricky mcm sesuai so i put him in here hoho.
vote yaa anak ii semuaa tengkiyu :3
YOU ARE READING
[RE-EDIT] his drug, yeonjun.
Fanfiction" you're the most dangerous drug of mine ". other people are addicted to drugs while he is only addicted to his sweetheart. 『 A TXT'S SERIES :: BOOK I 』 ━━ COMPLETE ━━ txt's yeonjun ━━ kkvvit :: 2023 ━━ malay START :: 03022023 END :: 15032023