•••••
" kalau aku tahu kau perlukan bantuan tae je, baik aku tak payah datang. duduk rumah membuta lagi best ". beomgyu sudah mulakan rungutannya.
" dah tahu tu, ha dipersialkan balik ya. pintu tu memang terbuka luas untuk kau. tak susah pun, choi beomgyu ".
lantas bibir dimuncungkan. bersama muka tidak puas hati. choi yeonjun ini memang pantang betul kalau dia bergurau, suka betul ambil serius.
" kau dah dapat? ".
mata dijuling ke atas. pandangan dingin diberikan kepada yeonjun. tidak reti bersabar ke musang ini?
" rasanya dah sepuluh kali jun hyung tanya soalan sama. sabar hanat, bukannya boleh detect terus. banyak bunyilah hyung ni ". menyampah dengan sikap yeonjun yang tidak sabar. ikutkan nak je dibaling wajah tampan yeonjun jauh-jauh. senang kerja.
" kau asal angin ni? sebab minah tu ke? ". diam, tiada jawapan yang diberikan. taehyun sendiri tidak tahu mahu jawap apa. malas mahu berbicara tentang gadis itu.
beomgyu berdecit. " aku dah cakap, buat apa kau simpan perempuan tu kalau kau sendiri pun malas kisah pasal dia? ".
" urusan aku, kau takkan faham ". ringkas, cukup membuatkan beomgyu hilang kata buat seketika sebelum membalas.
" macam mana aku nak faham kalau kau sendiri nak rumitkan keadaan? payah betul kau ni ".
malas mahu layankan, taehyun sekadar berdiam diri. membiarkan beomgyu berbicara seorang diri seperti orang bodoh.
" kau tak kasihan ke pada dia? kau tahu tak kau dah melampau? kalau nak, buat cara naklah bebal ". perkataan bebal tepat mengenai pada dahi taehyun. jejaka itu menjeling dari tepi. jari lincah menari-nari di atas keyboard.
melihatkan tiada reaksi dari taehyun, menyirap naik darah choi beomgyu. tidak berguna dia membebel sekalipun, jejaka itu tetap tidak akan dengar cakapnya.
ibarat masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.
beberapa minit menunggu, suara nyaring kai menjerit kedengaran. tersedar soobin yang hampir terlelap. daripada mengantuk, terus segar mata mendengar jeritan tidak kalah dolphin milik kai.
" kai, kau pahal tetiba jerit ni, aku ngantuk bodo. esok aku ada urgent meeting dengan client lah. pelis jangan bising-bising ". soobin menguap luas namun sempat ditutup menggunakan telapak tangan.
malu dengan readers dengannya. dengar kata beliau kalau menguap, sekali dengan lubang hidung ikut menguap.
" ehe sorry hyung. aku saited tengok tyun tekan itu ini. rasa satisfied tengok dia hacked ". kai tersengih bak kerang wangi tetapi riaknya berubah menjadi serius semula. manakala taehyun hanya mengendahkan.
" dah tahu ada urgent meeting esok, kau datang jugak. balik rumah jelah pergi tidur peluk bini kau sana ".
yeonjun membalas sekali dengan package menghalau. tadi kata okeylah apalah.
" amboi halau ke? ".
" kalau halau pun kenape? kau nak tidur sini? ".
tidak sempat soobin membalas, taehyun mencelah terlebih dahulu.
" yeonjun hyung, aku dah dapat detect ". laju yeonjun bangun dari duduk lalu berlari ke arah taehyun yang sudah satu jam duduk di hadapan komputer.
kang taehyun digelar hacker terhebat dalam kalangan mereka berlima. setakat menjejak di mana sunghoon, kerja mudah sahaja baginya.
" gotcha ".
•••••
humor aku dh dtg, takleh stop tulis ngarut─
YOU ARE READING
[RE-EDIT] his drug, yeonjun.
Fanfiction" you're the most dangerous drug of mine ". other people are addicted to drugs while he is only addicted to his sweetheart. 『 A TXT'S SERIES :: BOOK I 』 ━━ COMPLETE ━━ txt's yeonjun ━━ kkvvit :: 2023 ━━ malay START :: 03022023 END :: 15032023