•••••
times passed.
semingu berlalu, haewon dibenarkan untuk pulang. keadaannya sudah pulih. dia mengeluh. seminggu sudah jejaka itu menghilangkan diri.
tiada pula dia nampak figura yang dicari-cari semasa di hospital. haewon amat berharap yang yeonjun akan datang melawatnya. tetapi sia-sia.
nampaknya dia harus menerima hakikat yang yeonjun bukanlah lelaki yang terbaik buatnya.
namun ada kalanya dia termenung memikirkan jejaka itu. dia rindukan ayat manis yang dikeluarkan dari anggota bicara itu, sentuhan lembut yang sentiasa berlabuh di pinggangnya, badan tatapan mata penuh rasa cinta bertentang dengan mata hazelnya.
kini semua itu tiada lagi.
dia memperlakukan seolah-olah jejaka itu tidak pernah muncul dalam hidupnya. semuanya telah kembali kepada sedia kala.
yang bezanya, sikap puan shin dan tuan shin sahaja yang berubah. baguslah.
petang itu, haewon ke supermarket bagi mencari bahan-bahan mentah untuk dimasak di rumah. itu pun puan shin ingin masak katanya ingin raikan kepulangannya.
haewon berkeras ingin pergi membelinya sendiri. puan shin terpaksa akur memandangkan haewon sudah sembuh sepenuhnya. sedang memilih barang, dia bertembung dengan seseorang yang amat dikenalinya. seseorang itu menghampiri lantas menegurnya.
" haewon-shi! lama tak nampak kau. kau sihat? ". ceria sahaja nadanya.
jika diperhati dengan teliti, wajah yemin tampak suram dan seakan tidak bermaya. bersama lingkaran hitam di bahagian bawah mata.
" oh, yemin-ah. aku sihat je. kau macam mana sekarang? mana suami kau? ".
ada nada perlian di dalam ayatnya. sengaja dia mengajukan soalan tersebut. yemin sendiri tahu yang dia dan heeseung pernah bertunang suatu ketika dahulu.
wajahnya terus berubah mendadak, sepertinya mahu menangis apabila haewon menyentuh perihal suami gadis itu.
" aku minta maaf sebab rampas heeseung dari kau. aku betul-betul sayangkan hee. hee pun sayangkan aku. dia janji untuk kahwin dengan aku. maafkan aku, haewon ". terdapat getaran pada suara. sedang menahan esakan.
" hee dah dua bulan tak balik ke rumah. aku rindukan dia. aku tak tahu nak cari dia di mana lagi ".
yemin mula menangis sambil menekup muka. perasaan sedihnya tidak dapat dibendung lagi. apatah lagi bersemuka dengan perempuan yang pernah menjadi tunang suaminya suatu ketika dahulu. keadaannya tampak tak terurus.
musykil haewon jadinya. heeseung tidak balik ke rumah? bukankah yeonjun sudah lepaskan lelaki itu? pelik.
adakah yeonjun.. membohongi dirinya?
•••••
YOU ARE READING
[RE-EDIT] his drug, yeonjun.
Fanfiction" you're the most dangerous drug of mine ". other people are addicted to drugs while he is only addicted to his sweetheart. 『 A TXT'S SERIES :: BOOK I 』 ━━ COMPLETE ━━ txt's yeonjun ━━ kkvvit :: 2023 ━━ malay START :: 03022023 END :: 15032023