•••••
" kesian.. hero kau takkan datang untuk selamatkan kau ". pipi gebu haewon dielus. lembut. tersenyum dia melihat raut wajah takut gadis itu.
" tak sangka kau ni degil juga ya? senyap-senyap ikut yeonjun, but kau yang dalam bahaya sekarang ".
kini rahang gadis itu pula yang menjadi mangsa cengkaman sunghoon. haewon hanya memandang sayu, tiada daya untuk melawan. dia sendiri pun lemah.
selepas sahaja dia melihat yeonjun keluar dari mansion, haewon bergegas berlari ke dalam bilik. mencuba teknik yang pernah dilakukannya semasa hendak melarikan diri.
dia benar-benar risaukan kemungkinan yang akan berlaku kepada yeonjun. tidak, dia tidak boleh hilang yeonjun dalam hidupnya lagi.
tidak disangka-sangka, sunghoon ada memerhati mansion milik yeonjun dari jauh. bersedia untuk menyerang tetapi melihatkan haewon yang menyusup keluar melalui jendela, terukir senyuman sinis. seperti dia memudahkan kerja lelaki itu.
diikuti dengan anak buah sunghoon, semua memecah masuk ke dalam mansion. bahagian
sunghoon menarik tangannya bersama tangan sebelahnya memegang pistol, menembak pengawal yang berjaga dari luar. saat itu, haewon betul-betul menyesal kerana tidak mendengar kata yeonjun.
" sepatutnya kau ikut cakap tunang kau ".
" kau tahu apa yang tunang kau dah buat pada aku? ".
haewon menggeleng bersama air mata yang mengalir. tali yang mengikat kedua tangannya sangat ketat hingga menghasilkan lebam-lebam biru.
" tak tahu? sini aku beritahu kau ". wajah didekatkan tepat di tepi telinga haewon sebelum menjerit.
" dia sumbat aku dalam penjara tu sebab kau la, perempuan sial! ". bergegar kepala haewon akibat tempikan kuat itu.
" dah macam-macam aku buat untuk jatuhkan dia. semua tak berhasil. tapi sekarang, aku boleh gunakan kau sebagai kelemahan dia ".
" aku tahu dia sangat sayangkan kau. sebab tu kau berguna bagi aku ". ditepuk pula pipi gebu itu.
" jangan harap dia sepupu aku, aku akan berlembut. dia hanya sepupu angkat je ".
" cantiknya kau, shin haewon ". sekali lagi, tatapan penuh nafsu yang ditunjukkan sunghoon, menakutkan sang gadis. air mata tumpah.
' yeonjun.. tolonglah datang cepat! '.
•••••
YOU ARE READING
[RE-EDIT] his drug, yeonjun.
Fanfiction" you're the most dangerous drug of mine ". other people are addicted to drugs while he is only addicted to his sweetheart. 『 A TXT'S SERIES :: BOOK I 』 ━━ COMPLETE ━━ txt's yeonjun ━━ kkvvit :: 2023 ━━ malay START :: 03022023 END :: 15032023