✦ ; 036.

310 64 31
                                    

•••••

" yeonjun! "

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

" yeonjun! ".

haewon tersedar dari lenanya. terbangun tubuhnya dari pembaringan. diperhati sekeliling. dia sedar sekarang di ditempatkan di dalam..

wad hospital?

tiba-tiba rasa sakit yang mencucuk perutnya mula terasa. jantungnya berdebar. baju diselak sedikit untuk memastikannya. bandage yang membalut sekitar perutnya ditenung lama.

jadi.. semua yang berlaku bukanlah mimpi?

sebak. mengingatkan semula kejadian yeonjun menembaknya, sehingga sekarang masih terkesan. sekali lagi, air mata turun tanpa kebenaran dari tuannya.

tidak dapat dia nafikan lagi. haewon sudah jatuh sayang terhadap choi yeonjun. layanan istimewa yang diberikannya setiap hari sentiasa membuatkan perutnya terasa seperti di awangan.

saat hatinya mahu menerima sang jejaka, ini yang dibalas? apa motif sebenar yeonjun menembaknya?

lelaki. semuanya sama. sudah bosan, tinggal dan pergi begitu sahaja. dia sedar, sikap choi yeonjun tidak ubah seperti lee heeseung.

" shin haewon! ".

itu suara puan shin. haewon kenal pemilik suara itu. dia sekadar melihat puan shin berlari seakan-akan ingin mendapatkannya.

tubuh satu-satunya anak gadisnya ditarik masuk ke dalam dapakan. tangisan puan shin dihamburkan sepuasnya.

" mummy dapat tahu yang hae kena tikam dengan perompak yang cuba nak rompak hae. hae okay tak sayang? ".

perompak? heh. haewon sembunyi senyum sinis. andailah mummy-nya tahu cerita sebenar.

selepas sahaja kehilangan haewon, puan shin tidak tentu arah mencari keberadaan anaknya. kesal. itu yang dirasai puan shin kini. dia tahu yang anaknya lebih penting dari segalanya.

" hae, mummy minta maaf sangat sebab pentingkan diri mummy. mummy salah. kamu jangan lari dari rumah lagi ya? mummy risaukan hae ".

jelas terlihat riak risaunya. setiap bait bicaranya seakan betul-betul risaukan keadannya haewon. belakang tubuh haewon diusap.

haewon tidak membalas dakapan puan shin. dalam hati, dia sudah maafkan ibu kandung ini. buat apa marahkan dia lama-lama? rasa sayang terhadap puan shin tidak pernah berkurang. dia tetap sayangkan mummy-nya tidak kira baik buruk perangainya.

" yeonjun.. kenapa awak buat macam ni? ".

 kenapa awak buat macam ni? "

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

•••••

haa habislah mat. hero pun takleh caye dah ish ish ish.

[RE-EDIT] his drug, yeonjun.Where stories live. Discover now