Setelah berbulan bersekolah menengah tiba-tiba pada hari ini persatuan kelab koir sekolah mengadakan ujibakat terbuka untuk sesiapa yang ingin masuk kepertandingan koir peringkat kebangsaan.
Baru sahaja Faeeqa melabuhkan punggungnya di atas kerusi di kelas tiba-tiba rakan karibnya, Alyna mendekatinya.
“Faeeqaa! Harini ada ujibakat koir!” Ujarnya teruja. Alyna ni seorang yang suka masuk apa-apa pertandingan. Maklumlah, terlebih confident lah katakan.
“Uish seriuslah?! Ala nak kena telefon mak aku nanti.”
“Ala jomlah.. Cikgu kata ni peringkat kebangsaan rugi kalau tak cuba.” Alyna memujuk. Bukan Faeeqa tak mahu cuma takut emaknya yang tidak bagi.
“Hurm yalah nanti rehat aku telefon mak aku.” Faeeqa mengalah. Rugi pula kalau tak cuba. Dia teringin juga nak famous macam artis kegemarannya.
“Yeay! Kau nak tahu, semalam aku dah ujibakat dengan cikgu lepas tu cikgu dah bagitahu suara aku kategori yang mana and yea aku dapat suprano sebab aku pergi highnote semalam.” highnote memang seronok tapi itulah, berdebar pula.
“Wah... Aku nak rap tapi tu lah koir mana ada rap hm.” Faeeqa hanya mengiakan sahaja. Maklumlah dia tak tahu pun kategori suara ni wujud.
“Haha. Ha ni nanti sebelum ujibakat kena warm up dulu. Nah salinlah ni.” Alyna memberi buku notanya kepada Faeeqa.
Lalu Faeeqa pun menyalin sebelum dia pergi ke tapak perhimpunan.
“Okey semua kelas kita pun dah tamat semua jangan lupa siapkan kerja yang cikgu bagi tu ya. Okey semua boleh rehat.” Ujar Cikgu Niza kepada murid kelas 1 Al-Biruni.
Ya dia masih lagi di Tingkatan 1.
Lalu semua murid bangun dan berkata Alhamdulillah dan terima kasih cikgu sebelum bergegas ke kantin.
“Alyna kau nak pergi kantin ke nak pergi koop?” Tanya Faeeqa kepada Alyna. Kadang-kadang mereka pun jemu dengan kebab ayam koop itu. Jadi mereka pun memilih makanan di kantin.
“Kita pergi kantinlah. Bosanlah dengan kebab ayam. Aku rasa dari awal sekolah sampai sekarang kita makan tu aje.” Mahu menangis pun ada. Maklumlah nak bawa bekal kena masak sendiri.
“Hurm bolehlah.”
Sampai sahaja di kantin Faeeqa rasa tiada selera untuk membeli apa-apa makanan. Bukan apa dia sendiri tak tahu nak beli apa. Akhirnya dia pun beli keropok lekor enam ketul.
Semasa menunggu Alyna memilih makanan dan membayar makanan Faeeqa pun termenung sahajalah muka-muka yang lalu di hadapannya. Lama betul nak tunggu haih. Tiba-tiba..
“Aduh! Sakitlah!” Siapa pulalah jalan tak tengok depan ni?! Habis kepala terhantuk tiang! Nasib makanan si dia tak terkena baju.
“Eh maaf tak perasan.” Perempuan mana pula ni sesat dekat sini? Aduh. Dia menepuk dahi sendiri.
“Dah kenapa kau ni tepuk dahi sendiri? Rasanya kau langar aku?” Kenapa suara dia tak kena dengan muka? Pelik-pelik aje manusia ni.
Dia mendongakkan sedikit kepalanya ke atas kerana dia terduduk. Ternyata junior rupanya dia terlanggar patut tak pernah nampak.
“Dik kenapa awak duduk dekat sini? Tengok kat sini ramai lelaki. Kalau nak termenung crush sekali pun sorok-soroklah.” Bahaya betul budak-budak sekarang baru tingkatan 1 dah berani usha crush depan-depan. Janganlah budak ni suka aku. Seram!
“Hello! Saya tak ada crush okey? Saya ada suami aje! Huh!” Sedap aje dia kata kita ada crush? Huh tak makan saman betul!
“Oh awak ni mesti suka BTS kan?”
“Tak langsung! Tolonglah urgh.” Faeeqa menjulingkan matanya ke atas. Huh menyampah betul pandai-pandai aje dia ni. Tahulah senior menengah rendah huh!
“Eh Faeeqa! Kau buat apa kat sini ha? Lama tau aku tunggu.” Alyna mencelah tiba-tiba.
“Dik awak bawa kawan awak ni duduk jauh-jauh dari sini. Sebab dia saya lapar tak sempat makan.”
“Maaf bang hehe.” Ujar Alyna pendek. Karang tak pasal-pasal dia pula bergaduh.
Lalu mereka berdua pun pergi dari kantin dan makan di tempat lain.
“Weh siapa tadi tu?” Tanya Alyna. Terkejut tiba-tiba aje mereka bergaduh. Nak kata abang kepada Faeeqa macam tak aje. Sudah tentu Faeeqa anak sulung mana datang abang pula?
“Entahlah dia boleh jalan tak tengok depan sampai terlanggar aku. Nasib baik makanan dia tak tumpah kena baju aku.” Nyaris-nyaris saja kena baju tadi.
“Lah patut kau bergaduh dengan dia tadi.”
“Heh dia tu lah yang cari pasal dulu benci aku!”
“Jangan benci karang kau tersuka haa.”
“Ew memang taklah dahlah tak handsome! Lagipun aku dah ada suami so kita kena setia.” Bukan suami betul tapi hanyalah artis yang dia suka sangat.
“Siapa tahu kau suka? Dia pun baru tingkatan 3 jadi boleh aje.” Sengaja Alyna dengki rakannya itu. Haha.
Waktu balik sudah pun tiba bermakna ujibakat koir pun akan tiba.
Faeeqa dan Alyna terus pergi menuju ke kantin untuk membeli sesuatu makanan untuk mengalas perut. Faeeqa hanya membeli air kerana haus. Dek kerana kan Faeeqa terlalu bijak dia pergi membeli air teh ais.
Selepas 30 minit berlalu Faeeqa dan Alyna pergi menuju ke perkarangan belakang makmal komputer untuk senaman suara. Tak lupa juga suara Faeeqa dikategori suara alto.
Setelah selesai senaman suara semua murid dikehendaki untuk pergi ke bilik seminar untuk diujibakat.
“Aduh mengantuknya.” Ujar Faeeqa sendirian. Maklumlah pukul 2 petang biasanya waktu Faeeqa tidur. Sedang-sedang dia menguap tiba-tiba dia terlanggar seseorang..,
“Auch apa ni? Eh awak lagi?!” Budak ni lagi?! Apakah.. dia pun ada.. Ya Allah..
“Kau?! Apa kau buat dekat sini?!” Aduhai senior acah-acah ni lagi? Menyampah betul!
“Saya nak ujibakatlah cik adik.” Soalan sejenis apa budak ni bagi?
“sibuklah kau ni dahlah aku pergi dulu!” Faeeqa terus pergi berlari bagi mengelakkan pergaduhan.
“Hei kita belum habis lagi ya! Ingat tu!” Kalau budak ni buat-buat tak ingat siap dia! Haha.
YOU ARE READING
Telepathy Love [OG]
Romance𝑻𝒆𝒍𝒆𝒑𝒂𝒕𝒉𝒚 𝑳𝒐𝒗𝒆 ❦︎ 𝙺𝚒𝚜𝚊𝚑 𝚌𝚒𝚗𝚝𝚊 𝚢𝚊𝚗𝚐 𝚔𝚒𝚝𝚊 𝚞𝚔𝚒𝚛 𝚍𝚎𝚗𝚐𝚊𝚗 𝚑𝚊𝚝𝚒 𝚢𝚊𝚗𝚐 𝚒𝚔𝚑𝚕𝚊𝚜 Faeeqa Nadhifah seorang perempuan kasar yang jatuh cinta dengan lelaki lembut. Dia tidak pernah menyangka perkara se...