Selepas selesai ujibakat semua perserta dikehendaki untuk duduk di tempat masing-masing sebelum nama yang dapat masuk koir disebut.Faeeqa sudah menggigil takut namanya tidak disebut. Rugilah nanti!
Selepas nama kategori suara suprano disebut terus berpindah ke nama kategori suara alto. Ya kategori suara Faeeqa.
“Okey untuk alto dengar betul-betul nama yang saya akan sebut. Fathiha Ariana, Irdina Syifa, Nur Faeeqa Nadhifah. Untuk perserta tingkatan 1.” Apabila Faeeqa mendengar namanya disebut, dia bagai mahu melompat keriangan. Alhamdulillah dapat juga masuk pertandingan!
Walhal si dia yang masih memerhati kerana namanya belum lagi disebutkan dia sudah geram. Kenapa budak tu ada! Kalau aku dapat habislah huaa.
“Untuk tenor bagi tingkatan 1 Afif Imran Izman dan Muhammad Raizal. Tingkatan 2 maaf tiada perserta. Dan Tingkatan 3 hanya ada seorang perserta yang bernama Mohamad Haiyan Ayden. Itu sahaja untuk tenor.” Haaa!!! Dia pun dapat! Apa ini? Mahu saja Faeeqa menangis di sini.
Setelah selesai pemilihan perserta koir semua yang tidak layak untuk menjadi perserta diizinkan untuk pulang ke rumah. Manakala perserta koir pula perlu mendengar taklimat sebentar sebelum mereka pulang.
“Awak semua ni layak untuk bertanding jadi kita akan mula latihan pada hari esok. Mungkin ada hari yang saya tak ada jadi kamu tetap kena berlatih, faham? Jangan risau saya tak garang. Saya tak suka marah-marah. Sebelum tu kau orang semua boleh panggil saya Cikgu Nana.” Ujar Cikgu Nana. Dia muda lagi umurnya dalam lingkungan 20 an.
“Faham Cikgu Nana.” Semua perserta menjawab serentak.
“So itu aje untuk hari ini. Saya harap semua dapat beri komitmen dan dapat berkerjasama semasa latihan nanti.”
“Hehe baik cikgu..” Jawab Haiyan.
“Semua dah boleh balik.”
“Terima kasih cikgu.” Semua perserta berucap serentak.
Faeeqa terus mendapatkan Alyna untuk pulang bersama. Tiba-tiba bala mendatang..
“Siapa pula ni tarik beg..” Faeeqa memandang kebelakang dan..
“Woi! Apa lagi kau nak?” Dia ni tak habis-habis lagi? Ei buat orang marah aje.
“Macam saya cakap tadi kita belum habis cik adik. Saya tahu kita akan berjumpa lagi esok. Jadi, untuk tutup cerita kita habis di sini.” Ujar Haiyan tenang. Memang tenang baru lepas kacau orang.
“Tapi aku tak habis lagi dengan kau!” Faeeqa menunding jari pada Haiyan. Geram betul dia ni ada saja jawapan.
“Itu masalah awak. Saya tak ada apa-apa masalah dengan awak so pandai-pandailah awak selesaikan, ya. Byee!” Haiyan terus lari meninggalkan Faeeqa. Lari pun macam perempuan ada hati nak gaduh? Huh acahlah!
“Eeeee geram aku!” Ujar Faeeqa. Geram betul!
“Bertabahlah ya.”
“Macam mana nak tabah? Esok jumpa lagi. Malas betul!”
“Nak buat macam mana? Ala dia okey aje lah aku tengok. Mungkin dia cari gaduh sebab kau lawan. Cuba kau berbaik dengan dia.” Alyna cuba menenangkan Faeeqa yang masih dilanda amarah.
“Hurm aku cuba.”
“Good!”
“Dah sampai pagar dah. Okey lah aku balik dulu.”
“Aku pun! Bye!”
“Bye!” Faeeqa melambai Alyna.
Terus Faeeqa menuju ke kereta lalu masuk ke perut kereta. Akhirnya dapat juga balik ke rumah.
Seminggu sudah berlalu. Bermakna sudah seminggu juga Faeeqa berlatih koir. Hari ini seperti biasa dia ada latihan koir. Tak pernah tak penat. Rasa mahu saja balik tapi apakan daya nanti kena marah dengan cikgu pula.
“Weh kau orang, hari ini Cikgu Nana tak ada.” Fathiha memberitahu rakan-rakanya.
“Uish baik aku balik aje. Rasa macam nak batuk dari tadi.” Faeeqa menjawab. Bukan alasan tapi memang betul rasa lain macam pula.
“Kau tanyalah cikgu mana tahu boleh balik.” Irdina mencelah.
“Malaslah. Nak kena call lagi. Tak apa lah aku berlatih aje lah.”
“Ikut kau lah..” Jawab Irdina.
Waktu balik telah pun tiba. Rasa bersyukur Faeeqa kerana dapat balik. Sementara dia menunggu di luar pagar bersama dua orang rakannya iaitu Fathiha dan Irdina tiba-tiba Haiyan mendekati mereka.
“Hai!” Haiyan menyapa mereka.
“Hai! Kau belum balik lagi?” Faeeqa menjawab sapaannya. Kebetulan dia seorang sahaja yang pernah borak dengan Haiyan.
“Belum lagi. Eh ada chimmy lah!” Wah Fathiha ni Army BTS lah! Chimmy tu BT21 yang berasal dari BTS.
“Kau tahu?” Tanya Fathiha kepada Haiyan. Teruja juga jika Haiyan ni kpopers.
“Of course lah tahu! Aku ni minat juga BTS! Tapi tu minat sampinganlah.”
“Wah! Fanboys rupanya kau. Kau minat group mana sebenarnya ni kalau BTS tu sampingan?”
“Aku Blink. BlackPink!”
“Uish seriuslah!” Irdina yang mendiam sahaja dari tadi terkejut apabila mendengar pengakuan Haiyan. Lain macam betul ya dia ni!
Faeeqa? Dia rasa diam adalah solusi yang terbaik buat masa sekarang ni kerana dia langsung tidak faham tentang K-pop. Maklumlah yang dia tahu artis kegemarannya sahaja, Aedy Ashraf.
Lalu mereka bertiga pun terus berbual. Irdina minat juga K-pop tetapi biasa-biasa sahajalah.
Selepas beberapa minit mereka berbual tentang K-pop tiba-tiba Haiyan menegur Faeeqa yang sudah lemas di dalam khayalan.
“Oi Faeeqa mengelamun apa tu?” Sergah Haiyan.
“Oi kau ni terkejut aku!” Faeeqa terkejut. Siapa aje tak terkejut dengan sergahan seperti itu?
“Lama kau diam? Kau tak minat K-pop ke?”
“Tak.”
“Oh kau minat J-pop ke?” Mana lah tahu dia ni minat abe-abe Jepun ke kan?
“Tak aku tak minat benda lain selain yang ada dekat Malaysia ni.” Tak minatlah benda lain sebab tak faham.
“Oh minat M-pop lah ni! Kejap-kejap lagu Melayu hurm... Ha! Lagu ni mimpi yang indah kau bersamaku... Mimpi yang ngeri kau bersama dengannya..” Haiyan menyanyikan lagu Mimpi yang dinyanyikan oleh Haqiem Rusli. Siap buat gaya sambil menyanyi ya? Ingat pertandingan ke?
“Ceh siap gaya. Tapi sedap!” Faeeqa memberi pendapatnya.
“Well. Ha ni kau orang sebelum aku nak balik ni aku ada YouTube channel! Jangan lupa subscribe!” Sempat saja dia ni mempromosikan YouTube channel dia.
“Apa nama YouTube kau?” Irdina mengajukan soalan sebelum Haiyan beredar.
“Ala kau orang search aje Haiyan Aydenz nanti muncul lah muka aku.” Berlagak sikit tak apa kan?
“Okey!” Mereka bertiga menjawab serentak. Teruja juga untuk menonton video Haiyan tu. Nak tengok juga mamat lembut ni buat video kan haha.
YOU ARE READING
Telepathy Love [OG]
Romance𝑻𝒆𝒍𝒆𝒑𝒂𝒕𝒉𝒚 𝑳𝒐𝒗𝒆 ❦︎ 𝙺𝚒𝚜𝚊𝚑 𝚌𝚒𝚗𝚝𝚊 𝚢𝚊𝚗𝚐 𝚔𝚒𝚝𝚊 𝚞𝚔𝚒𝚛 𝚍𝚎𝚗𝚐𝚊𝚗 𝚑𝚊𝚝𝚒 𝚢𝚊𝚗𝚐 𝚒𝚔𝚑𝚕𝚊𝚜 Faeeqa Nadhifah seorang perempuan kasar yang jatuh cinta dengan lelaki lembut. Dia tidak pernah menyangka perkara se...