Sampai sahaja di rumah, Faeeqa terus bersiap untuk membersihkan diri. Selepas selesai membersihkan diri dia terus baring di atas katilnya. Akhirnya dapat pun baring. Sakit pinggang!Semasa dia melihat telefonnya dia teringat untuk menonton YouTube Haiyan. Haha. Baru menaip namanya sahaja sudah ketawa. Apabila dia buka siaran YouTube Haiyan tergelak besar dia.
Apa dia ni kena culiklah! Haha. Apa lagi Faeeqa pun terus membuka satu video untuk ditonton. Penat gelak saja. Hilang sudah penat di sekolah tadi. Haha.
Tiba-tiba kedengaran bunyi ketukan pintu menandakan seseorang memanggilnya.
“Eqa kau dah mandi belum tu gelak kuat-kuat kenapa?” Emak Faeeqa memanggilnya.
Lalu Faeeqa pun menuju ke arah pintu biliknya lalu memulas tombol pintu untuk dibuka.
“Ya ma dah mandi dah kenapa?” Faeeqa mengajukan soalan kepada emaknya.
“Dah makan belum mama tengok dari tadi kau dekat bilik aje. Kalau belum pergi makan sana ada lagi tu lauk karang habis baru menyesal.” Kadang-kadang Faeeqa memang kalau terlalu penat lapar pun dia lupa wujud.
“Kejap lagi kita makan.” Jawabnya seraya.
“Suka hati kau lah. Jangan tak makan pula.”
“Ya ma.”
Kemudian Faeeqa sambung baring di atas katil.
Hari ini merupakan hari terakhir untuk berlatih koir. Ini bermakna sudah sebulan Faeeqa mengenali Haiyan.
Faeeqa yang duduk bersama dua rakannya Fathiha dan Irdina mendengarkan mereka borak tentang Kim Taehyung. Disebabkan Irdina minat Kim Taehyung Fathiha pun ceritalah perkara-perkara kelakar. Faeeqa yang lama-lama semakin faham tentang K-pop pun dengar sahajalah.
Tiba-tiba seorang jembalang terdengar cerita mereka dan..
“Taelive guys.” Ujar Afif Imran Izman atau dikenali sebagai Iman.
“Hei tealive ya bukan taelive.” Alyna menjawab. Yang bukan-bukan saja dia ni.
“Taelive.” Iman mengejek-ejeknya. Tak guna betul!
“Urgh whatever.” Alyna pasrah. Karang makin dilayan makin pening kepala.
Ya. Bilik mesyuarat yang sunyi itu dihebohkan oleh mereka dan semua pun tergelak dengan karenah mereka. Haha.
Waktu balik sudah tiba. Kali ini Faeeqa balik berjalan bersama Alyna. Selalu sama-sama juga cuma Alyna balik awal jadi dia pun bersama dengan dua orang rakannya itu.
“Wah gaduh dengan Iman nampak?” Faeeqa mencari fasal. Haha.
“Shhh. Dia yang cari fasal.” Alyna memberi isyarat senyap. Mula lah tu nak kenakan orang!
“Kau nak tahu, Haiyan haha YouTube dia boleh buat kau ketawa sehingga kehilangan suara.” Faeeqa tergelak kecil. Mengingati kembali YouTube Haiyan membuatkan dia rasa nak ketawa.
Mengumpat memang seronok lagi seronok apabila orang yang kita katakan itu ada di belakang kita. Ya Haiyan di belakangnya.
“Ehem.” Haiyan berdehem.
Faeeqa memalingkan mukanya ke belakang dan ternyata masalah sudah datang.
“Seronok mengata?” Haiyan mengangkat sebelah keningnya. Rancak betul ya.
“Apa kau ni? Aku tengah ceritalah bukan mengata.” Faeeqa membantah. Siapa yang mengata dia? Kita tengah cerita.
“Mengatalah tu cik adik oi!” Macam-macam saja budak ni.
“Lainlah huh! Eh kau nak pergi mana tu sini lah!” Faeeqa memanggil Haiyan yang bergerak laju ke arah lain. Nak berborak dengan dia bosan ni.
“Aku nak baliklah kau nak apa?” Tanya Haiyan.
“Jomlah borak. Bosanlah.”
“Penatlah nak berdiri.”
“Haish ya lah. Apa boleh buat orang tak sudi.” Bagi ayat kesian sikit mana tahu lembut hati kan. Haha.
“Aish ya lah aku teman.” Hehe. Kan lembut dah tu.
“Hehe.” Faeeqa sengih. Senang saja nak bodek dia ni.
Lalu mereka pun berborak sehingga salah seorang antara mereka sudah balik.
Waktu untuk merakam suara telah tiba. Tetapi sebelum mereka pergi ke studio untuk merakam mereka semua perlu untuk mencuba baju untuk ditempah. Ya tempahan baju mereka untuk rakaman video untuk koir. Pada hari ini mereka hanya merakam suara sahaja.
Semasa menunggu selesai pencubaan baju jembalang Iman itu mengacau Alyna.
Secara senyap dia mengambil telefon milik Alyna lalu di bawanya telefon itu lari bersamanya. Maka terjadilah drama semakinku kejar semakinkau jauh.
“Iman! Bagilah telefon aku! Kau nak bawa lari ke mana tu?!” Alyna memanggil Iman. Apa masalah dia tu sakit ke?
Iman terus berlari sehingga Alyna sampai dekat dengan dirinya barulah dia berhenti. Mereka berhenti di depan bilik seminar. Jauh. Tak guna betul!
“Gila ke kacau telefon orang pula.” Ujar Alyna. Geram!
“Kenapa tak boleh ke?” Iman membuat muka tanpa perasaan.
“Tak boleh lah! Huh!” Terus Alyna jalan balik semula masuk ke dalam bilik masak yang di duduki oleh mereka semua.
Haiyan yang sedang mencuba baju tiba-tiba terasa sakit perut. Banyak betul lah masalah dia baju ni besar lah kecil lah sekarang sakit perut pula? Complicated betul!
“Aduh sakit perut lah pula.” Adunya.
“Haiyan, kalau kau sakit perut cuba tengok drama yang aku post dekat status Whatsapp. Confirm, hilang sakit perut!” Ujar Faeeqa. Sedangkan dia terlupa Haiyan kurang menonton drama melayu.
“Jap yang mana satu?” Tanya Haiyan.
“Ala kau tak tengok ke status aku? Ala drama Aedy lah!” Bersungguh Faeeqa mengingatkan Haiyan kembali.
“Aku cuma ingat satu status kau cerita Aedy juga.” Haiyan tergelak kecil. Maklumlah dia kalau tengok status orang tekan-tekan saja. Malas nak tengok sangat. Jika menarik perhatian dia baru lah dia tengok.
“Yang aku ingat Aedy tu ceroboh rumah girlfriend dia entah tak pasti haha lepas itu dia buat ha faham faham aje lah kau pun tahu kan hehe.” Haiyan berkata dengan mukanya yang tiada perasaan.
“Oh kau yang itu tengok pula ya.”
“Tak, aku tertengok. Okey lah tu aku ingat.” Haiyan mula melangkah ke arah tempat duduknya. Rasanya sudah selesai urusan berbual dengan Faeeqa ni.
“Ya lah... Aik tak jadi pergi tandas ke?” Tadi beria nak ke tandas. Mungkin sudah hilang sakit perutnya itu? Biarlah dia.
Dua jam sudah pun berlalu akhirnya cikgu-cikgu sudah bersedia untuk membawa mereka semua pergi merakam suara disebuah studio.
YOU ARE READING
Telepathy Love [OG]
Romans𝑻𝒆𝒍𝒆𝒑𝒂𝒕𝒉𝒚 𝑳𝒐𝒗𝒆 ❦︎ 𝙺𝚒𝚜𝚊𝚑 𝚌𝚒𝚗𝚝𝚊 𝚢𝚊𝚗𝚐 𝚔𝚒𝚝𝚊 𝚞𝚔𝚒𝚛 𝚍𝚎𝚗𝚐𝚊𝚗 𝚑𝚊𝚝𝚒 𝚢𝚊𝚗𝚐 𝚒𝚔𝚑𝚕𝚊𝚜 Faeeqa Nadhifah seorang perempuan kasar yang jatuh cinta dengan lelaki lembut. Dia tidak pernah menyangka perkara se...