Walaupun hari ini Faeeqa tidak bertugas akan tetapi, dia tetap pergi ke kiosk nilam kerana dia mahu lepak bersama dua rakannya. Siapa lagi kalau bukan Haiyan dan Iman.
Tapi, kali ini dia mengajak kawan baiknya sekali. Alyna. Saja ajak dia sekali.
Masuk-masuk sahaja Iman terus meminta nombor ic.
“Alyna, nak empat nombor belakang ic.” Pintanya.
Alyna sedikit terkejut. Tetapi, dia bagi sajalah.
Selesai saja dia mengisi nombor ic, dia terus membuka YouTube untuk menonton asmr. Ya yang makan bunyi krup krap tu.
“Apasal kau tengok ni iman? Bosanlah buka lah lagu.” Faeeqa ingat masuk kiosk ni dapatlah relaks sikit. Ya lah hari ini balik awal 30 minit jadi nak menunggu pun ada lah dalam 50 minit sebab nak menunggu orang yang mengambilnya pulang dari sekolah lama. Masuk-masuk sahaja dihidangkan dengan bunyi mengunyah makanan. Nangis sahajalah.
“Best apa? Kan, Alyna?” Matanya melirik ke arah Alyna. Macam ada sesuatu aje mereka ni.
Kena siasat!
Tiba-tiba kelihatan daun pintu ditolak.
Haiyan Ayden.
Patutlah rasa sunyi aje rupanya dia tak ada.
“Lambat kau masuk?” Tanya Faeeqa
“Aku makan kejap tadi. Kau lah awal. Kau bertugas ke hari ini?” Haiyan pula bertanya.
“Mana ada. Aku bertugas beberapa hari lepaslah.”
“Oh ya. Lupa pula haha.” Makin tua makin cepat lupa ya? Penat fikirlah ni!
Selepas beberapa minit berdiri Haiyan memilih untuk duduk di atas lantai yang beralaskan karpet. Di hadapannya terdapat sebuah meja bulat untuk meletakkan buku-buku yang dibaca atau apa-apa sahaja selain makanan dan minuman.
Haiyan membuka vest berwarna biru tuanya dan meletakkannya di atas meja. Panas betul pakai uniform sekolah dengan vest sekali. Selepas itu dia mengeluarkan buku kerja yang mahu dilangsaikan. Banyak betul nota yang nak disalin ni.
Faeeqa turut duduk bersebelahan Haiyan. Tiba-tiba ada dua orang pelajar yang masuk. Berbaju hijau yang menandakan mereka merupakan pengawas pusat sumber. Lalu mereka duduk dimeja yang sama dengan Haiyan dan Faeeqa.
Mereka berborak. Seorang lelaki dan seorang perempuan. Haiyan juga sama tetapi hanya untuk beberapa minit sahaja kerana dia perlu fokus untuk menyiapkan kerjanya.
Iman dan Alyna duduk di kaunter yang mempunyai PC. Mereka senyap hanya mendengarkan lagu sahaja.
“Eh kau orang tengok diaorang berdua tu.” Ujar Faeeqa separuh berbisik.
“Wah wah diaorang boleh dating dalam ni!” Ujar Syahirah. Ya perempuan itu bernama Syahirah. Dia merupakan pelajar tingkatan 3.
“Ambil gambar ambil gambar.” Tambah Haiyan. Dia suka bab-bab ship orang ni.
Lalu Syahirah mengeluarkan telefonnya dan mengambil gambar mereka berdua sorok-sorok. Haiyan senyum pendek. Haha. Kenangan yang tak kan dapat dikembalikan.
Faeeqa melihat setiap gerak geri Haiyan. Nak berborak dengan dia boleh pula dianya sibuk? Tak apalah nampak dia ada disebelah pun sudah gembira.
Perasaan gembira bersama Haiyan adalah suatu yang besar bagi Faeeqa kerana, Faeeqa tidak rapat dengan mana-mana lelaki kecuali dia. Haiyan Ayden. Lihat mukanya sahaja boleh rasa nak gelak. Aku harap, sampai bila-bila kita boleh bersama, Haiyan.
Tenang sahaja wajah Haiyan. Tetapi..
“Faeeqa!” Apa budak ni pandang aje. Seram pula!
“Kau ni terkejut aku!” Terkejut aje. Dah dia tu sibuk dengan kerja tak kan mahu mengacau pula kan?
“Faeeqa kau tak nak balik ke? Dah pukul 1.50 dah ni karang orang yang ambil kau tu tinggal kau haa aku tak tahu.”
“Eh! Haiyan nasib kau cakap. Okey lah aku balik dulu. Bye Haiyan.” Faeeqa menepuk lengan Haiyan menandakan dia mahu pergi.
“Bye! Baik-baik Faeeqa.”
Alyna juga menyusuli Faeeqa. Dia juga mahu balik.
“Aik Alyna balik juga?” Haiyan senyum sinis.
“Tak nak teman Cik awak tu ke?” Mata Haiyan menghala ke arah Iman yang masih duduk di kaunter.
“Apa! Mana ada kita orang mana ada apa-apa.” Suara Alyna naik beberapa oktaf. Tidaklah kuat sangat.
“Elele.” Haiyan sengih lagi. Haha.
“Dah dah pergi balik. Baik-baik ya.” Ujarnya lagi.
Alyna melambai dan senyum lalu dia keluar dari kiosk nilam.
Selepas itu, mereka berdua jalan menuju ke pagar sekolah untuk pulang. Sampai sahaja pagar sekolah Faeeqa mencari kereta yang mengambilnya hari ini. Ternyata, tiada. Dia menunggu lagi dalam 10 minit.
Masih tiada.
Alahai bosannya. Lalu Faeeqa mengambil keputusan untuk masuk ke dalam sekolah semula mana tahu Haiyan ada di luar kiosk ke kan?
Sampai sahaja kiosk dia lihat tiada siapa di luar. Dia berkira-kira untuk masuk. Tiba-tiba kelihatan seseorang menolak daun pintu. Alamak siapa pula ni?
Ternyata dia, Haiyan.
“Aik Faeeqa kau tak balik lagi?” Bukan tadi dia dah balik ke? Haih budak ni.
“Hm belum. Orang ambil aku tu tak sampai lagi. Penat tunggu aku pergi sini kejap.” Adu Faeeqa.
“Lah.. Kesian dia. Sinilah aku teman.” Karang tinggal budak ni seorang-seorang kemurungan pula!
“Boleh aje.”
“Uish beg Supreme lah! Haha. Pinjam kejap nak jadi model.”
“Ha? Haha. Nah ambillah.” Faeeqa menghulurkan beg sandang tepinya kepada Haiyan.
Lalu Haiyan pun berangan seperti model tote bag berjenama Supreme.
“Handsome, kan?” Haiyan mengangkat keningnya sebelah.
“Eleh perasan. Biasa kalau guna beg aku memang aku terus handsome.” Faeeqa membuat muka berlagak.
“Tapi kau tak handsome pun?”
“Aku handsome lah! Huh!”
“Tak.” Haiyan menggeleng.
“Bagi semula beg aku. Aku nak balik.”
“Nah, pretty.” Kita ada trick jangan nak tarik muka sangat ya! Haha.
“Huh! Nak mengorat ke?”
“Ha? Err memang taklah!”
“Heh. Ingat kita nak dia ke?”
“Jangan cakap macam tu, Faeeqa.”
“Kenapa pula?” Lah tak salah pun kalau nak jujur, kan?
“Takut nanti kau terjatuh. Aku tak nak tolong.”
“Hek eleh. Ya lah. Dah aku nak balik ni bye.” Faeeqa melambai Haiyan.
“Okey, baik-baik!” Haiyan melambainya semula.
YOU ARE READING
Telepathy Love [OG]
Romance𝑻𝒆𝒍𝒆𝒑𝒂𝒕𝒉𝒚 𝑳𝒐𝒗𝒆 ❦︎ 𝙺𝚒𝚜𝚊𝚑 𝚌𝚒𝚗𝚝𝚊 𝚢𝚊𝚗𝚐 𝚔𝚒𝚝𝚊 𝚞𝚔𝚒𝚛 𝚍𝚎𝚗𝚐𝚊𝚗 𝚑𝚊𝚝𝚒 𝚢𝚊𝚗𝚐 𝚒𝚔𝚑𝚕𝚊𝚜 Faeeqa Nadhifah seorang perempuan kasar yang jatuh cinta dengan lelaki lembut. Dia tidak pernah menyangka perkara se...