Pada minggu lepas rakaman suara sudah selesai dan pada hari ini pula sudah mula untuk merakam video untuk koir.Peserta perempuan dikehendaki untuk menyolek muka ada lah guru-guru yang akan menyolek mereka. Dan ya Faeeqa rasa mahu balik. Tak nak make up!
Tapi apakan daya, Faeeqa terpaksa menadah mukanya. Apabila selesai bersolek dia melihat mukanya di cermin dan dia rasa mahu pukul diri sendiri. Kenapa buruk sangat muka aku ni? Kalau boleh menangis lama sudah dia menangis.
Manakala dua orang rakannya yang merupakan Army BTS sibuk menonton lagu baharu dari BTS. Bahasa mereka stream video supaya lagu BTS yang baharu itu akan menjadi top 1 di YouTube.
"Ha jangan main handphone aje dengar lagu koir tu betul-betul nanti kau orang semua nak recording kan?" Tegur Cikgu Safina.
"Hehe baik cikgu." Ujar Fathiha. Terkejut aje cikgu ni.
Selepas berejam menunggu akhirnya semua perserta perlu untuk pergi ke tempat rakaman. Semestinya ada green screen. Semestinya juga perserta lelaki ada di situ dan ya, Haiyan ada bersama Raizal dan Iman.
Faeeqa dan rakan-rakanya duduk berdekatan dengan mereka.
Mahu berbual amat dilarang jadi mereka pun berbisik-bisik sahaja. Sehinggalah giliran Irdina untuk membuat rakaman video tiba tetapi..
"Okey Irdina giliran awak pula." Ujar Cikgu Nana.
"Bukan saya lah cikgu." Irdina terkejut. Sudah giliran aku ke?
"Eh turn kau lah!" Fathiha pula mencelah.
"Tak! Bukan aku!" Irdina hampir menangis.
"Tak apalah biar aku aje yang pergi." Faeeqa beralah. Dia terus pergi membuat rakaman dulu walaupun dia sendiri tidak berapa yakin dengan rupanya yang sebegitu.
Sampai sahaja depan kamera dia menarik nafas lalu dihembus. Rasa sudah hilang semua keberanian yang ada. Nak lari! Tiba-tiba rasa mahu menangis. Tetapi apakan daya dia kuatkan sahaja.
Kaku. Argh! Kenapa susah sangat tulang-tulang ni nak lembut? Tarian tangan sikit pun keras! Ya Allah mahu saja aku menangis.
Lima minit berlalu akhirnya rakaman video Faeeqa sudah selesai. Dia rasa mahu menangis tanpa sebarang sebab. Menggigil? Sudah tentu. Selesai sahaja rakaman dia terus duduk dikerusi yang didudukinya sebentar tadi.
"Kau okey?" Haiyan bertanya lembut.
"Apa kau ni?" Faeeqa menjawab dengan nada yang tinggi sedikit. Soalan sejenis apa dia bagi ni?
Haiyan terus memalingkan mukanya. Biarlah dia relaks dahulu. Karang ada kita dibahamnya.
"Haiyan?" Panggil Faeeqa.
"Ya apa?" Kejap betul dah okey? Perempuan ni, memang pelik!
"Ambilkan telefon aku." Maklumlah Faeeqa tadi terbawa telefonnya sekali semasa mahu membuat rakaman. Disebabkan dia nak cepat dia meletakkan telefonnya di atas kerusi yang terletak di hadapan Haiyan.
"Eh handsome lah gambar kat belakang ni!" Haiyan cuba menarik perhatian Faeeqa supaya dia tersenyum semula. Jarang betul budak ni nak marah-marah.
"Suami aku biasalah." Ujar Faeeqa sambil tersengih.
"Sebenarnya, aku anak ikan dia." Yang bukan-bukan saja Haiyan ni.
"Tak, dia tak ada anak ikan macam kau."
"We keep it private." Haiyan pula tersengih. Kan.. senang sahaja nak bagi dia ni senyum.
"Haiyan, dah turn kau lah record." Faeeqa memberitahunya.
"Eh okeylah." Haiyan terus bergegas pergi ke hadapan kamera.
Sementara menunggu, Faeeqa ternampak Fathiha sedang bermain kamera telefon Haiyan. Lalu Faeeqa pun sertai Fathiha.
"Weh Fathiha, nak kejap telefon Haiyan." Faeeqa meminta.
"Nah ambillah. Password semua nombor kosong."
"Kosong?" Faeeqa tergelak. Apa punya password lah dia ni?
"Haha. Aku pun tak tahulah. Dia kata senang semua kosong." Fathiha turut gelak.
Faeeqa terus melihat telefon Haiyan dia membuka Instagram Haiyan lalu dia mencari nama Instagramnya dan ya, dia mengikuti dirinya sendiri. Lama sudah dia mengikuti Haiyan tetapi, Haiyan tidak mengikutinya balik. Tak guna betul!
Selepas selesai dia meletakkan telefon Haiyan di atas kerusinya.
Beberapa jam berlalu akhirnya rakaman video sudah pun tamat. Tanggungjawab ahli koir semua pun sudah selesai. Semua perserta sangat gembira apabila tanggungjawab mereka selesai. Insya-Allah juara buat mereka.
Selepas sebulan bercuti dan hari ini Faeeqa telah naik tingkatan 2. Masih di dalam kelas yang sama kerana dia mengambil aliran bahasa arab.
Sampai sahaja sekolah dia terus menuju ke kelasnya. Semasa dalam perjalanan ke kelas awal-awal pagi dia sudah dihidangi dengan muka Haiyan. Ya, dia terserempak. Cuma itulah, dia terserempak dengan keadaan jalan yang sesak. Penuh dengan pelajar-pelajar yang lalu lalang. Dia cuba mengangkat sebelah keningnya namun, Haiyan tidak perasan.
Dengan itu dia membuat keputusan untuk pergi masuk ke kelas sahaja.
Sampai sahaja kelas Faeeqa terus melabuhkan punggungnya di atas kerusi plastik. Dia mengambil tempat duduk bersebelahan rakannya, Alyna.
"Weh, tadikan aku terserempak dengan Haiyan." Faeeqa memberitahu Alyna. Hampir tergelak tapi masih ditahan.
"Uish awal pagi kau nampak dia ya! Haha. Jodoh maybe.." Alyna melirikkan matanya ke arah Faeeqa. Sekali sekala mengusik Faeeqa haha.
"Erghh tak ada maknanya!" Faeeqa membantah berat. Memang tak lah dia mahu berjodoh dengan lelaki lembut macam itu!
"Uh. Kenapa kau tak nak?" Tanya Alyna. Heh dia sendiri sudah tahu jawapannya.
"Memang tak lah aku nak suka dia" Ujarnya dengan muka berlagak.
"Dia okey apa baik, nyanyi pun sedap!" Memang benar apa yang Alyna katakan tetapi dia tiada di dalam list jodoh pun masalahnya.
"Kau ajelah yang suka dia. Aku tak nak. Dia bukan type aku okey?" Berlagak lagi. Mentang-mentang sudah ada lelaki yang dia idamkan. Lelaki angan-angan sajalah. Realiti belum tentu dia dapat.
"Kalau dia tu type aku, dah lama aku crush kat dia tau!" Kenyataan. Alyna tak suka orang muka ganas-ganas ni. Dia suka comel-comel saja.
"Eleh, sudahlah kau!" Faeeqa menjulingkan matanya ke atas. Geram!
YOU ARE READING
Telepathy Love [OG]
Romance𝑻𝒆𝒍𝒆𝒑𝒂𝒕𝒉𝒚 𝑳𝒐𝒗𝒆 ❦︎ 𝙺𝚒𝚜𝚊𝚑 𝚌𝚒𝚗𝚝𝚊 𝚢𝚊𝚗𝚐 𝚔𝚒𝚝𝚊 𝚞𝚔𝚒𝚛 𝚍𝚎𝚗𝚐𝚊𝚗 𝚑𝚊𝚝𝚒 𝚢𝚊𝚗𝚐 𝚒𝚔𝚑𝚕𝚊𝚜 Faeeqa Nadhifah seorang perempuan kasar yang jatuh cinta dengan lelaki lembut. Dia tidak pernah menyangka perkara se...