ℬ𝒶𝒷 5❦︎

14 2 1
                                    

      “Assalammualaikkum semua, kepada pengawas pusat sumber hari ini kamu semua ada perjumpaan di perpustakaan pada pukul 12 tengahari. Saya harap kamu semua dapat beri kerjasama untuk perjumpaan ini. Sekian terima kasih.” Kedengaran pengunguman dari seorang guru pengawas pusat sumber.

Sudah seminggu Faeeqa bersekolah dan hari ini merupakan minggu keduanya bersekolah. Ya, Faeeqa merupakan seorang pengawas pusat sumber sejak dia tingkatan 1 lagi.

Lagi 30 minit saja untuk menunggu pukul 12. Tak boleh ke kalau keluar terus aje?













Selepas 30 minit menunggu di kelas, Faeeqa terus bergegas ke perpustakaan. Perjumpaan ini kira mesyuaratlah untuk menentukan siapa pengerusi bendahari setiausaha dan lain-lain.

Selepas selesai memberikan jawatan kecil kepada pengawas pusat sumber, mereka diberi dua pilihan sama ada mahu menjaga kiosk nilam atau menjaga perpustakaan. Faeeqa memilih untuk menjaga kiosk nilam kerana, dekat saja dekat bawah. Kalau perpustakaan jauh di tingkat atas.

Semua yang mahu menjaga kiosk nilam perlu memberi nama dan nombor telefon kepada naib pengerusi kiosk nilam. Siapa naib pengerusi? Ya, betul Haiyan lah orangnya. Dia mempunyai jawatan yang sama dengan Faeeqa.

Apabila giliran Faeeqa tiba untuk memberi nama dan nombor telefon terkejut Haiyan. Budak ni ada aje dekat mana-mana.

      “Nak nombor telefon juga ke? Kan kau dah ada nombor aku.” Ujar Faeeqa. Kalau jumpa dia ni tak sah tak cari fasal!

      “Oh kau tak payahlah. Ni nak buat grup dekat Whatsapp aje. Nanti aku add ajelah kau.”

      “Nama nak?”

      “Tulislah cepat.”

      “Kau tahu diam-diam aje ya.” Bahaya juga dia ni. Karang kalau dia pergi cakap dekat sesiapa tentang artis yang dia obses tu. Yalah Haiyan tu kerja dia cari masalah. Demam agaknya.

Haiyan berfikir. Apa benda yang kena rahsiakan dari orang tentang Faeeqa ni?

Oh!

      “Hehe. Weh kau nak tahu tak dia ni kan suka...” Hehe. Pernah ke Haiyan tak cari fasal?

      “Ish Haiyan! Diam ajelah.” Faeeqa memberontak. Ish dia ni makin kita tegur makin dibuat?

      “Siapa dia suka weh?!” Aiman bertanya teruja. Ya Haiyan memberitahu Aiman yang tua setahun darinya.

      “Haha. Tak ada siapalah.” Haiyan gelak kecil. Karang budak ni mengamuk siapa nak tanggung? Tak padan dengan pendek garang dia ni!

Faeeqa menghambur nafas lega. Nasiblah dia ni masih berakal. Kalau tidak habislah mesti si budak Aiman tu akan mencari muka dia ni! Buat malu saja.

Selepas selesai menulis nama Faeeqa terus pulang ke kelas untuk mengambil beg dan terus balik ke rumah. Tepat-tepat waktu balik masa itu juga mesyuarat tamat.


























Hari ini merupakan hari di mana Faeeqa perlu bertugas di kiosk nilam. Balik lambatlah jawabnya hari ini ya.

Tetapi, bertugas tidaklah lama mana setakat 1 jam 30 minit sahaja. Mungkin juga di kiosk nilam hanya duduk diam kerana tiada sesiapa di dalam kecuali pasangan bertugas sahaja. Yang bertugas di kiosk nilam hanya dua orang sahaja dalam sehari. Tidak ramai. Jadi pasti sunyi.

Faeeqa sampai sahaja di depan tangga kecil kiosk dia terperasan ada dua pasang kasut. Besar. Kasut lelaki ke? Macam mana ni? Tapi kasut lagi satu kecil. Saiz perempuan. Tapi comot macam kasut lelaki. Aduh bingung. Lalu Faeeqa membuat keputusan untuk masuk sahaja dan ya dia terkejut.

Apa dua jembalang ni buat?

Haiyan dan Iman. Memanglah mereka pun pengawas pusat sumber tetapi mereka bertugas ke hari ini? Argh!

      “Kau bertugas ea hari ini?” Tanya Haiyan. Terkejut tiba-tiba budak seorang ini masuk.

      “Haah.” Jawab Faeeqa ringkas.

      “Weh Faeeqa, dia suka kau!” Haiyan gelak besar. Apa yang mereka lakukan ni?

      “Apa kau ni? Tibe.”

      “Tak adanya Dy dia menipu aje!” Iman memberontak. Apa Haiyan ni? Seronok ya kenakan orang.

      “Kau lagilah tiba-tiba panggil Dy. Aku Faeeqa bukan Aedy.” Dia lagilah tibe. Tiba-tiba panggil dirinya Dy. Memang Faeeqa obses dengan Aedy tapi, dia bukan Aedy.

      “Ah apa-apa lah Dy!” Lagi orang cakap lagi dia sebut. Ini lagi satu generasi Melayu. Lagi larang lagi buat.

      “Oh Dy, apa ic kau nak isi kedatangan.” Iman bersuara lagi.

Lalu Faeeqa pun menyebut satu-satu nombor ic nya.

      “Kau tengok siapa ni Haiyan?” Faeeqa menjenguk komputer yang ada di atas meja kaunter.

      “Ni lah Hael Husaini.” Jawab Haiyan.

      “Ohh! Hael ni kan kalau tengok sekali imbas dia ada iras Aedy tapi Aedy lagi comel lah.” Mestilah Aedy paling comel! Tiada tandingan!

      “Hmm betul-betul! Eh kau tahukan Hael ada buat lagu baru?” Haiyan bertanya. Memang Faeeqa minat dia cenderung ke arah Melayu. Tapi, tak semua dia ambil tahu.

      “Oh ada aku ada tengok dekat tiktok! Tapi tak dengar penuhlah. Malas haha.” Malaslah. Lagu dia tak menusuk ke jantung!

      “Lah ingat dah dengar. Sanalah Iman aku nak buka lagu Ariana Grande..” Sibuk saja budak ni!

      “Kau ambil ajelah keyboard ni letak dekat dengan kau. Tu pun susah.” Sedap saja ya dia berkata-kata.

      “Shh. Banyak cakaplah kau Man.”

Lalu Haiyan pun membuka lagu Ariana Grande. Fakta baharu tentang Haiyan, dia merupakan seorang yang meminati Ariana Grande.












Selepas mendengar lagu, mereka bertiga pun borak bersama. Mengumpul kenanganlah katakan. Maklumlah, tahun hadapan Haiyan sudah masuk tingkatan 5. Takut tahun hadapan tidak sempat untuk bersama macam ini lagi. Sudah sibuk dengan SPM.

      “Haiyan?” Faeeqa memegang beg duitnya. Hehe.

      “Apa dia?” Apa sajalah budak ni.

      “Cuba teka, dalam dompet aku ada apa?” Hehe. Ada niat lain sebenarnya.

      “Alah. Tahu dah Aedy, kan?” Haiyan melirikkan matanya ke arah Faeeqa. Tak perlu tanya dia dah tahu! Haha.

      “Tengok ni comel kan! Tapikan..,”

      “Kenapa?”

      “Cermin mata aku sama tak dengan dia?” Tanya Faeeqa sambil tersenyum lebar. Itulah motif sebenar dia. Haha.

Haiyan menilik gambar lalu menilik cermin mata Faeeqa. Berulang kali. Dan ya..

      “Hmm sorry to say tapi tak sama sangat.”

      “Haha. Betul lah. Aku pun keliru kadang macam sama kadang tak.”

      “Haha. Biasalah dalam gambarkan?”

      “Betul.”

  

Telepathy Love [OG]Where stories live. Discover now