ℬ𝒶𝒷 7❦︎

10 1 0
                                    

"Alyna, kau nak pergi mana hari ini kan cikgu kata balik awal." Disebabkan hari ini cikgu mesyuarat jadi cikgu-cikgu melepaskan semua pelajar pulang awal ke rumah.

"Hmm kita pergi kiosk ajelah. Dah lama tak pergi kaulah asyik balik awal aje." Memang benar sudah lama mereka tidak lepak di kiosk nilam bersama-sama sejak sibuk dengan kerja rumah yang cikgu beri dan kerja-kerja lapangan.

"Elele rindu siapalah tu." Faeeqa melirikkan matanya ke arah Alyna dan sengaja dia buat-buat tersedak.

"Sila zip mulut anda sebelum saya suruh abang Haiyan awak yang zip."

"Ha? Abang.. Haiyan? Haha. Lawak apakah ini? Lambert lagilah abang-abang ni. Kalau abang Badang tak apa juga!" Faeeqa menjulingkan matanya lalu dia tersengih sendirian.

"So i can tell him about this, lah?" Ya tentang kisah jatuh cinta kepada orang baharu. Semestinya Faeeqalah. Setelah beberapa bulan dia menyukai Aedy Ashraf kini dia sudah jatuh cinta pada Sir Badang. Alah cikgu tuisyen dalam talian tu!

"No! A big no! Nanti dia bahan aku habis-habisan. Matilah aku!" Faeeqa menepuk muka sendiri.

"Okey. Kau masuklah dulu hehe." Alyna sedikit merayu.

"Kalau kau masuk pun bukan ada yang nak halau pun."

"No one but you are pps so.." Alyna mengangkat sebelah keningnya berkali-kali.

"Eleh. Yalah." Lalu Faeeqa pun menolak daun pintu kiosk nilam.

"Eh! Faeeqa hai! Hai Ally!" Haiyan menyambut kedatangan mereka berdua. Sedangkan Alyna sedikit terkejut kerana Haiyan memanggil nama panggilannya. Jarang orang nak panggil Alyna dengan nama panggilan. Faeeqa pun tidak selesa untuk memanggilnya dengan nama panggilan.

"Hai Haiyan!" Faeeqa dan Alyna membalas sapaan Haiyan.

"Kauorang nak tahu, aku geram aje semalam dua ekor tu boleh cari masalah dengan aku! Hari ini kalau diaorang buat lagi memang aku tak layan diaoranglah!" Haiyan melepaskan geramnya. Dia geram dengan Iman dan juga Zafril. Zafril itulah yang pernah ke kiosk nilam bersama Syahirah.

"Haha. Apa diaorang buat dekat kau?" Faeeqa tergelak kecil. Lucu pula dengar dia cerita ni.

"Diaorang boleh buka lagu dekat PC tu kuat-kuat. Apa ingat ni kelab malam ke nak buka lagu kuat-kuat."

Haiyan memandang ke arah mereka dengan muka geram.

"Kauorang kuatkan lah lagi speaker tu. Kauorang tanya macam-macam memang aku tak layanlah." Haiyan memberi amaran. Lelaki punya merajuk pun macam ni ya? Tepuk muka sendiri ajelah.

"Sabar-sabar. Kau ni pun dah macam merajuk aje kau tu lelaki mana boleh macam tu! Kenalah lawan."

"Yang kau ni ayat macam nak cari gaduh apa pasal? Nak gaduh betul ke?"

"Ha sinilah! Confirm kau kalah punya dengan aku! Kau tu, lembut aku ni kasar dari kau! Haha!" Tinggi betul hidung Faeeqa ni ya? Tak memasal ada orang merajuk dengan dia.

Alyna awal-awal sudah pergi berjumpa dengan Iman.

"Okey." Haiyan hanya membalas itu sahaja.

Faeeqa melihat jam dan sudah tiba waktunya untuk dia pulang.

"Alyna! Jom balik! Dah pukul 1:50 dah."

"Okey jom!" Alyna terus melambai Iman.

Rahsia seterusnya, sejak kejadian taelive dan semakin ku kejar semakin kau jauh antara mereka, dengan itu pada suatu hari itu salah seorang antara mereka mengutuskan bahawa mereka mempunyai hubungan peribadi. Yang tahu sahaja tahu.

"Haiyan, aku balik dulu tau! Bye!" Faeeqa menepuk lengan Haiyan kerana Haiyan kelihatan senyap sahaja.

Haiyan hanya menganggukkan kepalanya sahaja.

Tiada sebarang reaksi.

Jangan-jangan..















Argh! Macam manalah mahu pujuk seorang lelaki? Lembut pula tu! Haih kenapalah mulut ini bagai tiada lesen. Cubalah berlesen sikit!

Faeeqa sudah buntu. Apa yang perlu dia lakukan. Dia takut Haiyan akan diam, diam dan diam. Sudahlah tahun hadapan dia sudah tingkatan 5! Habis kalau dia tak mahu berkawan lagi? Argh!

Tiba-tiba kedengaran mesej dari grup kelas masuk. Grup kelas tanpa guru. Seorang rakan sekelas Faeeqa yang bernama Ayden Shazrin dia mempromosikan jualan keychain anime Attack on Titan dan Faeeqa tersedar sesuatu.

Dia suka anime ni! Lalu Faeeqa menaip namanya untuk menandakan dia mahu membeli keychain itu.




















Tiga hari berlalu masih tiada sebarang berita tentang keychain itu. Aduhai Ayden ni dia jual betul-betul ke main-main ni?

Mahu bertanya tetapi rasa tidak selesa. Maklumlah Faeeqa dan Ayden bagai langit dan bumi. Tidak pernah bertegur. Langsung tidak pernah.

Alyna!

"Weh," Faeeqa memanggil Alyna setelah berjam dia termenung. Tak ada lah berjam dalam beberapa minit sahaja.

"Ya?"

"Tolong aku! Tanyakanlah Ayden fasal keychain yang dia jual tu. Kau kan rapat dengan dia." Ya hubungan Alyna dan Ayden begitu rapat. Tetapi di sekolah mereka jarang berbual. Mereka berdua kerap Whatsapp sahaja.

"Kau tanyalah." Alyna sengih. Sengaja mendengki Faeeqa ni.

"Ish tak naklah! Kau ni kau tahukan aku tak pernah cakap dengan dia." Ujar Faeeqa separuh merayu.

"Haha. Yalah. Kau nak aku tanya apa?"

"Kau tanyalah dia keychain tu bila boleh dapat dah tiga hari dah ni."

"Okey! Aku panggil ajelah dia ke sini."

"Tak kisah."

Lalu Alyna menanggil Ayden. Tidak jerit tetapi memanggil dengan isyarat tangan.

Gila ke mahu jerit?


"Abang, aa keychain Attack on Titan tu bila boleh dapat?" Faeeqa mendengar perbualan mereka dengan penuh rasa terkejut.

"Eh? Adik ada order ke?" Terkejut kuasa dua.

"Tak, tapi ni ha Eqa yang order."

"Oh. Hurm.. Faeeqa, aku tak pasti boleh dapat tak. Sebab, ada masalah sikit. Jadi mungkin kepada semua yang order memang tak akan dapat barangnya. Mungkin ajelah. Aku tak pasti tau weh." Jelas Ayden tenang.

"Oh.. Okeylah aku tanya aje. Apa-apa kau inform dekat grup aje, ya?" Habislah.. Apa perlu aku buat ni Tuhan?

"Okey. Bye adik." Ayden senyum dan melambai Alyna.

Alyna senyum dan melambainya juga.

Persoalannya sekarang ini, kenapa mereka borak dengan menggunakan panggilan abang dan adik? Apa hubungan sebenar mereka? Kelakar. Tapi ini membuatkan sifat ingin tahu Faeeqa semakin meningkat.

Telepathy Love [OG]Where stories live. Discover now