<Episode: 8>

18 6 23
                                    

"Semua dah siap?!" soal Mingyu serupa komander askar. Ahli yang lain hanya mengangguk malas terutamanya atok Jihoon.

'Jangan tanya aku kenapa kepala kau bonggol tiga' bisik hati Jihoon geram. Sesekali dia menyesal tidak membawa gitar bersama.

"Perkara pertama yang kita buat adalah....... "

"Adalah?"

"Adalah...... "

"Adalah?"

"Adalah......"

"ADALAH APA?!"

"Uishhh marah kau. Firstly, kita jalan kaki pergi taman. Alah bukan jauh pun. 2 km je" ujar Mingyu selamba.

"2 km je? Je?!" soal Seungkwan tidak percaya. Sesungguhnya, diva boo tidak sanggup untuk menyeksa kaki sendiri semata untuk pergi ke taman.

"Alah kira ok lah tu dari 10 km. Lagipun boleh kurangkan lemak kau yang dah lama bertapa kat badan kau tu" kata Jeonghan selamba tidak menghiraukan tatapan tajam oleh atok bermarga Boo itu.

"Dah². Ayuh atok kerepot sekalian"

Mereka semua berjalan kaki menuju ke taman yang terletak 10 m dari runah mereka.

Setelah sampai, mereka semua memanaskan badan sebelum memulakan aktiviti.

"Ok jadi, kita mula joging dari port kita berdiri sampai dekat kedai aiskrim tu then kembali lagi ke sini" kata Mingyu.

"Berapa pusingan?" soal atok Wonwoo yang dari tadi mendiamkan diri.

"2 pusingan"

"Ohh takde lah susah sa--"

"Lepastu, 20 kali push up, 20 kali squat, 20 kali--"

"KIM MINGYUUU!!!"

Mingyu mengusap dadanya perlahan apabila mendengar jeritan padu dari membernya.

Orang yang lalu lalang pun terkejut sampai terpelanting jauh aiskrim perisa mint choco ke atas bumbung sebuah kedai runcit.

"A-amaghilah kita mula joging"

Ahli yang lain mengikut langkah Mingyu dengan muka tak rela. Kecuali, atok Scoups, Junhui dan Dino.

[A few minutes later...]

"Haus duhh" ujar Soonyoung sambil mengipaskan dirinya.

"Memandangkan korang dah bekerja keras untuk berjoging, aku akan pergi beli air untuk korang" kata Mingyu.

"Uishh mashehhh" ucap member yang lain.

Mingyu terus pergi ke kedai yang berdekatan untuk membeli air. Dirinya sudah tahu air kesukaan masing² jadi dia tiada masalah untuk membeli air.

Selesai membuat pembayaran, Mingyu keluar dari kedai runcit tersebut. Sedang berjalan, tiba-tiba matanya tertancap ke arah seorang budak yang elok membuat jahat terhadap hyung sendiri.

Sesekali dia tersenyum kerana dia teringatkan anak asuhan nya dulu. Perangai budak tersebut membuatkan dirinya tertanya-tanya, bagaimana keadaan anak asuhan nya sekarang.

Mingyu terus berjalan menuju ke arah budak lelaki tersebut.

"Eo? Hyung, ada atok" ujarnya sambil menepuk perlahan pipi hyung nya yang sedang khusyuk mendengar lagu 'Shadow' by grup TujuhBelas.

"Atok?" dia terus memandang ke arah Mingyu yang sedang tersenyum manis ke arahnya.

"Maaflah mengganggu cu tapi ermm kat atas kepala tu...."

Si hyung terus menayangkan muka cuak manakala budak tersebut terlebih dahulu pergi ke arah adik beradiknya yang lain.

"Ada lipas"

"Hikss mummy help me.." ujarnya sambil menutup mata. Tidak sanggup untuk melihat wajah haiwan yang tidak diundang itu.

Mingyu terus menepis lipas tersebut dan ianya terbang ke atas pokok.

"Cu, lipas tu dah takde"

Perlahan-lahan dia membuka matanya lalu menarik nafas lega.

"Terima kasih atok. Btw, nama saya Taehyung. Kim Taehyung" ujarnya sambil tersenyum kotak.

"Nama atok Mingyu. Kim Mingyu"

"Woahhh nama keluarga kita sama lah atok" ujarnya teruja. Telefon yang di mainnya tadi terus dicampakkan entah ke mana.

Mingyu hanya tersenyum nipis lalu memandang ke arah 7 orang budak dan 6 orang hyung. Barangkali mereka semua adik beradik.

"Diorang tu adik eh?" soal Mingyu dan dianggurin oleh Taehyung.

"Haah. 7 orang budak tu actually adik sepupu belah siapa entah. Saya pun tak ingat. 6 orang dewasa yang tak berapa matang tu adik beradik saya" terang Taehyung dan dibalas dengan anggukan Mingyu.

"Tengok diorang semua main, teringat dekat cucu atok. Apa khabar diorang sekarang ni pun atok tau" ujar Mingyu sayu.

"Eo? Atok ada cucu? Boleh lah berkenalan dengan diorang nanti" kata Taehyung teruja.

"Boleh. Tapi diorang--"

"KIM MINGYUU KAU BUAT APA HAH KAT SITU?! ORANG SURUH BELI AIR BOLEH PULAK DIA BERBORAK KAT SITU EIII!!" Jerit Jeonghan sambil bercekak pinggang.

Matanya tajam memandang ke arah Mingyu. Bagai hendak menerkam mangsa.

"Erkk.. Atok pergi dulu ye" pamit Mingyu.

Taehyung hanya memandang ke arah Mingyu sambil tersenyum nipis. Dia kemudiannya bangun dari dudukbya lalu pergi ke arah 7 sekawan dan 6 seneraka.

"Guys, rasanya kita dah jumpa orang yang diorang cari" ujar Taehyung.

"Macam mana kau tau?" soal seorang lelaki berambut coklat.

"Sebab aku nampak ada gelang silver kat tangan sorang atok dengan aku borak tadi"




*********
Wuuu kita ada cameo gaisss... Rasanya korang dah boleh agak siapa 🌚.

Seventeen In Action!! [TXT ft. SVT] [Discontinued]Where stories live. Discover now