Malamnya....
"Lampu suluh ada?!" soal Jeonghan persis komander.
"Ada!!"
"Baju lebih ada?!"
"Ada!!"
"Kimchi ada?!"
"Ad-- eh jap, kenapa kena bawa kimchi?" soal Junhui hairan. Sejak bila pulak kena bawak kimchi ni?
"Halah halah aku gurau je tadi. Dah jom kita mulakan misi kita!!!" kata Jeonghan penuh semangat begitu juga dengan yang lain.
"Dan kau Taikhyung, iring kitorang" arah Jeonghan.
Taehyung mengusap dadanya apabila mendengar nama panggilan yang disebut Jeonghan. Muka hensem gini dipanggil taik.
"Atok, nama saya Taehyung. T.A.E.H.Y.U.N.G" perbetul Taehyung siap eja lagi.
Jeonghan hanya memandang nya slack.
"Kesah pulak aku? Dah jom"
Mereka semua terus berjalan pergi ke lorong belakang yang menempatkan sebuah homestay yang jaraknya hanya 1 km dari rumah mereka.
"Ok jadi siapa nak jadi umpan?" soal Bohyuk.
Krik... Krik... Krik...
Melihat tiada siapa yang mahu volunteer, dengan tidak rela nya Seokmin bangun mewakili mereka.
"Haihh... Aku je lah"
First time atok Seokmin merelakan diri.
Semua atok termasuk Bohyuk dan Taehyung bersorak gembira. Tapi perlahan lah.
Oh lupa nak cakap, diorang senanya tengah nyorok disebalik semak homestay tu.
Paling bestnya, tepi semak tu ada pokok pisang.
Harap takde 'tetamu VIP' kat situ.
"Hwaiting Seokmim" sorak atok svt namun dengan suara yang perlahan.
Seokmin terus keluar dari semak tersebut lalu memulakan tugasnya. Walaupun takde tugas yang member dia bagi tetap jugak dia berdiri tercongok depan homestay tu.
Kalau depan homestay tu takpelah jugak dia nak berdiri. Ni tercongok depan pintu homestay dengan muka tak bersalah nya.
"Macam tak boleh harap je si anak Lee ni" Minghao memandang Seokmin yang masih tercongok depan pintu homestay dengan muka judge hard nya.
"Kalau aku tau dia just tercongok depan tu memang aku yang volunteer tadi" kata Seungkwan sambil mengembang kempiskan hidungnya. Tak tau lah apa yang dibangga nya.
"Haihh.... " keluh Taehyung dan Bohyuk. Nampaknya rancangan mereka akan gagal.
Manakala Seokmin masih lagi tercongok depan pintu rumah tersebut dengan muka selamba.
Tiba-tiba, pintu dikuak oleh seseorang dari dalam.
Seventeen, Taehyung dan Bohyuk yang mulanya putus harapan terus semangat balik selepas pintu tersebut dibuka oleh seseorang.
"Hai Ji--" terhenti percakapan Seokmin tatkala melihat seorang jejaka berupa mat saleh keluar.
Habislah, dia dah lah tak reti speaking.
"Errr... Sawadikap-- eh tu Thailand. Ermm... Hello, mai name is Dokyeom. I like doenjangjjige. I lobe pija-- eh? "
Para manusia yang menyorok di sebalik semak yang terdengar ucapan Seokmin hanya mampu menepuk dahi.
Konpiden sungguh atok kuda kita.
"Atok ni siapa?" soal lelaki tersebut
"Saya Seokmin. Erm nak tanya, nampak tak ada sorang atok ni dia pendek, kulit putih mayat, mulut savage 24/7 dan suka tidur?" soal Seokmin.
Jejaka tersebut hanya mengerutkan dahi sebelum menunjukkan seseorang yang elok baring terbongkang di depan tv.
"Yang tu ke?" soal nya. Baru sahaja Seokmin menjawab, manusia yang menyorok di belakang semak tadi tibe muncul kat belakang Seokmin.
"Mana dia?!" soal Seungcheol dengan muka yang bengis.
Abe Cheol marah pun hensem eheks.
"D--"
"Korang lah setan yang culik kawan seneraka kitorang tu?! Pulangkan balik!!" marah Joshua. Manakala ahli svt yang lain menelan air liur mereka.
Ayokk atok Josh dah marah.
"Di--"
"Bende bising² kat luar tu Ningning oii?! Nak tengok tv pun tak se--" terhenti percakapan Taehyun tatkala melihat ramai manusia yang berada di depan homestay.
"Banyak gila setan kau bawak Ning" mulut Taehyun ternganga luas.
"Tu bukan setan lah hyung. Diorang erm... "
"Jap, seventeen hyung?" kata Taehyun tiba-tiba yang membuatkan Huening memandangnya hairan.
"Hah?"
Taehyun hanya menepuk dahinya melihat reaksi Huening yang keliru. Mesti dah lupa tujuan diorang datang kat Busan ni.
"Cuba kau tengok kat pergelangan tangan diorang. Sama kan?" bisik Taehyun di telinga Huening.
Huening terus melihat pergelengan tangan atok svt dan mengangguk.
"Diorang lah kan yang kita cari?" soal Huening. Taehyun mengangguk lalu mengesat air matanya yang tiba-tiba sahaja mengalir.
Dia bukan sedih cuma berasa gembira kerana dapat bertemu kembali dengan mereka semula.
******
Aku tau chap ni banyak merapu HAGAGAGAGAGA mian ;-;.
YOU ARE READING
Seventeen In Action!! [TXT ft. SVT] [Discontinued]
Fanfic(Sambungan dari book 'Babysitter'). Ahli TXT kini berdepan cabaran yang sukar dalam suatu misi. Misi apa tu? Misi mencari ATOK SEVENTEEN di Busan. Agaknya berjaya ke diorang cari babysitter diorang dulu? Mari ikuti pengembaraan mereka di Busan!! Sta...