"Weh Boboi, betul ke ni alamat si pengutip hutang tu?" soal Jeonghan sambil memerhati struktur bangunan mewah tersebut.
Bohyuk hanya mampu menahan diri dari menepuk kepala Jeonghan. Dah berapa banyak nama yang Jeonghan bagi kat dia tiap kali diorang berjumpa.
Takpe, Bohyuk redho ;).
"Haah sini lah tempat nya. Lagi satu, nama orang Bohyuk bukan Boboi mahupun Boboiboy" kata Bohyuk.
"Alah biarlah. Aesthetic gituu"
Hampir sahaja Bohyuk ingin membaling selipar dekat muka Jeonghan namun ditahankan sahaja niat suci murni tersebut.
"Apa lagi? Moh ler kita masuk" ajak Seungcheol sambil membetulkan tali lehernya lalu melangkah masuk ke dalam bangunan itu diikuti oleh yang lain.
Bayangkan, diorang semua pakai suit casual yang orang selalu pakai pergi kerja.
Pergghh hensem duhh. Walaupun dalam cerita memasing dah tua kecuali txt.
Bohyuk tu senanya beza setahun dari Wonwoo tapi still perasan muda. Nasiblah muka hampir sama macam Wonwoo.
"Masuk je kat pejabat dia, kita buat muka berlagak au" ujar Seungcheol dan diangguki oleh yang lain.
Masing-masing membuat muka sombong ala-ala orang kaya yang hampir bankrupt sebab berhutang dengan ayah pin.
<<Jihoon and the gang situation..>>
"Sini ke rumahnya?" Junhui menurunkan cermin matanya sambil memerhati sekeliling rumah lama mereka.
Drama sungguh Junhui kita.
"Eh tak. Dekat sebelah tu rumahnya" jawab Yeonjun sambil menjuihkan bibir ke rumah sebelah.
"Bebetul lah -_-"
"Ye, sini rumahnya. Tapi, siapa nak tekan loceng?" Soobin memandang atok yang lain berharap ada yang dari mereka volunteer nak tekan loceng tapi hampeh. Sorang pun tak nak kedepan.
"Hah Yeonjun hyung, pi tekan sana" kata Soobin sambil menolak badan Yeonjun kedepan.
"Eh asal aku?"
"Tadi aku dah pandu, jadi giliran hyung pulak pi tekan loceng" jawab Soobin dengan muka bangga. Tak tau lah apa yang dibangganya.
"Hah betul tu. Pat tekan loceng. Bukan lama pun. Letak je jari kau kat butang tu nanti bunyi lah dia" ujar Wonwoo pula sambil membuat gaya menghalau Mingyu.
"Iyolah... -_-"
Yeonjun terus menekan loceng rumah tersebut dan menunggu respon orang dalam. Mana tau tibe muncul secara tiba-tiba kat tepi pasu bunga ke.
Seketika kemudian, keluar seorang lelaki yang sama yang bagi diorang gelang di Special Chapter 'Babysitter'.
"Kau lagi. Hah ni nama kau apa? Kat special chap kita tak sempat intro diri memasing" soal Soobin dengan wajah yang dibuat gangster tapi comel je orang nengok nye hshshshshshs.
"Err nama aku Jaemin. Na Jaemin. Kau pulak siapa?"
"Aku Soobin, Kapla High Council-- aduh! Sakitlah hyung" Soobin mengusap kepalanya yang baru sahaja diketuk oleh Soonyoung.
"Kau tak payah nak ikut si Kahak tu. Intro lah elok². Ni tak, memain pulak" bebel Soonyoung manakala Soobin hanya tersengih busuk.
"Ehehehe mian. Okok, nama aku Choi Soobin"
"Aku pulak Choi Yeonjun" ucap Yeonjun dengan gaya swag.
"Korang dua ni siblings ke? Nama keluarga korang sama lah" soal Jaemin.
Serentak Yeonbin menggeleng menidakkan kebenaran bahawa mereka adik-beradik.
Mau menangis si Soobin bila tau Yeonjun tu abang dia.
"Tak de lah. Kitorang sepupu belah bapak" ujar Yeonjun. Dia sendiri tak sanggup Soobin jadi adik dia.
Jaemin mengangguk faham lalu memandang ke arah 96 liners yang tercongok depan rumah lama mereka.
"Err ni siapa?"
"Ouh ni babysitter kitorang dulu. Yang muka cam chinese tu atok Wen Junhui namanya. Yang muka dingin pakai spek tu atok Jeon Wonwoo. Yang muka cam hamster tu pulak atok Kwon Soonyoung. Yang paling pendek tu pulak atok Lee Jihoon namanya" ujar Yeonjun tanpa sedar yang 96 liners sedang menatapnya bagai nak telan.
'Aku memang chinese pun'-Junhui
'Muka aku dingin ke?'-Wonwoo
'Aku harimau dikata hamster. Hanjing betul'-Soonyoung
'Kau bernasib baik sebab aku lupa bawak gitar aku sekali'-Jihoon
"Ouhh. Datang sini nak apa?" soal Jaemin dengan wajah hairan. Setahu dia, dia dah bayar dekat diorang time dia beli rumah ni masa mula beli dulu.
Takkan kena bayar lagi.
Yeonbin dan seventeen memandang sesama sendiri sebelum mengangguk seperti membuat telepati.
"Kitorang datang sini sebab....."
YOU ARE READING
Seventeen In Action!! [TXT ft. SVT] [Discontinued]
Fanfic(Sambungan dari book 'Babysitter'). Ahli TXT kini berdepan cabaran yang sukar dalam suatu misi. Misi apa tu? Misi mencari ATOK SEVENTEEN di Busan. Agaknya berjaya ke diorang cari babysitter diorang dulu? Mari ikuti pengembaraan mereka di Busan!! Sta...