"Ouhh jadi korang datang sini cari Taeyong lah ye? Dia ada je kat rumah terbongkang dalam bilik. Dah lah sewa bilik dia tak bayar lagi. Main tumpang je tau. Apa dia ingat dia tu VVIP nak duduk free je?"
Jihoon yang mendengar kata-kata Jaemin hanya tersenyum nipis. Dia sudah tidak kisah dengan perangai Taeyong lagi dan kini dia harus memperbaiki akhlak Taeyong.
"Sebenarnya, Taeyong tu anak atok. Dia memang macam tu. Mesti kekadang rasa nak buang dia kat laut biar ikan jerung makan dia kan? Atok faham perasaan kamu. Jadi, boleh atok masuk? Biar atok nasihat dia" pinta Jihoon dengan senyuman yang.. mengerikan?
Jaemin hanya mengangguk lalu mempelawa mereka masuk ke dalam rumah.
"Tak banyak yang berubah" ujar Soonyoung sambil memerhati sekeliling.
Jaemin yang terdengar apa yang dikata Soonyoung tadi hanya tersenyum.
"Sebenarnya, saya malas nak tukar lagipun yang asal punya hiasan lagi cantik. Plus, saya dengan kawan saya yang lain mana reti menghias rumah ni. Kalau hias pun, hias meja je lah" ujar Jaemin sambil tersengih.
Dia kemudiannya menyuruh mereka duduk di ruang tamu manakala dia pergi ke dapur untuk membuat air.
"Weh Soobin cer kau tengok kat tangga tu" ujar Yeonjun sambil menunujuk ke arah tangga.
Soobin terus melihat ke arah tangga yang dikata Yeonjun lalu tersenyum.
"Tak sangka diorang punya tahap malas nak mengemas ni sampai lukisan buruk korang kat tangga tu pun diorang taknak cat balik" sampuk Wonwoo manakala YeonBin hanya tersengih busuk.
Tak sangka lukisan yang diorang lukis kat tangga still ada sampai sekarang.
"Jemput lah minum. Air teh susu je lah yang saya mampu hidang lagipun resepi ni pun baru je belajar dari author. Tah betul ke tak resepi yang dia bagi ni" ujar Jaemin lalu memandang ke arah author yang sedang menconteng pasu bunga di dapur.
"Takpe lah. Susah² je" kata Junhui lalu menghirup sedikit air teh susu yang dibuat oleh Jaemin hasil ajaran sesat dari author.
"Not bad. Cuma terlebih susu kau letak. Nasib rasa teh nya masih ada" komen Yeonjun manakala Jaemin mengangguk sebab dia hanya ikut arahan author je dan bukan dia yang buat melainkan author yang buat HAHAHAHAHAHA.
Siapa nak order air teh susu dari author sila dail 999. Cod dia pulak 50 hinggit.
"Kejap ye. Biar saya panggil Taeyong" Jaemin terus pergi ke bilik Taeyong yang terletak di tingkat atas.
"Hmm... Nampaknya kita dah sampai ke penghujung misi" ujar Soonyoung dan diangguki oleh yang lain.
Seketika kemudian, terdengar suara rengekan di tangga yang menarik perhatian mereka berenam.
"Kau ni kan. Aku malas lah. Orang mengantuk ni"
"Ah takde. Ada tetamu untuk hyung sana. Takyah kata hyung mengantuk. Bukannya hyung buat kerja berat semalam" bebel Jaemin sambil tangan tidak lepas memegang kolar baju Taeyong.
Kejam punya Jaemin.
"Aishh suruh diorang blah lah. Apa susah? Jumpa esok tak boleh ke?" Taeyong merengus geram tanda tidak puas hati.
"Tak boleh. Kita kena bincang sesuatu yang penting, Lee Taeyong" sampuk satu suara yang membuatkan Taeyong kaku seketika.
"A-appa?"
<<The rest of svt and txt situation>>
"Jadi, ermm korang semua datang sini sebab nak langsaikan hutang si Taeyong tu?" soal si pemiutang tersebut, Lee Sooman namanya.
Yang anehnya, dia duduk dengan sopan di depan svt dan txt.
Apalah yang diorang buat sampai dia duduk dengan sopan gitu.
"Ye lah. Takkan nak goreng kau pulak?" soal Taehyun lancang manakala Sooman dan anak buahnya meneguk air liur mereka kasar.
Tacod kiteww.
"K-kalau macam tu jumlah yang dia hutang 100,000 won. Korang ada ba--"
"Ada lah. Takkan takde pulak. Mingyu" Seungcheol memetik jarinya dan Mingyu yang perasan terus memberikan sampul yang berisi duit di dalam kepada Sooman.
Sooman terus mengambil duit tersebut dan memeriksa jumlah duit di dalamnya.
Bila rasa sudah cukup, dia tersenyum ke arah mereka atau lebih tepat tersenyum takut ke arah mereka.
Dah kenapa?
"K-korang boleh pergi sekarang. Pengawal, iring diorang--"
"Tak payah. Kitorang tau jalan keluar. Jom blah" Jeonghan terus keluar dari bilik tersebut diikuti yang lain.
Sempat jugaklah Taehyun, Beomgyu dengan Huening buat gaya I'm-watching-you kepada Sooman dan anak buah nya.
Kecut perut mereka dibuatnya.
Apabila sudah memastikan bahawa mereka semua sudah keluar. Sooman mengeluh perlahan.
"Kenapa tuan?" soal salah seorang anak buahnya.
Sooman tidak menjawab malah memberi satu nota kecil yang terdapat di dalam sampul kepada mereka.
"Apa ni?"
Semua anak buahnya membaca surat tersebut. Mereka meneguk air liur mereka kasar. Baru mereka faham kenapa Tuan mereka nampak takut terhadap svt dan txt tadi beserta juga dengan Bohyuk.
Isi dalam nota;
'Jangan buat hal lagi. Kalau tak kitorang pamer BOXER HELLO KITTY kau dengan BOXER BARBIE anak buah kau kat tempat awam. Biar diorang tau yang korang ni bukan jantan tapi pondan'
XOXO
;) '"Mati lah nak..."
*******
Bila kau dengar lagu 'Sugar Rush Ride' sambil menaip auto merapu chap ni HSHSHSHSH.
YOU ARE READING
Seventeen In Action!! [TXT ft. SVT] [Discontinued]
Fanfic(Sambungan dari book 'Babysitter'). Ahli TXT kini berdepan cabaran yang sukar dalam suatu misi. Misi apa tu? Misi mencari ATOK SEVENTEEN di Busan. Agaknya berjaya ke diorang cari babysitter diorang dulu? Mari ikuti pengembaraan mereka di Busan!! Sta...