"Lapar lah hyungg" rengek Huening untuk kali ke-100 manakala yang lain hanya mampu menadah telinga mereka mendengar rengekan dari Huening.
"Itu lah kau. Orang dah suruh makan sarapan pagi tadi kau taknak. Sekarang ni, kau sendiri yang lapar" bebel Beomgyu manakala Huening hanya mengerucutkan bibirnya.
"Dah takyah gaduh. Kita pergi gerai makan atok exo kau nanti. Atok pun dah lapar ni" ujar Seungcheol selaku pemandu.
Akhirnya dia sedar diri yang dia atok hikss i is peraud.
"Yeayyy!!" sorak mereka bertiga riang manakala yang lain hanya tersenyum nipis. Masih tak berubah perangai diorang yang lagi satu tu. Perangai kuat makan.
<<Gerai abe exo mu hensem>>
"Kemain nama gerai nya" ternganga mulut Taehyun memandang signboard gerai tersebut yang terletak di tepi gerai.
"Baru kau tau" ujar Seokmin lalu masuk ke dalam gerai tersebut.
Yang lain turut masuk lalu memilih tempat duduk.
Sekali lagi, mereka memilih tempat duduk di depan kipas. Habis pelanggan lain rasa panas tiba-tiba.
"Uitt asal panas ni? Tuan gerai tak bukak akaun ke?"
"Aircond bodoh bukan akaun. Lagi satu, ni gerai bukan restoran nak pakai aircond bagai"
"Tah kau ni. Orang pakai kipas baru feeling sikit macam lepak kat mamak"
"Tapi ni memang mamak pun kan?"
"Tu aku tak tau. Sekarang ni, asal aku rasa panas ni?"
"Banyak dosa biasalah"
"-_-"
Bohyuk yang terdengar perbualan sekumpulan remaja tersebut terus memandang ke arah tempat duduk yang mereka duduki.
Betul-betul depan kipas diorang ambik.
"Hyung, takpe ke kita ambik tempat duduk dekat dengan kipas ni?" soal Bohyuk dengan rasa bersalah.
Mana tak bersalahnya, dia tengok pelanggan belakang diorang dari tadi duk lap peluh.
"Alahh biar je lah. Macam tak biasa" balas Hansol selamba manakala Bohyu hanya memandangnya datar.
"Hah cepat order nak makan apa. Atok Mingyu korang yang belanja" ujar Chan. Mingyu pula memandang Chan dengan pandangan yang sukar dtafsirkan.
Seokmin dan Huening meletakkan menu yang baru sahaja diberi pelayan sebentar tadi di atas meja dengan muka kosong.
"Dah kenapa?" soal Joshua hairan.
"Order" jawab mereka berdua serentak.
Masing-masing memasang wajah keliru. Order? Order apa?
"Korang pesan apa?" soal Minghao dengan muka yang keliru.
"Itu lah yang kitorang order"
"Ye lah order apa?"
"Itu lahh"
"Order apa?"
YOU ARE READING
Seventeen In Action!! [TXT ft. SVT] [Discontinued]
Fanfic(Sambungan dari book 'Babysitter'). Ahli TXT kini berdepan cabaran yang sukar dalam suatu misi. Misi apa tu? Misi mencari ATOK SEVENTEEN di Busan. Agaknya berjaya ke diorang cari babysitter diorang dulu? Mari ikuti pengembaraan mereka di Busan!! Sta...