[Wonwoo pov...]
Di sini, lahirnya sebuah kedai~~ di mana aku tumbuk muka Soonyoung~~.
Eeeiii geram nye aku dengan nyah sorang nih. Kata nak beli air. Ni kemain lama dalam kedai. Dia beli air ke buat air?
Btw, mesti korang jarang kan dengar aku bebel sebab ye lah aku kan member paling cool, chill and relax diantara semua member aku.
Tapi kali ni aku nak bebel. Dah nak dekat 30 minit aku tunggu si Soonyoung kambing ni beli air.
Apa lama benor nak beli air nye? Ni bukan kedai ikan tau. Apa dia ingat masa tu murah ke?
Masa itu emas okay!!
Kalau si kambing ni tak keluar dalam masa 10 saat memang aku campak dia dalam longkang. Biar dia tidur dengan katak.
Apa dia ingat aku lembik ke bila dah tua ni? No babi, aku tak tua lagi. Sihat walafiat lagi.
Sedang aku elok berfikir macam mana nak campak Soonyoung dengan cara yang rare, batang hidung Hoshit yang tak berapa mancung pun muncul.
"Kau buat apa lelama dalam kedai tu? Kau beli air ke buat air?" soal aku geram. Gila tak geram bila kau tunggu nak dekat 30 minit tapi dia elok je keluar dengan sengih busuk dia tu.
"Alahhh kau ni jangan marah. Aku tolong si Samad buang lipas tadi" kata Soonyoung sambil tersengih.
Fuhhh hampir nak tercarut aku kat situ dengar jawapan si Hoshit ni.
"Dah lah. Jom balik"
Kitorang pun jalan gi rumah yang terletak bersebelahan dengan kedai runcit. Pandai sekop pilih rumah.
Tapi sebelum tu, aku pandang ke arah pokok yang berdepan kedai runcit sebab aku rasa macam diperhatikan.
Aku tak nampak sangat apa yang aku tengok sebab tertinggal spek kat rumah tapi aku nampak ada dua orang sedang menyorok belakang tu.
Mana tak nampak bila kau nampak baju warna hitam dengan baju warna biru yang aku pasti ada corak dolphin.
"Kau tengok apa tu? Jom lah balik rumah" Soonyoung terus tarik tangan aku masuk ke dalam rumah.
Dalam fikiran aku berfikir, siapa dua orang tu dan pahal diorang intip aku dengan Soonyoung. Diorang nak culik ke apa? Pepelik je culik orang tua petang gini.
Takde taste ke apa?
[End of pov...]
Masuk sahaja SoonWoo ke dalam rumah, kelihatan Woozi dengan muka bengis keluar dari rumah lalu menghempas pintu utama tersebut.
"Kenapa tu?" soal Soonyoung.
"Entah lah. Lepas je dia jawab panggilan dari seseorang tadi terus dia menyumpah seranah and keluar dari rumah ni" jelas Minghao dan diangguki oleh ahli yang lain.
"Haihh... Mesti anak dia yang call" ujar Soonyoung dan ianya berjaya membuat semua ahli seventeen yang ada di situ memandangnya dengan pandangan yang hairan.
"Anak? Asal kitorang tak tau pasal ni?" soal Scoups sambil matanya memandang Soonyoung tajam.
"Haihh... Wonwoo, Jun, dah tiba masanya kita bagitau diorang pasal ni" ujar Soonyoung. Wonwoo dan Junhui hanya mendiamkan diri sebelum mengangguk perlahan.
"Jihoon sebenarnya..... "
[Jihoon situation.... ]
Dia menyepak batu kecil dengan geram. Amarahnya masih belum hilang di dalam dada.
Sanggup si anak membuat bapanya sendiri begini? Apa salah dia? Dia hanya mencurahkan kasih sayang kepada si anak namun ini yang dibalas?
Sakit hatinya apabila menerima panggilan dari si anak petang tadi. Rasa marah dan kecewa bercampur baur di dalam hati. Tiada siapa yang tahu kepenatan yang dialami oleh atok Jihoon biarpun dia tampak kelihatan dingin.
Sedang dia menyepak batu bagi melepas geram, Tiba-tiba batu tersebut terkena seseorang yang membuatkan dia terkejut.
"Ouch!! Aduhh siapa baling batu ni?" soal si dia sambil mengusap kepalanya. Tak jadi dia nak healing malam ni.
"Oh maaf cu. Atok tak sengaja" ujar Jihoon sambil menunduk tanda minta maaf.
"Takpe lah atok. Lagipun salah saya. Saya yang bijak sangat healing depan homestay ni" ujar si dia sambil menggaru kepalanya yang digigit nyamuk.
Wait². Homestay? Aku kat depan homestay?
Segera Jihoon melihat papan tanda yang berada di tepi rumah tersebut. Tertulis perkataan homestay disitu.
'Aku just berjalan 1 km je dari rumah aku? Asal tak 100 km terus?' bisik hati Jihoon yang masih tidak puas hati.
"Ermm... Atok buat apa jalan sorang² malam gini? Tak takut ke ada hantu?" soal dia lagi.
"Buat apa nak takut hantu? Tu pun makhluk Tuhan juga. Lagipun aku saja je jalan sensorang. Healing macam kau" jawab Jihoon serta sedikit perlian di hujung ayat.
Si dia hanya tersenyum kekok sebelum mempelawa Jihoon masuk. Kat luar dah ler sejuk. Mau mati kejung atok tu kat situ nanti.
Jihoon dengan senang hatinya masuk tanpa mengetahui siapa orang tersebut.
********
Selamat hari raya~ Hari untuk kita bersuka ria~ Pabila syawal menjelma~ Hari raya disambut dengan gembira~Hshshshshs selamat menyambut bulan ramadhan gaiss tinggal 2 bulan ke sebulan sebelum kita masuk pada bulan yang mulia.
Btw, saja je senanya. Nak bagi korang insaf sikit dengan dosa lama termasuk author huehuehue.
YOU ARE READING
Seventeen In Action!! [TXT ft. SVT] [Discontinued]
Fanfiction(Sambungan dari book 'Babysitter'). Ahli TXT kini berdepan cabaran yang sukar dalam suatu misi. Misi apa tu? Misi mencari ATOK SEVENTEEN di Busan. Agaknya berjaya ke diorang cari babysitter diorang dulu? Mari ikuti pengembaraan mereka di Busan!! Sta...