<Episode: 9>

19 6 16
                                    

"Taman yang indah, ditambah pula dengan debunga yang penuh dengan pelbagai aneka warna, sungguh harum baunya. Oh bunga, mengapa engkau pergi? Meninggalkan diriku sendiri dalam kesedihan. Amat pe--"

"Udah ler tu Yeonjun hyung. Sakit pulak telinga kita dengar hyung bermadah. Dah single tu single je lah" ujar Huening sambil memutarkan matanya.

Yeonjun hanya tersengih sebelum pergi ke dapur. Buat apa? Berenang.

Pekos lah minum some water.

"Gaisss, aku nak keluar kejap beli something. Korang ada nak pesan apa² ke?" soal Beomgyu.

Yang lain hanya menggelengkan kepala mereka kecuali Yeonjun.

"Aku ada. Kau tolong belikan air coklat dekat kedai runcit. Peti ais nya ada kat sebelah kaunter" ujar Yeonjun sambil menghulurkan duitnya kepada Beomgyu.

Beomgyu hanya mengangguk lalu keluar diikuti Huening yang curi² keluar di belakang Beomgyu. Sebab dia? Dia nak lari dari dengar Yeonjun bermadah pujangga.

Dalam perjalanan, Beomgyu dan Huening berborak pelbagai perkara.

Actually, Beomgyu memang dah perasan yang Huening ikut jadi dia ajak lah dia berjalan sebelah dia dari dia duk jalan jengket² kat belakang macam nak mencuri.

"Eo? Hyung, cuba tengok atok tu" ujar Huening. Beomgyu terus tengok ke arah yang ditengok Huening.

"Tengok apa? Takde benda spesial pun?" soal Beomgyu. Huening hanya memutarkan matanya malas.

"Lembap lah hyung ni. Cuba tengok tangan atok tu. Macam kita punya kan?"

Beomgyu terus tengok ke pergelangan tangan atok tersebut.

"Entah² dia tu... "

Beomgyu dan Huening saling berpandangan dengan pandangan yang sukar ditafsirkan.

[Beomgyu pov....]

Aku tak tau nak cakap apa sekarang tapi haihh... Dia ke orang yang kitorang cari? Tapi kenapa ada sorang  je?

Aku tengok sekali lagi atok tersebut dengan teliti. Actually, aku dengan Huening menyorok di sebalik pokok. Bijak kan?

Dah lah pokoknya bebetul depan kedai runcit tu.

Lupakan pasal pokok, kita fokus kat atok tu. Aku dengan Huening perhati je sampai lah keluar sorang lagi atok.

"Hyung, tengok tangan atok tu" tunjuk Huening. Aku pun tengok dan ya...... Sama macam gelang kat tangan kitorang.

Mulanya, aku cuba fikir positif tapi tak boleh. Sebab, masa kitorang terima gelang ni, ada sticky note kecil yang lelaki yang tak berapa hensem tu bagi.

Katanya, gelang tu memang dibuat spesial untuk kitorang and design gelang ni lain dari yang lain.

Setiap gelang diukir dengan nama sendiri contohnya aku. Nama aku Beomgyu yang kacak. So pekos lah diorang buat C. B. G sebagai tanda nama aku.

Aku tau aku hensem tak dinafikan *flip rambut Huening*.

"Hyung dah kenapa flip rambut orang? Rambut sendiri takde? Ke dah botak?" soal Huening. Aku hanya tersengih kerang wangi.

"Takde ehehehe. Oh ya, kita masuk kedai ni lepas je atok tu balik rumah" cadang aku bijak. Aku tau aku bijak *flip kening Mikasa*.

Huening hanya mengangguk lalu sambung memerhati atok tersebut dengan tekun.

After a few minutes, atok berdua tu pun balik rumah dia. Sempat jugak lah ada sorang atok ni duk tengok ke arah pokok yang kitorang menyorok.

Nasib kitorang dah sorok awal².

Lepastu, kitorang perhati lagi dan guess what? Rumah diorang tak jauh dari kedai runcit tu.

Pakcik kedai runcit ni memang nak kena haihh...

Asal tak terus terang je? Mati² kitorang ingat haihh.. Buat penat je kitorang cari diorang padahal rumah diorang haihhh...

RUMAH DIORANG SEBELAH KEDAI RUNCIT JE KOT!!

Pakcik kedai ni kejam. Kau tunggu kau pakcik. Aku letak lipas kat hidung kau nanti.

[End of pov...]

Beomgyu dan Huening saling berpandangan lalu terus masuk ke dalam kedai runcit tersebut.

Selesai membeli barang, Beomgyu dan Huening sengaja lalu di depan rumah yang boleh dikatakan agak besar disitu sambil memerhati.

Mereka berdua kemudiannya beredar dengan cepat setelah seorang atok yang kelihatan pendek sedikit keluar dengan mulut tak henti menyumpah seranah.

Atok, dah tua ni kena banyak buat pahala. Bukan buat dosa.

"Huening, kau fikir tak apa aku fikir?"

Huening hanya mengangguk sebelum tersenyum penuh makna. Begitu juga dengan Beomgyu.

Nampaknya, misi mereka sudah hampir tamat.

Tanpa mereka sedar, ada seseorang memerhati gelagat mereka di sebalik semak samun.

Dia kemudiannya mendail nombor rakannya. Sambil itu, dia memerhati ke arah 2 maknae itu yang mulai hilang di sebalik lorong.

Jangan risau gais, diorang bukan hantu. Diorang balik homestay je hshshshsh.

"Hello? Aku dah jumpa diorang"

"Ye, rasanya diorang lah yang 'dia' cari"

"Hah? Erm.. Rasanya, member dia yang lain tak tau rasanya. Sebab diorang bertiga suruh rahsiakan"

"Ye, mungkin dia akan bagitau jugak nanti kat diorang"

"Baiklah. Ye, Tuan. Terima kasih Tuan"

Dia terus meletakkan panggilan lalu beredar dari kawasan tersebut.

Seventeen In Action!! [TXT ft. SVT] [Discontinued]Where stories live. Discover now