07

41 11 1
                                    

Klek!

"OH SHI-" Jihoon melompat kecil ditempat ia berdiri kerana terkejut dengan kehadiran Hoshi secara mengejut dibilik tidurnya.

Ia mengelus dada perlahan "Kau ni! Nasib aku tak ada sakit jantung, kalau ada dah lama mati!." 

Hoshi melompat naik keatas meja belajar Jihoon lalu berbaring disitu "Wrurr~"

Jihoon poker face lalu meletakkan beg sandang nya diatas katil "Duduk situ diam-diam, aku nak mandi."

Jihoon mengambil tuala yang berada dikerusi belajar lalu masuk kedalam bilik air.

Hoshi memandang kearah pintu bilik air yang menjadi tempat terakhir ia melihat Jihoon. Hoshi berniat untuk turun kebawah dan keluar dari bilik namun terbantut "HOSHI! KAU JANGAN NAK PERGI MANA-MANA EK, NANTI HILANG SUSAH AKU NAK JAWAB DEKAT BAPAK KAU YANG DUA EKOR TU!" Jerit Jihoon dari dalam bilik air.

"WUARGH!"

"MACAM MANA DIA BOLEH HILANG!" Ketiga-tiga anak buah kepada perempuan tua itu menunduk. Tak berani menatap si boss yang sedang marah.

"S-saya tak tahu boss! Yang saya pasti saya dah kunci rapat-rapat pintu sangkar!" Sahut seorang perempuan bersurai coklat panjang.

Perempuan tua itu mencerlung tajam kearah perempuan bersurai coklat "Kau pasti yang kau dah kunci bagi rapat pintu sangkar tu?" Perempuan bersurai coklat itu menganguk laju. Ia masih lagi menatap kearah lantai.

Perempuan tua itu terkekeh perlahan.

BAM!

"KALAU KAU KUNCI BAGI RAPAT SI TAK GUNA TU TAK AKAN DAPAT LARI DARI SITU BODOH!"

"M-maaf boss! Tapi memang betul apa yang Mellin cakap tu, saya siap pasangkan kunci selit!" Perempuan bersurai coklat yang bernama Mellin itu memandang kearah lelaki bersurai coklat kehitaman dengan tatapan terharu.

Perempuan tua itu mengusap wajah nya kasar. Rasa nyeri di telapak tangan yang baru sahaja ia gunakan untuk menepuk meja dengan kuat ia endahkan.

Rasa sakit hati yang patut ia pedulikan sekarang ini "Aku nak korang bertiga dengan yang lain cari si tak guna tu sampai dapat! Aku tak kira, sama ada dia datang dengan bernyawa atau TIDAK!"

Mellin bersama kedua lelaki yang lain menganguk faham. Mereka bertiga segera keluar dari ruangan kerja milik perempuan tua.

Perempuan tua itu menghempaskan diri diatas kerusi lalu mengadap kearah syiling dinding "Tak guna!"

Setelah beberapa minit ia keluar dari bilik air sambil mengelap rambut dengan tuala kecil berwarna biru laut. Ia memandang kearah meja belajar yang berada tepat disebelah bilik air.

Tiada Hoshi disitu. Jihoon mendengus kecil "Aku dah cakap jangan pergi mana-mana, dia pergi juga!"

"Rawrreu!" Jihoon menoleh kebelakang. Hoshi berada diatas katilnya sedang bermain phone milik Jihoon "Heh! Kau buat apa dengan telefon aku!"

Hoshi memberi side eyes kepada Jihoon lalu menolak phone itu mendekati Jihoon.

Ah, Hoshi tengok YouTube rupanya.

Kejap. Macam mana dia boleh buka YouTube!

"Hey! Kenapa kau cerdik sangat, kau tahu ke YouTube ni apa?" Hoshi menganguk "Grurr wrurr grruureuu!"

"Aku tak faham lah kentot!" Hoshi menunjukkan taring gigi nya tanda tidak suka dengan nama panggilan yang Jihoon berikan pada nya. Bukannya takut, Jihoon malah mengejek Hoshi dengan menunjukkan gigi taring nya juga.

HYBRID TERSESAT:Season OneWhere stories live. Discover now