03

50 11 4
                                    


Seungcheol tersengih lalu mengaru tengkuk bahagian belakang nya dengan tidak bersalah. Jisoo mengetap gigi. Ini sudah masuk kali ketiga puluh Seungcheol tendang pintu rumah dia! Ini tak termasuk sekali dengan ahli rumah yang lain.

Jisoo bangun dari duduk "Tak boleh buka pintu elok-elok ke! Nanti rosak duit aku juga yang hangus."

"Alah josh, aku tak sengaja, sorry." Seungcheol memuncung kan bibir nya lalu menguis lantai menggunakan hujung kaki.

Seperti seorang anak yang baru sahaja dimarahi oleh sang ibu kerana berbuat salah. Jisoo menghela nafas "Nasib sayang, kalau tidak dah lama aku campak masuk dalam hutan belakang." Seungcheol tersengih.

"Barang dapur mana?" Tanya Jihoon, Seungcheol menunjuk kearah luar, lebih tepatnya kearah kereta "Ada dalam bonet kereta, pergilah ambil, aku nak naik atas sekejap."

Seungcheol naik ketingkat dua berniat untuk membersihkan diri yang agak melekit akibat peluh.

"Seok, jom tolong aku." Mingyu menarik tangan Seokmin. Seokmin hanya pasrah lalu mengikuti langkah kaki Mingyu keluar rumah menuju ke kereta Seungcheol.

"Eh, cheol. Balik dah?" Seungcheol membuat muka toya "Tanya soalan biarlah bagi logik sikit han, dah nampak aku tengah berdiri dekat sini maksudnya aku dah balik lah."

Jeonghan tersenyum canggung "Saja tanya sebab aku tak ada idea nak tanya apa."

"Jangan tanya." Seungcheol terus masuk kedalam bilik setelah berkata begitu. Jeonghan mengerutkan dahi "Pms ke unta ni."

Jeonghan menggeleng kepala lalu turun ketingkat bawah "Minghao mana?" Seokmin yang sedang berjalan melepasi Jeonghan hanya menggeleng kepala.

"Tak tahu, tadi yang masuk Seungcheol sorang je." Balas Jisoo.

Jeonghan menganguk faham.

"Seungkwan, Hansol dengan Chan? Mana?" Jisoo mengedik bahu "Seungkwan baru tadi aku nampak sebab dia tengok tv sekali dengan aku, Jihoon, Seokmin, kalau Hansol dengan Chan memang aku tak dapat batang hidung diorang."

Jeonghan sekedar menganguk faham lalu berjalan menuju ke dapur terdapat Mingyu yang sedang memotong bawang merah dan Seokmin yang dipaksa oleh Mingyu untuk membasuh pinggan mangkuk yang penuh didalam sinki.

Kesian Seokmin HAHAHHAGAGA!

"Kau nak masak apa gyu?" Mingyu menoleh kearah Jeonghan sekilas lalu kembali memotong bawang "Nak masak sup ayam berempah."

Jeonghan mengerut dahi "Ada ke siap ayam berempah? Kau jangan pelik-pelik gyu, aku lapar ni. Kang aku makan kau satgi naya je."

Fikiran Seokmin melayang kearah yang tak sepatutnya. Dengan cepat-cepat Seokmin menggeleng kepala bagi menghilang fikiran pelik yang hinggap diotak.

Mingyu memandang kearah Seokmin dan dalam masa yang sama Seokmin memandang kearah Mingyu. Mereka saling memandangi "Kau jangan nak fikir bukan-bukan ek!" Seokmin tersengih.

"Tak sengaja bro."

Mingyu menggeleng kepala perlahan lalu memandang kearah Jeonghan yang masih lagi dalam keadaan mengerutkan dahi "Betul lah, resepi baru aku belajar dekat internet tadi. Nampak macam sedap sebab tu aku try."

Jeonghan menganguk faham "Kalau macam tu buat elok-elok, fail nanti order go food lah jawabnya." Jeonghan berjalan menjauhi area dapur.

Seokmin sudah menyelesaikan acara basuh pinggan berlambak "Kau nak aku tolong apa-apa lagi tak?" Mingyu menggeleng "Kau pergilah rehat dulu, dah siap nanti aku panggil semua datang makan." Seokmin menganguk lalu berjalan pergi.

"Kami balik ~" Riang seorang lelaki termuda di sebongs. Semua orang yang berada diruang tamu memandang kearah maknae line dengan tatapan tajam.

Seungkwan mengaru tengkuk yang tidak gatal "Kenapa pandang kitaorang macam tu?" Tanya seorang lelaki berdarah campuran amerika.

"Korang pergi mana? Nak dekat senja baru balik." Tanya Jisoo yang berada diatas sofa "Kitaorang pergi cafe tadi, melepak." Balas lelaki termuda, santai.

Mereka yang lain kecuali maknae line menggeleng kepala.

"Sudahlah. Chan, Vernon, Seungkwan pergi naik atas lepastu mandi. Bau macam baru keluar dari loji kumbahan." Arah Jeonghan yang terselit tuduhan disitu.

Para maknae menganguk lalu naik ke tingkat atas masuk kebilik masing-masing untuk membersihkan diri.

Setelah empat puluh minit Mingyu berperang didapur. Akhirnya siap juga "MANUSIA WOI! MAKAN JOM!!"

Dengan cepat kesemua ahli sebongs kecuali Minghao sudah ada di meja makan. Junhui mengerutkan dahi lalu memandang sekeliling "Mana Minghao?"

Mereka semua mengedik bahu lalu memandang kearah Seungcheol dengan maksud wajah -Mana-minghao?-

Seungcheol yang dipandang itu mengeluh perlahan "Dia pergi beli barang untuk haiwan peliharaan kita nanti."

Mereka semua membuat wajah bingung. Ada juga yang membuat wajah judge "Haiwan peliharaan kita? Helep sikit ek, haiwan peliharaan hyung dengan Minghao je bukannya kita semua." Kata Jihoon sambil menekan kata kita. Yang lain menganguk setuju.

Seungcheol mendelik tidak suka kearah Jihoon "Dah haiwan tu serumah dengan korang mestilah itu jadi haiwan peliharaan korang juga."

Jihoon ingin membalas kata Seungcheol tapi dipotong oleh Wonwoo "Haiwan apa yang kita nak bela tu?"

Seungcheol tersenyum kecil "Cuba lah teka sendiri."

"Ha sudah, buka kuis fasal haiwan pula dah." Kata Chan pada Vernon. Vernon menganguk menanggapi kata Chan.

"Kucing?" Teka Junhui. Seungcheol menggeleng "Salah."

"Hamster?"

"Salah."

"Anjing?"

"Salah."

"Kura-kura?"

"Salah."

"Gajah?" Kesemua atensi pandangan tertuju kearah Seokmin yang meneka menggunakan haiwan gajah.

"Kau jangan bengap sangat boleh tak, agak-agaklah aku nak bawa gajah sekor bawa balik." Seokmin tersengih tidak bersalah "Mana tahu otak hyung masuk air longkang sebab tu nak bela gajah."

Mereka semua face palm "Hyung yang masuk air sekarang ni." Kata Seungkwan lalu memakan makanan nya yang sedari tadi dibiarkan tidak terusik.

Brak!

Jisoo mengeluh perlahan "Tercabut lagi lah pintu rumah aku." Gumam Jisoo perlahan lalu menyuap segulung telur kedalam mulut dengan agresif.

"EM KAMBEK!"














855
Re-edit








HYBRID TERSESAT:Season OneWhere stories live. Discover now