Permulaan: Si comot

71 6 1
                                    

─── ⋆⋅☆⋅⋆ ──⛧°。 ⋆༺🌕༻⋆。 °⛧─── ⋆⋅☆⋅⋆ ──

6.30 a.m

ALLAHU AKBAR ALLAHU AKBAR, ALLAHU AKBAR ALLAHU AKBAR.
ASY-HADU ALLA ILAHA ILLALLAH, ASY-HADU ALLA ILAHA ILLALLAH.
ASY-HADU ANNA MUHAMMADAR RASULULLAH, ASY-HADU ANNA MUHAMMADAR RASULULLAH.
HAIYA 'ALAL-SALAH, HAIYA 'ALAL-SALAH.
HAIYA 'ALAL-FALAH, HAIYA 'ALAL-FALAH.
ALLAHU AKBAR, ALLAHU AKBAR.
LA-ILAHA ILLALLAH....

Berkumandang nya azan subuh, Dimana segenap umat-umat islam bangun dari mimpi mereka untuk menunaikan solat fardhu. Kewajiban yang dipikul, yang harus dilaksanakan atas amanah Nabi Tercinta kepada umat-umatnya.

Seperti biasa, aku bangun dari katilku, Mencapai peralatan mandi lalu berusul ke bilik air. Sehabis saja menyelesaikan Mandian , aku menunaikan solat subuh seorang diri.

"assalammualaikum waramatuallah, x2"

Selepas khusyuk berdoa, aku merapikan tempat tidurku. Membuka tombol pintu bilik dan mendapati ruang rumah ku masih gelap gelita sama seperti keadaan hari semalam. Tiada kesan peninggalan sesiapun, Makanan yang tidak diusik, lantai bilik air yang kering sekeringnya.

"Masih tak balik?" ujar hatiku.

ya. Ibu bapa ku masih belum pulang dari kerja. Abang-abang masih buat hal masing-masing. Dan kakak masih seronok berfoya-foya dengan teman hidup. Ya, jujur hati ku berkata,

"aku cemburu"

cemburu dengan kehidupan adik beradik ku yang tidak perlu menanggung tanggungjawab orang lain.

Inikan takdir seorang anak bongsu....

Tidak seperti bayangan masyarakat yang lain,
"Anak bongsu je
dimanjakan,"
"apa nak semua dapat,"
"anak emas,"
"anak kesayangan,"
"permata,"
"intan,"
"berlian,"

Tidak.
Tidak seperti apa yang dibayangkan. Hakiktatnya inilah kehidupan anak bongsu.
Ditinggalkan,
dipinggirkan,
dilupakan,

Bukan auta, tapi fakta.

"jangan keluar"
"jangan nak bercinta"
"jangan nak sibuk dengan telefon"
"pergi belajar"
"pergi kemas rumah"
"pergi tidur"
"pergi masuk bilik"

JANGAN JANGAN JANGAN
PERGI PERGI PERGI

itu sajalah perkataan yang aku dengar sejak aku kecil. diarah, disuruh, dititah.
Bagai kerbau yang dicucuk hidungnya.

Apa kami tidak punya hak? Hak untuk membela diri? kebebasan diri ini? Bukannya kami minta untuk pergi menjadi bohsia atau berfoya-foya dengan jantan? Kami minta untuk tentukan keputusan hidup kami! DAN TIDAK DIBANDINGKAN.

"cuba jadi macam kakak abang, elok result exam. Ni kamu haux. Macam apa je, kecewa lah ibu ayah"

"jangan degil, ikut sikit perngai akak abang aku"

"tengok sepupu kamu, dah degree. kamu? apa ada?"

Bila kami melawan, kata derhaka.
bila kami tengking, kata derhaka
bila kami diam, kata derhaka
bila kami buat tak endah, kata derhaka
bila kami menegakkan kebenaran, kata derhaka

"kamu nak jadi anak derhaka ke?"

"Maaf."

Satu satunya perkataan yang kami ketahui.
Maaf.

SEPANJANG 'hayyat' BULANWhere stories live. Discover now