─── ⋆⋅☆⋅⋆ ──⛧°。 ⋆༺🌕༻⋆。 °⛧─── ⋆⋅☆⋅⋆ ──
"Okay semua.. Minggu depan,tugasan berkumpulan ni kena present ye.. Siapa yang takde kumpulan tu, emm bukan masalah saya.. Pandai-pandai lah awak cari ye?" Kata Cikgu Fatin
"Baik cikgu !! "
Tugasan berkumpulan? Satu perkara yang paling aku benci. Sebab aku tahu, takkan ada siapa yang akan pilih aku untuk masuk ke dalam kumpulan mereka..
Aku menyandarkan kepala di atas meja. Tiada guna aku memikirkan tugasan ini.. Mungkin pada hari presentation aku tak payah datang.. Selalunya begitu. Aku akan memberi seribu satu alasan kepada cikgu sekiranya ade tugasan berkumpulan..
"huh.. cepatlah.. nak balik.." bisik hatiku.
TOK TOK TOK meja ku diketuk. Segera kepala yang ditunduk dianagkat.
Aliyah, Rakan sekelas ku.. Dah kenapa dia ni? bukan ke dialah yang paling benci tengok aku berkepit dengan fakhri?
"hm?"
"bulan, kau group aku.." kata Aliyah
"hmm? serious la? "
"hm.. nanti aku ws kau detail.."
"kau.. kau ade nombor aku?"
"hmm" aliyah mengangguk lalu beredar.
Aku tersenyum kecil.. Pertama kali aku berinteraksi dengan mereka selepas apa yang telah terjadi.. Sedikit perasaan gembira mula timbul..
─── ⋆⋅☆⋅⋆ ──⛧°。 ⋆༺🌕༻⋆。 °⛧─── ⋆⋅☆⋅⋆ ──
Aku berjalan-jalan di korridor sekolah mengambil angin ketika waktu rehat. Nak makan? hmm dekat kantin semuanya berkelompok, kroni lah orang kata.. Kadang-kadang aku rasa segan pula bila meja panjang kantin itu hanya aku makan berseorangan. Nampaknya, aku benar-benar jijik di mata mereka semua..
"eh bulan.." Tegur faris. Rakan sekelas Fakhri. senior..
"hm?"
"Betullah bulan ardiana ek?" katanya
"ye.."
"I see.."
aku ingin mengabaikannya lalu meneruskan langkah, namun tangan aku segera dicapai faris
Aku menepis .
"Sorry sorry.. Aku tk sengaja .." jelasnya
"sorang?" Tanya faris lagi
aku mengangguk..
"aku nak tanya ah.."
"tanya apa? Straight to the point boleh?!"
"oky oky, sorry sorry" Faris tersengih.
"kau dengan fakhri...." belum sempat dia ingin menghabiskan ayatnya, aku telah pon memotong.
"TAK! kitaorg tkde apa--apa.. cuma kawan" jelasku
"hahaha i see.." Faris tersengih.
"kenapa?"
"actually.. aku-"
"Wei Faris! Kau buat apa dengan perempuan ni ? " tegur rakan-rakannya yang tiba - tiba muncul entah dari mana..
" eh tak de ape.. tadi dia yang tegur aku borak sikit.. eh Bulan , aku gerak lu..nnti aku roger balik" jelas faris sambil menarik rakan-rakannya.
"bye fake !" jerit kawan faris sambil ketawa
aku hanya tergamam. Masih ingin proses apa yang baru sahaja terjadi tadi.
"mende siak.."
.......
YOU ARE READING
SEPANJANG 'hayyat' BULAN
RomanceBerat Hembusan nafas Ku kali ini. Apakah Benar-benar ini pengakhiran Hidup? Apakah Ini Yang dimaksudkan "Jasad tapi tidak bernyawa" ? Aku Bulan Dan ini kisah ku. - "Sepanjang hidup saya, Saya tak pernah rasa sesuatu. Sesuatu yang akhirnya isi kek...