Hayyat

26 4 0
                                    

─── ⋆⋅☆⋅⋆ ──⛧°。 ⋆༺🌕༻⋆。 °⛧─── ⋆⋅☆⋅⋆ ──
"ikmal! kamu keluar dari belakang !! Kamu lari sekarang ikmal!!!" Jerit Puan Sarah.. Dia mengambil pisau yang baru sahaja dicampak ikmal.. Dipegangnya dengan erat..

"Ib..ibu.." Ikmal terkebil-kebil.. Puan Sarah mengambil tangan ikmal yang dipenuhi darah, lalu letakkan pada bajunya..

"IBU CAKAP LARI! KAMU PERGI SEKARANG.. Ikhwan!! SURUH ALONG KAMU PERGI SEKARANG!!!" Jerit Puan Sarah sambil memegang-megang kearah mayat Tuan daud.. Darahnya jugak diletakkan merata pada tubuh dirinya sendiri..

"IKMAL!!! IBU CAKAP PERGI!!!" Jerit Puan Sarah..

Ikmal terkebil-kebil melarikan diri dari pintu belakang..

"ibu.. Ibu buat apa ni.." Ikhwan mendekati Ibunya

"Jangan dekat!! Jangan dekat!!" Puan Sarah menghayun-hayunkan pisaunya..Tiba-tiba matanya terlihat ke arah bulan yang sudah jatuh terduduk..

"Bulan.." Bisik Puan Sarah..

"Ibu... " Bulan berlari memeluk ibunya..

"Maafkan ibu bulan.. Ibu banyak sisihkan bulan.. Ikhwan.. Tolong jaga adik kamu ye.. Jangan biarkan dia menderita .."

Ikhwan dengan laju menyertai pelukan itu. Mereka bertiga berpelukkan erat..

"Ibu sayang anak anak ibu.. Maafkan ibu kalau ibu tak sempurna.. Tapi ibu nak korang tahu, Ibu sanggup berkorban segala-galanya untuk korang.. Mak mana yang tak sayang anak? Dunia pon sanggup ibu terbalik demi korang semua.."

Tangisan mereka menguasai ruang itu..

"Ibu.. Bulan taknak .. Bulan taknak tengok ibu macam ni.."

"Ikhwan..Jaga adik.." Puan Sarah menolak mereka berdua ke tepi.

BOOM!! Polis merempuh pintu rumah

"JANGAN BERGERAK! KAMI POLIS!!"

Pisau yang dipegang puan Sarah di jatuhkan. Dia dengan relanya melutut, lalu digari..

2 anggota polis wanita membawa Puan Sarah keluar dari kawasan rumah sambil digari..

"Ibu!! IBUUUUGHHHH!!!" Jerit bulan sambil mengejar ibunya yang dibawa masuk ke dalam kereta polis..

"Ibu!!! IBU!!!" Jerit bulan. Tubuhnya dihalang ikhwan. Dia memegang erat lengan adiknya itu.. Air mata jantannya turut mengalir..

Mayat Tuan daud dibawa keluar. Dia disahkan telah meninggal dunia.. Juwita yang masih terkejut turut berada di bawah.. Dirinya masih kaku melihat kejadian yang cukup mengimbau pada masa lalu. Di saat ibunya meninggal dunia ..

"Ikhwan.. jaga adik.. Bulan.. Jaga diri.. Maafkan ibu ye.." Kata-kata terakhir Puan Sarah sebelum kereta polis bergerak meninggalkan mereka..

─── ⋆⋅☆⋅⋆ ──⛧°。 ⋆༺🌕༻⋆。 °⛧─── ⋆⋅☆⋅⋆ ──

"MAMA!!!" Jerit fakhri!

"Kenapa ?! Kenapa?!" Puan qistina terkejut melihat anaknya berlari turun dari tangga

"Orang nampak kereta polis! Depan rumah Bulan! Mama jom tengok ma!" Tergesa-gesa fakhri mengajak mamanya

"Pergi dulu fakhri! Mama pakai tudung dulu!"

"Okay ma!" Fakhri berlari laju keluar dari rumah banglo itu.

Kakinya berlari laju ke arah rumah bulan, Sampai sahaja di situ dia melihat kereta polis sudah bergerak. Matanya mencari di mana bulan

"bulan...Mana bulan.." Orang ramai yang berkumpul di situ menghalang pandangan nya.

Tiba-tiba matanya terlihat ke arah Mayat Tuan daud yang dimasukkan ke dalam beg forensik.
"Ya allah.." Ucapnya

SEPANJANG 'hayyat' BULANWhere stories live. Discover now