Buli?

17 2 0
                                    

─── ⋆⋅☆⋅⋆ ──⛧°。 ⋆༺🌕༻⋆。 °⛧─── ⋆⋅☆⋅⋆ ──

Selepas bersiar-bersiar di seluruh kawasan kolej bersama Kak Wati, Hayyat kembali ke biliknya untuk mengemas apa yang patut. Baju disusun di dalam locker, katil di kemaskan serta meja belajar dirapikan.

Hayyat melabuhkan punggungnya di atas katil.
"Patah-patah dah badan aku ni" Kata hayyat sambil meregangkan otot badannya

BOOM!

"Allahuakakhbar" Pintu bilik yang dibuka kuat itu hampir membuatkan hayyat diserang sakit jantung.

"Eh?"  seorang lelaki berdiri tegak di hadapan pintu mempersoalkan keberadaan hayyat

"Eh eh budak baru" Kata  lelaki itu sambil meletakkan 2 beg plastik Di tepi pintu.

"Er.. Assalammualaikum.." Serta merta hayyat bangun dari duduknya untuk menyambut lelaki itu.

"Waalaikummussalam.. Student baru ke?" Tanya lelaki itu

Hayyat mengangguk.

"Oh maaflah, tadi aku dengan yang lain keluar beli barang sikit"

"Eh takpe.." Balas hayyat

"Nama aku Farhan Fikri , boleh panggil paan.."  paan menghulurkan tangannya untuk bersalaman. Hayyat serta merta menyambutnya.

"Ha Anep! Ni budak baru masuk. Hayyat, Ni hanif. kau panggil je dia anep" Paan menunjuk ke arah anep yang baru sahaja kembali ke bilik membawa 2 lagi bungkusan plastik.

"Kau?" Tanya anep

"Hayyat. Hayyat Danial. Panggil Yatt je" Hayyat tersenyum.

"bilik ni ade lagi sorang, nama dia bob. Dia pergi jogging tu tak balik lagi. Katanya nak fit, nak hilangkan boroi dia tu" kata paan sambil menyusun barang-barang di bawah katil.

"Dia boroi , tapi bicep dia lagi besar dari kau" Anep membalas.

"toh" Paan menjeling

"Jadi, kau ambil kos yang sama lah kan dengan kitaorang?" Balas Anep

"Haah..DPI kan?" Tanya hayyat

"Ha betul lah tu. Lambat gak eh kau masuk.. Kelas pon dah 4 minggu start" 

'Diploma in Policing And Investigation'

Keputusan dratis dari hayyat untuk menyambung pelajaran di bidang ini. Bagi hayyat, ini bukan impian yang ingin dikejar. Tapi ini matlamat dan juga misi untuknya. Semuanya masih lagi permulaan.

"Kat sini santai je yatt, aku rasa esok kalau kau masuk kelas, ramai ni nak berkepit dengan kau"  kata paan

"Batch kita banyak lelaki je bodo. Nak berkepit apanya" Balas anep

"Eh mangkuk, 5 ketul perempuan dalam kelas tu kategori apa? Pondan? "

"oh.. Si Jane semua tu ke" kata anep

"Ye lah bodo"

"Tapi Yatt. Kalau kau stay je dengan kitaorang, everything will be okay"

Hayyat membalas dengan senyuman.

"Kat sini  satu je, kalau nampak si fauzi tu, lari.. Orang tua tu angin dia baran 24 jam" jelas paan sambil mengunyah biskut kering yang baru dibeli sebentar tadi

"Fauzi?" kening Hayyat terangkat sedikit.

"Tengku Fauzi Lee. Nama kolej ni pon nama dia, takkan tak kenal kot?" paan tersengih.

'Tengku Fauzi Lee. Pemilik TFL College. Tempat dimana hayyat menyambungkan pelajarannya sekarang. Lelaki yang berumur 45 tahun itu merupakan usahawan terkemuka di malaysia. Statusnya sebagai Cina Mualaf juga meraih perhatian ramai orang. Orangnya bersikap dingin dan tidak ramah sama sekali. Mana-mana student yang bertembung dengannya di kolej pasti akan di berikan jelingan maut.

SEPANJANG 'hayyat' BULANWhere stories live. Discover now