─── ⋆⋅☆⋅⋆ ──⛧°。 ⋆༺🌕༻⋆。 °⛧─── ⋆⋅☆⋅⋆ ──
"Wey! Kau nampak apa aku nampak tadi??" Bisik suara suara di dalam sekolah selepas melihat aku dan fakhri keluar dari kereta yang sama.
"Omg... Perempuan tu dah makin miang beb"
"Tak malunya..."
"Pagi tadi Bulan datang dengan fakhri.."
Suara suara tentang gossip aku dan fakhri semakin menjadi-jadi. Satu-satu masalah datang , Otak aku ni ade satu je, bukannya semua boleh aku selesaikan harini jugak !
"Sudah bulan.. Kau focus nak present kejap lagi ni.." bisik aku sambil Mempersiapkan laptop untuk presentation sekejap lagi di atas meja.
"Bulan!"
POOM
Meja dihempas dengan dua telapak tangan Aliyah.
"ye ye" balas ku
"Mana bahan bahan?"
"Err hard copy takde.. Semuanya soft copy, ada dalam slide.."
"WHAT?! aku cakap kena ada hard copy kan!! Baru lah nampak macam kita ni budak pandai! ish tak boleh pakai lah kau ni.." Balas aliyah
"T..tapi" aliyah merampas kembali laptop yang berada di atas meja..
~
"Baiklah.. Terima kasih Kumpulan Jebat.. Seterusnya , kumpulan Aliyah .. Sila ke hadapan" Kata cikgu Fatin
Baru sahaja aku ingin bangun daripada tempat duduk, bahu dipegang oleh aliyah, lalu dia berbisik
"Kau takyah present. Kau duduk" Kata aliyah bersama teman-temanya yang terus kehadapan kelas tanpa ku.
"Bulan? Awak bukan group ni ke?" Kata cikgu fatin
"Cikgu!!Bulan tak sihat. Takpe kitaorang okay je kalau dia nak excuse diri dia.." kata aliyah
"T..Ta"
"Ha ! Cikgu! Lagipun dia ade je tolong buat slide ni sikit sikit.." Balas Farisha, rakan aliyah
"Tapi markah awak akan ditolak ye Bulan..Cikgu okay je kalau awak taknak present.."
"Tapi.. Say-" Belum sempat aku ingin berkata-kata, aliyah telah memulakan presentation tanpa memberi peluang kepada ku..
Not fair... bisik hatiku..
~
"Goodjob Aliyah and the team!" Kata cikgu fatin diiringi tepukan daripada kelas yang lain..
"I like this topic.. Mysterious Racer From Malaysia.. Cikgu pernah dengan tentang dia ni.." Jelas cikgu fatin
"Ye.. Sebelum dia hiatus, HYDN ni memang idola saya cikgu.." Balas Aliyah
"Great job, Cikgu akan beri bonus mark kepada ahli kumpulan awak.. Kecuali Bulan.. " Kata cikgu fatin
"Kenapa?!" Aku mempersoalkannya..
"Sebab awak tak present bulan. Cikgu tak boleh nak bagi markah ini kepada awak. Cukup markah basic dimana awak juga bantu aliyah dan yang lain-lain.."
"TAPI CIKGU, slide ni saya yan-"
"OOHHKAY! Cikgu terima kasih.. Kami duduk dulu ye" Sekali lagi aku dipotong oleh Aliyah..
─── ⋆⋅☆⋅⋆ ──⛧°。 ⋆༺🌕༻⋆。 °⛧─── ⋆⋅☆⋅⋆ ──
Kepala dibaringkan di atas meja kantin.. Tiada selera untukku makan selepas kejadian tadi. Aku benar-benar dikecewakan sekali lagi..
"Tak sangka...Aliyah buat aku mcm ni.." Bisikku
YOU ARE READING
SEPANJANG 'hayyat' BULAN
RomanceBerat Hembusan nafas Ku kali ini. Apakah Benar-benar ini pengakhiran Hidup? Apakah Ini Yang dimaksudkan "Jasad tapi tidak bernyawa" ? Aku Bulan Dan ini kisah ku. - "Sepanjang hidup saya, Saya tak pernah rasa sesuatu. Sesuatu yang akhirnya isi kek...