─── ⋆⋅☆⋅⋆ ──⛧°。 ⋆༺🌕༻⋆。 °⛧─── ⋆⋅☆⋅⋆ ──
"Siapa cakap saya malu?" Kata Puan Qistina yang baru sahaja sampai dan muncul di pejabat.
"Mama.."
"Puan.." Pengetua segera bangun lalu menghulurkan salaman kepada puan Qistina
"Bagus semua dah ada kat sini. Saya nak proceed saman" Kata Puan Anis
"Saman? apa maksud you?" Puan Qistina mengambil tempat duduknya di sebelah fakhri.
"Saman lah! Anak i kena buli ! Bukan kena jentik tau, tapi BULI. Kalau ada apa-apa jadi kat Aliyah ni macam mana ? Macam mana dengan masa depan anak i kalau dia cedera parah? ini nasib baik luka je.. Kalau patah?" Puan Anis membalas.
"Apa yang terjadi sebenarnya, Saya nak tahu cerita yang sebenar-benarnya. Jangan ada sebarang rahsia antara kita semua kat sini" Pinta Pengetua kepada semua yang terlibat. Dia tidak mahulah hanya disebabkan hal ini, reputasi sekolah akan menurun. Majoriti pelajar di sini berasal daripada keluarga kaya raya dan hebat-hebat berlaka.
"sebenarnya, saya dah nak balik.. tapi Bulan panggil saya untuk berjumpa di belakang sekolah. Saya tak tahu dia nak apa. Tapi tiba-tiba dia marah sebab semua orang tak suka dia dan lebih suka saya. Dia jugak marah sebab saya rapat dengan fakhri.. Lepa-lepastu.. err" Aliyah hilang kata-katanya.
"lepastu apa aliyah?" Fakhri memotong. Hati lelaki itu sedang dipenuhi amarah. Ikutkan hatinya, dia ingin menampar wajah Aliyah dengan sangat kuat. Tetapi dia masih mempunyai keimanan di dalam dirinya. Dia tidak mahu bersikap kebudak-budakan dan memalukan Mamanya.
"Lepastu.. dia pukul saya, tolak saya.. saya cuba nak lawan tapi masa tu fakhri datang dan hentikan semuanya. Saya nak berterima kasih dekat fakhri sebab selamatkan saya. Tapi lain pula jadi bila dia tiba-tiba marah dan sangka saya yang buli Bulan." Jelas Aliyah lagi.
"HA! Semua dah dengar kan? Kita jumpa dekat mahkamah."
"Sayang..Sabar!" Tuan Farid cuba menenangkan isterinya.
"I sangka kan Aliyah yang bersalah sebab bersikap sebegini. Lepas datang dan tengok sendiri di pejabat ni baru i tahu, Aliyah tak salah. Tapi ibu bapa dia yang salah mendidik." Balas puan Qistina. Kata-kata itu cukup memanaskan lagi situasi.
"Kurang ajar" Kata Puan Anis
"Tuan..Puan.. Diminta bersabar dan jangan keruhkan lagi keaadan.. benda ni takkan selesai kalau semua asyik nak bergaduh dan berlawan mulut." kata pengetua.
"Cukup dengan semua drama ni, Puan Pengetua. i dah bosan dan cukup muak nak layan. i memang sebenarnya nak datang ke sini tanpa perlu dipanggil . i jugak nak buat aduan atas Kes buli kepada anak i . Bulan Ardiana. " Kata Puan Qistina
"Pfft Anak.. Mana Ibu bapa si budak bulan tu? Sampai nak suruh orang lain jadi mak dia pulak..Bulan mana? kenapa tak datang sekolah? Malu dan takut lepas dah buat salah?" Perli Puan Anis
"Apa salahnya i nak jadi mak dia? Lagipun sekarang memang Bulan duduk dengan i dan berada di bawah jagaan i. I taknak buat buang masa! Straight forward, Bulan sekarang tengah dirawat di Hospital."
"Betul pengetua. Saya ada dekat sini pun bukan dengan tangan kosong.. Sebenarnya apa yang Aliyah ceritakan semuanya tak betul. Bulan dibuli dan dipukul oleh Aliyah dan Farisha. Bukan itu sahaja , diaorang jugak telah melemparkan telur kepada Bulan serta mengugut Bulan." Jelas Fakhri
"Kalau Pengetua tak percaya, tanya cikgu Razak. Dia saksi , saya dukung Bulan yang sedang pengsan semalam untuk dibawa ke hospital. Bukan dia saja, saya pasti ramai pelajar yang belum balik semalam pun nampak kejadain tu,"
YOU ARE READING
SEPANJANG 'hayyat' BULAN
RomanceBerat Hembusan nafas Ku kali ini. Apakah Benar-benar ini pengakhiran Hidup? Apakah Ini Yang dimaksudkan "Jasad tapi tidak bernyawa" ? Aku Bulan Dan ini kisah ku. - "Sepanjang hidup saya, Saya tak pernah rasa sesuatu. Sesuatu yang akhirnya isi kek...