─── ⋆⋅☆⋅⋆ ──⛧°。 ⋆༺🌕༻⋆。 °⛧─── ⋆⋅☆⋅⋆ ──"Hah? Kau kat cafe mana?" Tanya fakhri di dalam panggilan
"adelahh cafe viral area sini sini" Balas ku sambil mengepitkan telefon bimbit di antara bahu dan telinga
"Sorang?!" Jerit fakhri
"Jangan jeritlah.. Pekak telinga aku ni.. ye sorang.. Macam tak biasa.."
"Bahayalah Bulan..." Balas fakhri
"Rilex ah, aku dah selalu sorang-sorang dah pun.."
"Itu kat sekolah! Bukan kat Luar! Ish bagi location sekrang"
"Ha? apa dia? tak dengar lah.. Line tk clear line tak clear.." Kata ku
"Wei bul-"
TETTTT!! Panggilan dimatikan..
Satu sekolah benci aku kerana sangka aku ni yang sibuk nak berkepit 24 jam dengan hero kesayangan diaorg ni.. Padahal Diaorg tak tahu, Fakhri ni yang terlalu sibuk nak berkepit dengan aku..
"ceh.. sibuk je nak location.. Bagilah aku self date sikit." Kata aku seorang diri sambil mengeluarkan peralatan-peralatan Belajar ku..
"cik nak order ap ye?" Tanya pelayan di situ
"Err apa best seller ye?" Tanya ku
"Oh kat sini best seller kami signature HD coffee resepi memang khas daripada boss kitaorang.. kalau makanan pulak pasta korlay.. "
"Pasta korlay?" tanyaku, udah binatang apa pulak tu..
"Pasta korea+ malay.. Rasa pedas and milky tapi still ade aroma masakan melayu.. Paling best seller kat sini" kata pelayan itu lagi..
"Okay lah kalau macam tu.. Bagi saya yang tu ye.. "
"Baik.."
Pelik.. Tapi menarik.. Agak agak apalah yang owner cafe ni fikir sampai boleh buat resepi macam tu.. one day, aku rasa, aku pun nak bukak cafe sendiri.. Lari jauh dari semua orang.. ade cafe sendiri.. Hidup sendiri..
~
"Sedap.." bisikku selepas menghabiskan pasta yang dinamakan korlay itu.. unik.. Boleh pergi jauh cafe ni..
KRING!!
Seorang lelaki berbadan tegap memasuki kedai itu. Dia berjalan terus ke arah dapur.. pekerja? atau mungkin dialah owner.. Kalau owner, mungkin aku boleh mintak kerja disini? Hahaha berangan je kau ni bulan..
"Okay! buat kerja bulan, jangan lalai" Kata aku sendirian..
Kembali kepada research tentang 'Hydn' ini.. Setakat ini apa yang sudah berjaya aku jumpa adalah,
Dia berasal dari malaysia, umur pulak kalau diikutkan , dia berhenti dari industri waktu berumur 17 tahun.. So kalau sekarang, dia tepat 18 tahun! Wow mudanya.. Bekerjaya.. Mungkin dia berhenti atas tujuan ingin sambung belajar? Boleh jadi teori ni..
Nama? Hydn.. Masih menjadi rahsia.. Tapi macam mana nak sebut nama dia ni? Hayden? Heyden? Hoydon? Hydn?
"Ish macam website je nama dia ni, http !"
Karrier nya sebagai pelumba motosikal terkenal bermula waktu dia masih berumur 16 tahun.. Muda muda dah berjaya. Tapi tak pelik, sebab zaman makin maju. Ramai je anak anak muda yang masih sekolah, telah pun berjaya sampai dapat mewakili negara.. Contohnya macam pasukan Selangor Red Giant yang menang Pertandingan Mobile legend haritu! Sampai masuk berita! Cool gila! Player diaorg jugak ade yang masih sekolah ataupun study.
YOU ARE READING
SEPANJANG 'hayyat' BULAN
RomanceBerat Hembusan nafas Ku kali ini. Apakah Benar-benar ini pengakhiran Hidup? Apakah Ini Yang dimaksudkan "Jasad tapi tidak bernyawa" ? Aku Bulan Dan ini kisah ku. - "Sepanjang hidup saya, Saya tak pernah rasa sesuatu. Sesuatu yang akhirnya isi kek...