Langgar

510 27 0
                                    

'Kringggg' jam penggera di sebelah katil berbunyi itu dimatikan oleh Batrisyia. Dilihatnya jarum jam itu sudah pukul 7.10 pagi. Dia segera bangun dan mencapai tuala lalu masuk ke bilik air dan bersiap untuk ke sekolah. Hari ini merupakan hari pertama di tahun baru.. ya dia merupakan pelajar tingkatan 5 dan ini adalah tahun akhirnya di sekolah elit.

"Mama, harini adik balik lewat ya.. ada training petang ni" katanya kepada Datin Elisa yang sedang menyediakan sarapan pagi di atas meja makan sambil menanti anaknya itu dan suaminya Datuk Kheir untuk duduk sarapan bersama.

"Baiklah anak mama kesayangan sorang ni, training tu training juga, ini tahun spm adik jangan abaikan pelajaran di kelas juga ya" jawab Datin Elisa sambil tersenyum memandang wajah anak tunggalnya itu. "mana papa kamu ni adik, tak turun lagi dari tadi". Berkerut dahinya kerana suaminya itu agak lambat turun ke bawah untuk sarapan dari sebelumnya.

Belum sempat Datin Elisa memanjat anak tangga untuk memanggil suaminya, Datuk Kheir berdehem sedikit sambil menuruni anak tangga "saya ada panggilan kerja tadi, tak sedar pula dah lambat". Datuk Kheir bersuara sambil memandang wajah isterinya yang jelita itu. Datuk Kheir merupakan CEO di syarikat K & E Holdings. Walaupun sudah berumur tetapi dia masih mengamalkan gaya hidup sihat sebab itulah wajah dan penampilannya masih tetap tampan seperti orang muda.

Mereka bertiga menjamu makanan di meja makan dengan senyap kerana dari awal Datuk Kheir sudah mengajar adab di meja makan. Tiada bicara ketika waktu makan. Ya Datuk Kheir seorang yang tegas tetapi penyayang terhadap keluarganya.

"Mama, Papa.. Adik pergi sekolah dulu ya". Aku menyalam tangan kedua orang tuanya sebelum menghidupkan enjin superbike kesayangannya Honda CBR150 pemberian papanya pada hari jadinya tahun lepas. Superbike itu laju meluncur di jalan raya menuju ke sekolah elit.

****************
Arianna Pov

"Arghhhhh dah lambat sangat ni, aduh ni semua gara-gara Dhea lah ni ajak layan netflix pula tengah malam haih" dia merungut kerana terlewat ke sekolah akibat ajakan teman rapatnya Dhea malam tadi untuk menemaninya menonton drama korea.

Dia yang sedang berlari anak ke pagar sekolah itu hampir dilanggar superbike bewarna hitam merah kilat yang tetiba mencelah masuk ke pagar membuatkan dia terjatuh terduduk. "Aduhhh sakitlah woiii bawak motor tu elok-eloklah!!". Dia merasa sangat marah pada penunggang superbike yang berhenti di depannya itu sambil cuba berdiri dan merenung tajam punca yang menyebabkan dia jatuh itu.

"Kau yang main lari je nak salahkan aku kenapa? Kau yang salah mata letak kat mana hah?!" penunggang itu bersuara tanpa rasa bersalah dah menyebabkan dia terjatuh pagi itu.Eh dia marah aku?? Ni tak boleh jadi ni.. dia bergumam dalam hati.

"Kau tu yang main celah je, sekarang nak cakap aku pula yang salah? Heyy kau ni memang sengaja nak cari gaduh kan!" Dia melulu dan terus buka visor helmet fullface milik penunggang superbike untuk melihat wajah yang menyebabkan paginya itu malang.

Oh jap, wow mata dia.... cantiknya mata dia. Mata yang berwarna hazel itu dan kulit putih wajah itu ditatap lama. Eh kejap, kenapa dengan jantung aku ni. Berdegup kencang pula jantung ni bila tengok mata dia. Walaupun hanya separuh saja wajah orang itu yang dapat dilihatnya sebab pakai helmet fullface. Tergamam dia disitu.

My Beautiful ArtistWhere stories live. Discover now