Batrisyia pov
"Cantik kan aku? Dah puas ke tengok muka aku yang cantik ni? Kalau dah, aku nak cau ni dah lambat. layan kau yang macam orang tak betul ni buang masa je" aku bersuara lepas melihat dia tak bersuara bila tengok mata aku yang cantik ni. Tetiba perasan cantik, eh tapi aku memang cantik pun walaupun tak pernah ada senyuman di bibirku sepanjang di sekolah ini. Lalu aku tinggalkan dia yang sedang 'blur' disitu.
Dari jauh aku dah nampak Thia dan Aliya yang sedang duduk dalam dewan perhimpunan tu. Laju kaki aku menuju ke mereka yang sedang melambai tangan ke arahku.
End pov
"Woi kau kenapa lambat Tris.. tak pernah kau lambat, ni hari pertama kau dah lambat masuk sekolah"kata Aliya kawan baik aku dari sekolah rendah lagi. Antara geng aku, dia ni lah yang paling manja sekali dengan aku. Apa-apa cerita mesti dia akan luahkan dekat aku. Dan dia juga merupakan salah seorang yang hot dalam sekolah ni, mana tidaknya, dengan mata dia yang hijau, rambut panjang paras bawah bahu dengan hujung rambutnya yang asli curl, kulit yang putih melepak, aktif dalam sukan dan pandai dalam semua subjek. Memang kesayangan cikgu dia ni. Ramai yang cuba nak pikat hati dia tapi aku pun tak tahu kenapa dia masih single, haha!
"Aduh aku rindu giler lah dekat kau ni Tris" ujar Thia pula sambil memeluk lenganku. Haa dia ni pula antara yang paling giler-giler daripada yang lain. Sikap dia yang simple dan open minded dengan semua orang membuatkan dia disenangi dan mudah didekati. Thia merupakan anak pemilik hotel yang ternama di Malaysia tetapi dia sangatlah humble. Tak pernah menunjuk nunjuk bahawa keluarganya kaya. Dia juga antara gadis yang hot disini. Rambut ikal mayang hitam berkilat, berkulit putih tanpa jerawat dan bertahi lalat kecil di tepi keningnya menambahkan lagi keayuannya. Tetapi, dia pun single dan aku tak tahu mengapa dia tak pernah buka hati pada sesiapa. Bukan tak ada yang cuba pikat dia ni, tapi alasannya dia suka bebas.
"Alah korang, aku taklah lambat mana pun, tadi aku hampir nak langgar budak perempuan depan pagar sekolah kita tu, lepastu nak buat drama macam dekat tv3 haih serabut!" ujarku sambil duduk antara Thia dan Aliya. aku berpeluk tubuh cuba tenangkan hati yang marah bila kenangkan peristiwa tadi. Haih pagi yang malang!
" Siapa yang kau hampir nak langgar tu? Jangan-jangan jodoh kau kot weh, hahahaha" Aku terus meluku kepala thia. Amboi ada orang tak sayang nyawa betul ni. "Kau ni nak cari nahas ke?" jawab aku sambil menjeling dia. "Hehehe janganlah marah sis, tak baik tau nak marah-marah hm" thia menjuih bibirnya acah merajuk.
"korang, dah lah tu pengetua nak berucap dahtu. baik diam nanti pengawas marah pula" ujar Aliya menghentikan perbualan kami.
********
Arianna pov
"Tak guna betul, dah buat orang jatuh boleh pula nak cau tanpa maaf. Kalau aku tahu siapa siap lah dia! Dasar sombong!" aku membebel sambil berlari ke arah Dhea yang sedang menepuk lantai disebelah dia mengarahkan aku duduk disitu.
"Hai Anna, kenapa kau lambat harini? Muka pun monyok je pagi-pagi ni" Dhea merenung wajahku dengan mengerutkan sedikit dahinya tu. "Tadi aku hampir nak kena langgar dengan minah superbike yang sombong depan pagar sekolah" Aku mengeluh sambil cuba fokus apa yang pengetua ucapkan di atas pentas itu.
"Hah? Eh kau ok tak ni ada cedera tak? Siapa yang nak langgar kau?" Dhea kelihatan risau dan cuba memerhatikan anggota badan aku jikalau ada luka. "aku ok je cuma hati je ni yang sakit hmm, aku pun tak tahu siapa yang penting dia sombong! Dah salah taknak minta maaf main pergi macamtu je" jawab aku menahan geram bila teringatkan penunggang superbike tu.
"Nasib baik tak ada luka, kalau tak aku cari orang tu sampai dapat, berani dia nak langgar kawan aku yang comel ni huh" kata Dhea yang buatkan aku tergelak kecil mendengarnya. Dia lah satu satunya teman aku yang sangat rapat.
Tanpa sedar perhimpunan pun sudah selesai, maka bermulalah kelas seperti biasa.
End pov
YOU ARE READING
My Beautiful Artist
RomanceTriss merupakan atlet bola tampar disekolahnya. Anna pula merupakan ahli kelab seni yang sangat berbakat di sekolah itu. Pertemuan dingin mereka berdua yang secara tak sengaja pada pagi hari perlahan lahan mewujudkan satu perasaan yang mereka berdua...