Jeles?

341 25 0
                                    

Hari ini merupakan hari yang paling dinantikan di sekolah ini, tournament bola tampar antara sekolah-sekolah yang terkenal di daerah ini berlangsung disekolahku. Sudah semestinya semua pelajar diarahkan ke court bola tampar untuk memberi sokongan kepada team sekolah kami. Aku yang langsung tidak berminat dengan segala aktiviti sukan hanya mampu mengeluh. Nak taknak terpaksa lah duduk seharian di court ini. Bas dan van dari sekolah lain sudah mula kelihatan diluar sekolah, ramai juga yang ikut serta.

Kawan baik aku disebelah tak perlu nak cakap apa lah kan, memang dah teruja sangat yelah crush kesayangan ikut serta dalam tournament ni. Beria betul ajak aku duduk di kerusi barisan paling hadapan dengan alasan nak crush dia notice yang dia join support teamnya. Haihlah Dhea oii...

"Weh Anna, asal ea harini aku tengok aura Aliya tu lain macam.. nampak cool giler aduhh tak kuat lah macamni" luah Dhea sambil matanya tak lepas memandang crush dia yang tengah lakukan beberapa gerakan panas kan badan bersama ahlinya yang lain. Aku lihat minah kerek duduk di tengah bulatan antara ahli yang lain. Minah kerek tu macam biasa, muka kering je macam takde perasaan. Aku tahu dia adalah kapten untuk pasukan itu pun sebab kes haritu terpaksa teman Dhea tengok latihan dorang dengan sekolah lain.

"Hmm, dah nama pun crush.. Apa yang dia buat semua nampak menarik kan" jawabku datar.

"Alah kau ni, supportlah member.. kau rasa kan, dia single ke taken ea?" soalnya.

"Sebab aku supportlah aku ikut kau pergi tengok friendly match dorang haritu tau ngek! Manalah aku tau dia single ke taken, kalau nak tau kau tanya jelah dekat dia sendiri" aku yang malas nak layan soalan-soalan dia yang lain lepas itu hanya diam memerhatikan saja team yang baru masuk ke court itu. Wah saiz badan mereka semua tinggi dan tegap. Maka bermulalah game di awal pagi itu. Team sekolah kami bermain di perlawanan yang pertama. Makin lama makin senget, tanpa aku sedar mata aku hanya fokus pada minah kerek. Dia sangat lincah ketika bermain, gerakan dia smooth giler.. Aku jadi kagum dengannya.. Hati aku  berharap dia menang. Dan kemenangan dipihak kami setelah menang 2 set.

Dari jauh aku lihat seorang gadis yang boleh tahan cantiknya menyapa minah kerek tu sambil hulurkan sebotol air mineral padanya. Aku pasti yang dia bukan dari sekolah ini. Macam mana aku tau dia bukan dari sekolah ini? Sebab dia pakai jersi lain dari team minah kerek tu. Entah kenapa hati ini rasa sakitt.. rasa yang aku tak pernah rasakan sebelum ni. Takkan aku jeles kot?

"Uish, budak tu bagi Triss air lah woi! Dia tiru style aku try Aliya ke? Hahahah!" gelak Dhea disebelah. Aku yang hampir tiada mood tu hampir tergelak dengan reaksi dia. Botol air di tangan aku tenung, hmm kan bagus kalau aku yang bagi dekat dia.

"Anna! Kau tengok tuuu.. Triss dengan Aliya macam datang ke arah kita je wehh" kata Dhea mengejut.

Aku yang agak terkejut dengan kata Dhea tu terus mendongak ke arah mereka, ya mereka memang menuju kesini sebab Aliya dari jauh dah melambai lambai kami dengan senyuman yang tak lekang dibibir itu. Patutlah Dhea boleh jatuh hati..

"Nak air" Minah kerek bersuara datar dengan memandang tepat dimataku. Pandangan yang sukar ditafsirkan jelas dimatanya. Aku yang terdiam terus hulurkan botol airku padanya tanpa berkata apa-apa. Dia yang sambut huluran aku terus meneguk laju air itu sampai habis. Berkerut dahi aku cuba fahamkan apa yang baru terjadi ni. Tadi bukan ke ada budak perempuan yang dah bagi dia air. Kenapa dia minta air aku pula? Soalku dalam hati.

"Dhea, nak air jugak hehe" Aliya bersuara di sebelah minak kerek tu menyentakkan lamunan aku sebentar tadi.

"Nah, i memang standby air untuk you hehehe. Nice game korang" jawab Dhea disebelah dengan suara yang cuba dibuat manja tu. Euwww gedik pulak member siapalah ni!

"Terima kasih" ucap minah kerek tu lalu terus masuk ke court untuk game seterusnya. Begitu juga Aliya.. sempat juga aku dengar Aliya dan Dhea berbisik sebelum masuk ke court itu semula. Untunglah dah rapat dengan crush..

"Uyoooo ada apa-apa ke kau dengan Triss tu?" usik Dhea dengan kening yang diangkat tinggi.

"Huh? Apaa?" jawabku blur.

"Eleh apa konon, kenapa dia mintak air dekat kau? Tadi aku tengok dia tak terima pun air yang budak perempuan tu bagi tau, tup tup dia datang sini mintak air dekat kau.. lain macam betul" soalnya lagi.

"Yeke? Dia tak terima?" makin berkerut dahi aku.

"Yelahh kau tak nampak ke tadi?" jawabnya yang tak puas hati dengan reaksi blur aku. Mana taknya, aku terus tunduk tak sanggup nak tengok reaksi minah kerek dengan perempuan tu tadi. Hati ni rasa sakit kalau tengok. Aku pun tak pasti kenapa aku rasa macamtu.

Aku hanya mengangkat bahu tanda malas nak jawab. Selepas itu aku hanya mengelamun sampai tak sedar dan habis game untuk harini.






My Beautiful ArtistWhere stories live. Discover now