"Good Morning semua" ucap Cikgu Wana yang merupakan Pengetua di sekolah ini. Hari ini semua pelajar Form 5 diminta berkumpul dalam dewan sejurus perhimpunan pagi khabarnya ada pengumuman penting untuk kami. "Seperti yang kamu semua sedia maklum, tahun ini kamu semua bakal menduduki peperiksaan besar iaitu SPM, jadi sebagai persediaan kepada semua pelajar Form 5 di sekolah ini, kami pihak guru bercadang untuk mengadakan Kem Jati Diri pada bulan depan selama 3 hari 2 malam. Semua pelajar Form 5 diwajibkan menyertai Kem ini dan tiada yang terkecuali, kamu semua akan dibahagikan kepada 2 orang setiap kumpulan. Nama kamu dan kumpulan kamu akan dipilih oleh cikgu". Maka kedengaran keluhan dari pelajar-pelajar yang sememangnya tidak berminat dan ada juga suara yang teruja dengan khabar yang disampaikan oleh pengetua sebentar tadi.
Aku hanya mampu mengeluh dalam hati bila dengar berita tentang kem itu. Aku bukan apa, aku taknak satu kumpulan dengan orang yang aku tak kenal. Kalau boleh, aku nak satu kumpulan dengan Dhea, hanya dia yang paling rapat dengan aku. "huhhhhh" tanpa sedar aku mengeluh berat. "aii kenapa kau mengeluh ni Anna ? macam berat betul masalah yang kau fikirkan tu". soal Dhea disebelah aku.
" Aku taknak kumpulan dengan orang lain, dah la 2 orang je satu kumpulan haish" luahku. Terasa hilang mood untuk belajar hari ini. "Alahh kau janganlah risau, aku tetap ada dengan kau walaupun kita mungkin tak satu kumpulan kan" pujuk Dhea sambil tersenyum manis menepuk lembut bahuku. "Ermm yelahh Dhea".
Habis je kelas bahasa melayu oleh cikgu Elly, kami bergerak ke kantin memandangkan waktu rehat dilarang untuk berada dalam kelas. "Uish ramainya hari ini, macam dah takde meja kosong je ni Dhea" aku berbisik pada Dhea sambil mata melilau mencari mana-mana meja yang kosong di kantin itu. " Hahh wehh, jom pergi meja hujung tu, Aliya panggil kita tu" belum sempat untuk aku jawab Dhea dah tarik tangan aku menuju laju ke meja Aliya.
"Hai Aliya, boleh kami tumpang makan sekali dengan korang? meja semua dah penuh lah hehe" kata Dhea sambil menayang sengihan di hadapan crushnya itu. "Hai Dhea, hai Anna, marilah makan sekali, lagipun kami bertiga je ni, lagi ramai lagi syok kan" jawab Aliya sambil memandang kami berdua dengan senyuman.
Aku senyum nipis memandang Aliya, tak tahu nak reaksi macam mana. Sempat juga aku menjeling sekilas orang dihadapan aku ni sebaik saja melabuhkan punggung di kerusi. siapa lagi kalau bukan minah kerek tu. -_-
Dia hanya fokus pada makanannya tanpa memandang kami. Aku pelik kenapa dia pula beria dingin dengan aku sedangkan aku yang mangsa.
"Korang rasa kita akan satu kumpulan tak nanti untuk kem jati diri tu" soal Thea disebelah kiri minah kerek tu.
"Erm tak tahulah, tapi mesti seronok kan kalau antara kita jadi satu kumpulan" jawab Dhea dengan semangat. Aku syak dia nak satu kumpulan dengan crush dia. Sebab apa? Sebab mata dia sekarang ni bersinar sinar terhadap Aliya di hadapannya sekarang.
"I pun kalau boleh nak juga satu kumpulan dengan you, Dhea.. bosanlah asyik dengan dorang ni je" seloroh Aliya sambil tangannya ditunjukkan pada Triss dan Thea disebelahnya. "Haa nanti Triss bolehlah satu kumpulan dengan you kan Anna" sambungnya lagi dengan kenyitan mata kiri terhadapku. Apakah.....
"uhuk uhukkkk" habis basah muka minah kerek depan aku ni. Mana taknya, aku tersembur air dekat muka dia woi! Ahh sudah cari nahas betul kau ni Anna!!
Sumpah aku tak berani nak hadap muka dia, sebab sekarang ni aku dapat rasakan aura gelap dekat minah kerek tu. Perlahan lahan dia angkat mukanya memandang aku. Fuhh tajam betul pandanganya tu boleh tembus ke hati cia cia. Kembang kempis hidung dia menahan marah. Aku hanya mampu menunduk tak berani nak tengok muka dia tengah marah tu. Apalah nasib aku...
YOU ARE READING
My Beautiful Artist
RomanceTriss merupakan atlet bola tampar disekolahnya. Anna pula merupakan ahli kelab seni yang sangat berbakat di sekolah itu. Pertemuan dingin mereka berdua yang secara tak sengaja pada pagi hari perlahan lahan mewujudkan satu perasaan yang mereka berdua...