" kau kenapa nak main sembur air ni!! Tak reti nak minum elok-elok ke hah!!" jerkahnya.
"sorry......" aku beranikan diri menatap matanya yang mencerlung tajam memandangku seperti singa kelaparan itu.
" huhh nak makan pun tak senang" dia mengeluh lalu bangun dari kerusi dan berlalu pergi meninggalkan kami yang terpinga-pinga di meja.
Hmm aku tak tahu kenapa aku rasa serba salah dah buat dia marah. Patutnya aku rasa puas dah buatkan dia basah, balasan sebab perangai kerek dia tu tapi entahlahh.. hati ni rasa lain..
"Erm Anna, you ok tak? Sorry i tak tahu pulak gurauan i boleh buatkan keadaan u dengan Triss jadi macamni" Aliya bersuara setelah beberapa minit kami mendiamkan diri. Riaknya tidak senang melihat aku dimarahi rakannya itu.
"Yelah Anna, kami minta maaf ya bagi pihak kawan kami tu" kata Thea.
"Takpee, salah aku juga tersembur air dekat dia, erm aku pergi tandas jap ea, Dhea kau makan jelah jangan tunggu aku, nanti jumpa kat kelas je ya" jawabku lalu bangun menuju ke toilet, sebenarnya aku nak minta maaf dekat dia dan aku berharap dia ada disana.
Perlahan aku masuk ke toilet itu dan betul tekaanku, dia tengah membersihkan muka di sinki kedengaran juga keluhan keluar dimulutnya.
Aku beranikan diri berdiri disebelahnya.. Berkerut dahi dia bila aku menghampirinya "asal kau ada kat sini?" soalnya dingin.
"Erm seriusly aku nak minta maaf sebab dah buat kau basah macamni, sumpah aku tak sengaja"
"hei girl, kau ni memang jenis clumsy ea? Haritu mintak kena langgar, harini kau sembur air pulak kat aku, kau memang sengaja nak naikkan darah aku kan?!" tengkingnya. Merah padam muka dia menahan marah but why i feel something weird with her reaction.. Cuteee! Eh no no apa aku merepek ni hanat.
"T.. takk betul aku memang tak sengajalah, tapi kenapa kau pulak beria nak marah aku pasal kes haritu patutnya aku yang marah sebab kau bawak motor macam apa je" jawabku yang taknak mengalah. Dia yang nak langgar aku, dia pulak yang marah entah apa je perangai minah kerek ni.
Dia mendekatkan jarak antara kami, setapak dia kedepan, setapak aku mengundur tanpa aku sedar sudah tiada ruang untuk aku mengundur kerana belakang badanku sudah melekat di dinding. Kedua tangannya diangkat mengepung aku kanan dan kiri. Sungguh nafasku seakan tersekat, air liur ku ditelan kesat. Ah sudah apa dia nak buat dekat aku ni. Mamaaaa nak balikk!
Wajahnya dirapatkan sehingga hidung kami berlaga, dapat aku rasakan hembusan nafasnya di wajahku, aroma vanilla menusuk hidungku. Fuhh wanginyaa! Sumpah jantung aku berdegup kencang saat ini. Bibir dia berwarna pink itu aku tenung.. hm apa rasa dia ea? Ehh why aku fikir macamtu!
"Aku blah dulu" datar saja suaranya lalu tinggalkan aku yang terpinga pinga dengan apa yang dah jadi tadi. What? Dia dah kenapa doe!!
#################
Triss pov
What the f*** Triss! What you have done just now! Dah kenapa aku buat dia macamtu tadi, haishh serabut!!
Seharian aku tak dapat fokus dalam kelas bila teringat kejadian dalam toilet tadi.. Anna, apa yang kau dah buat dekat aku? Hmm monologku dalam hati.
"Woi Triss, jom gerak.. petang ni last training kita before tournament esok" Thea dan Aliya sudah bersiap untuk ke court bola tampar.Ahh serius ah aku hampir lupa akan tournament kami. Ni semua sebab Anna.
"Korang gerak dulu, aku datang jap lagi ada hal jap" jawabku.
"Hal apa?" soal mereka serentak.
"Cikgu Elly nak jumpa aku kejap, korang gerak jelah dulu nanti aku datang"
"Okay jumpa sana" jawab mereka lalu beredar.
Sebenarnya aku saja bagi alasan pada mereka, aku tak tahu kenapa aku nak pergi bilik kelab seni hari ini. Kaki aku laju melangkah menuju ke bilik kelab seni yang terletak di hujung blok tingkat 2 itu. Firasat aku tepat, dia yang sedang leka melukis di kanvas itu tak sedar akan kehadiranku disebalik tingkap bilik kelab itu. Serius betul muka dia bila tengah fokus, nampak sangat cantik setanding dengan lukisannya. Aku seakan terpesona melihat kecantikan dia dan tanpa sedar tersenyum sendiri memuji kecantikkan gadis itu. Aku dah jatuh cinta ke?
YOU ARE READING
My Beautiful Artist
RomanceTriss merupakan atlet bola tampar disekolahnya. Anna pula merupakan ahli kelab seni yang sangat berbakat di sekolah itu. Pertemuan dingin mereka berdua yang secara tak sengaja pada pagi hari perlahan lahan mewujudkan satu perasaan yang mereka berdua...