✧══════•❁❀❁•══════✧
𝔎𝔞𝔰𝔦𝔥 𝔖𝔞𝔫𝔤 𝔓𝔢𝔫𝔠𝔦𝔫𝔱𝔞 𝔖𝔢𝔧𝔞𝔱𝔦
✧══════•❁❀❁•══════✧
•
•
•
•
DALAM sibuk mengemas bilik pakaian pagi itu, tak semena-mena matanya menangkap kelibat sang suami yang hanya bersarung boxer berwarna merah terang tengah terpusing-pusing di depan pintu bilik pakaian yang terbuka luas. Nafas di hembus geram.
Sibuk juga nak pamer tubuh seksi dia tu.
"Abang nak apa? Kenapa tak pakai baju lagi? Kejap lagi nak gerak dah. Nanti masuk lambat pula," bebelnya. Di renung kejap lelaki itu sambil bercekak pinggang.
Langkah Riz Amriiz terhenti di depan pintu. Iris direnung tajam. Nak gerak macam mana bila wanita itu lupa tugas pentingnya.
"Baju?" soalnya sepatah berharap wanita itu ingat tugas pentingnya.
"Ya Allah! Abang!" Iris melangkah keluar dari bilik pakaian. Baju kemeja dan seluar slack suaminya yang dia sangkut pada dinding di capai.
Muka berkerut garang.
Sejak kahwin ni, tiba-tiba pula suaminya hilang daya nak pakai baju sendiri. Memang tiap pagi dialah yang pakaikan lelaki itu. Senang cerita, dialah yang uruskan lelaki itu.
Riz Amriiz cuma melakar sengih. Dia suka bila di manjakan begitu. Pernah juga dia mahu membalas perbuatan isterinya namun Iris menolak. Kata isterinya, wanita itu bukan anak kecil yang tak reti memakai baju sendiri. Dah isterinya tak mahu, untuk apa di paksa, kan?
Tapi macam rasa di perli pun ada juga.
"Okey dah," Iris bersuara setelah selesai mengemaskan tali pinggang suaminya.
"Jom turun sarapan." selagi lelaki itu tak keluar dari rumah, selagi itulah tugasnya tak selesai dan selagi itulah dia tak boleh nak bersiap untuk ke tempat kerja. Mujur dia bos di tempat kerjanya. Bolehlah masuk lambat.
"Nak sikit," pinta lelaki itu.
Nasi goreng dia letak sedikit ke atas pinggan suaminya. Kuantiti yang kecil dari sebelum ini.
"Abang pagi ni ada mesyuarat penting. Tak nak makan nasi banyak. Nanti tertidur." sensitif sangat perutnya bila nasi jadi sarapan. Sensitif bukan kerana sakit perut tetapi sensitif ingin tidur.
Iris akur saja. Kerusi di tarik ke samping lelaki itu sebelum duduk. Sudu di capai sebelum di suap Riz Amriiz yang tengah tunak merenungnya.
Segan juga bila di renung begitu tapi kalau dah namanya Riz Amriiz, tak guna nak halang. Dia tetap nak buat.
Hilang kereta lelaki itu dari pandangan, barulah Iris Zafrah dapat bernafas dengan tenang.
Gelak seseorang menyentak dirinya. Pantas dia menoleh ke sisi. Kelihatan Puan Besar Dian sedang tersengih memandangnya.
"Mama," sapanya. Wanita berusia awal lima puluhan itu melangkah menghampiri dirinya yang sedang duduk di sofa di tepi pintu utama vila.
YOU ARE READING
Mr. Riz's Property
RomanceManusia merancang, Tuhan yang menentukan. Tunang yang selama ini selalu ada dengannya kini bernikah dengan orang lain atau lebih tepat adik kembarnya sendiri. Kecewa, hati berderai tapi dia bangkit. Dan dia percaya, sebalik kejadian itu ada hi...