✧══════•❁❀❁•══════✧
𝔎𝔞𝔰𝔦𝔥 𝔖𝔞𝔫𝔤 𝔓𝔢𝔫𝔠𝔦𝔫𝔱𝔞 𝔖𝔢𝔧𝔞𝔱𝔦
✧══════•❁❀❁•══════✧
•
•
•
•KEADAAN yang sunyi setelah doktor beransur pergi memberi sedikit kelegaan kepadanya yang sedari tadi risau memikirkan Iris dan kandungan isterinya sejak Iris di rawat di dalam. Sejam yang lepas dia menerima panggilan dari angah. Kata kembarnya itu kak long berada di hospital. Tanpa bertanya sebabnya, dia terus bergegas menuju ke hospital akibat risaukan wanita itu. Dan sekarang dia berada di dalam wad menemani isterinya yang masih belum sedarkan diri.
Dia bersyukur dan lega setelah mendengar penerangan dari doktor yang merawat isterinya. Kata doktor, Iris dan kandungannya kuat biarpun hentakan yang diterima boleh menyebabkan kandungan gugur namun Iris dan bakal bayi mereka cukup kuat melawan sakit itu.
Dia tidak boleh bayangkan jika ada benda buruk terjadi pada Iris dan kandungannya sementelah itu kelahiran anak mereka adalah yang mereka tunggu-tunggu sejak Iris disahkan hamil.
"Along.." Dia tersentak bila bahunya di sentuh. Laju dia betulkan duduk.
"Mama.." Berdehem perlahan membetulkan anak tekak seraya panggung kepala memandang wanita yang telah melahirkannya itu.
"Pergi solat dulu. Kejap lagi nak isyak dah. Maghrib pun tak lagi. Iris biar mama jaga." Tak membantah. Dia segera bangkit.
"Isi perut tu sekali. Mama tak nak anak dan menantu mama dua-dua masuk hospital pula." Perlian itu sekadar di balas anggukan kecil. Sedikit pun tak terasa kerana faham apa yang mama katakan.
Selesai solat dia terus bergegas naik ke bilik rawatan Iris. Makanannya sekadar di tapau. Dia tak berselera nak makan kerana terfikirkan Iris yang masih belum sedarkan diri.
"Ma.." serunya perlahan tika melangkah masuk ke dalam wad persendirian itu. Puan Besar Dian sedang duduk di tepi katil.
"Eh, kenapa tak makan?" soal wanita itu bila dia letakkan sebungkus plastik berisi tapau di atas meja.
"Nantilah along makan." Puan Besar Dian akur. Tak mahu memaksa anaknya. Risau jika lelaki itu stres.
"Mama, papa tunggu kat kereta."
"Eh, papa tak naik dah?" Dia menggeleng kecil.
"Adik tidur. Lagipun waktu melawat dah nak habis. Nanti esok pun boleh melawat. Tak apa," ujarnya.
"Yalah. Nanti jangan lupa makan. Call mama bila Iris dah sedar. Nanti esok mama dengan yang lain datang melawat." Mama di peluk kejap. Ciuman di labuhkan pada pipi wanita itu.
"Bye ma. Assalamualaikum."
"Waalaikumussalam."
✧══════•❁❀❁•══════✧
𝔎𝔞𝔰𝔦𝔥 𝔖𝔞𝔫𝔤 𝔓𝔢𝔫𝔠𝔦𝔫𝔱𝔞 𝔖𝔢𝔧𝔞𝔱𝔦
✧══════•❁❀❁•══════✧
•
•
•
•
RAMBUT lebat milik lelaki itu di usap lembut. Bibirnya melukis senyum saat melihat lelaki itu kembali lena walaupun di ganggu berkali-kali.
"Abang letih ya.." bisiknya seorang diri. Setelah sedar sebentar tadi, kelibat yang lain di cari tapi pergerakkannya terhenti setelah melihat waktu di telefon bimbit.
Perutnya di usap. Bersyukur bila masih terasa baby bump. Tak sanggup dia bayangkan jika ada benda buruk terjadi pada kandungannya.
"Eh sayang.." Dia menoleh lalu tersenyum kecil memandang riak suaminya yang sedang kerisauan.
YOU ARE READING
Mr. Riz's Property
RomanceManusia merancang, Tuhan yang menentukan. Tunang yang selama ini selalu ada dengannya kini bernikah dengan orang lain atau lebih tepat adik kembarnya sendiri. Kecewa, hati berderai tapi dia bangkit. Dan dia percaya, sebalik kejadian itu ada hi...